Thursday, 28 November 2013

Kupu-Kupu Monarch & Simbolisme Dajal


Satu lagi simbolisme penting Dajal ialah kupu-kupu Monarch (dalam artikel sebelum ini AD sering menyebut rama-rama, kali ini tukar istilah kepada kupu-kupu). Spesies Monarch mengikut nama sainifiknya ialah Danaus plexippus. Ia merupakan spesies kupu-kupu paling dikenali di benua Amerika. Kupu-kupu Monarch hidup berpindah randah dari Kanada ke Mexico mengikut musim tertentu.

Kupu-kupu Monarch adalah simbol transformasi melalui proses metamorfosis. Ia bermula dari telur, larva, kepompong, kokun kemudian menjadi kupu-kupu. Filem kisah Alien sering meniru bentuk transformasi seperti ini. Hari ini, kupu-kupu boleh ditemui di merata tempat. Sama ada melalui sesi penggambaran, kulit album, poster filem, video muzik, tatu, malah di dalam lirik lagu. Meskipun ramai percaya bahawa selebriti adalah peminat kupu-kupu yang setia, kebenaran tersembunyi di sebalik semua ini adalah lebih jahat dari yang disangka.

Monarch Mind Control dinamakan sempena rama-rama Monarch - serangga yang bermula hidup sebagai ulat (mewakili potensi yang belum dibangunkan) dan, selepas tempoh kepompong (proses pengaturcaraan kawalan minda) dilahirkan semula sebagai kupu-kupu yang cantik (menjadi hamba Monarch). Beberapa ciri-ciri tertentu untuk kupu-kupu Monarch juga secocok dengan prinsip kawalan minda.

"Salah satu sebab utama Program Kawalan Minda dinamakan Program Monarch adalah kerana kupu-kupu Monarch. Kupu-kupu Monarch tahu di mana ia telah dilahirkan (akar) dan ia menurunkan pengetahuan ini melalui genetik ke keturunannya (dari generasi ke generasi). Ini adalah salah satu daripada haiwan utama yang menghairankan saintis, dimana pengetahuan boleh dipindahkan secara genetik. Program Monarch adalah berdasarkan Illuminati dan matlamat Nazi untuk mewujudkan manusia hamba-hamba yang menurut perintah"

Saksikan gambar-gambar yang berkaitan di bawah. Anda masih fikir ini semua kebetulan?

Britney Spears

Beyonce
Iggy Azalea

Carrie Underwood dikelilingi kupu-kupu

Katy Perry dalam video Wike Awake penuh dengan kupu-kupu Monarch

Kylie Minoque

Lady Gaga

Taylor Swift dengan kupu-kupu

Michael Jackson

Nicky Minaj - kupu-kupu pada baju

Miley Cyrus
pakaian fereka fesyen Alexander McQueen

Model memperagakan fesyen topi rekaan Philip Treacy. Inikah fesyen?
Masih lagi kebanyakan artis yang sama dan membawa simbol-simbol yang sama. Anda fikir ini kebetulan?
Bagi mereka yang masih menanti kedatangan Dajal Al-Masih, teruskanlah menanti kerana Dajal telahpun muncul tapi tak ramai yang sedar.

Friday, 22 November 2013

Corak Papan Catur (Checkerboard) & Simbolisme Dajal

Corak papan catur (checker-board pattern) adalah salah satu simbol penting bagi agen Dajal (Illuminati). Ia  sering digunakan pada lantai dalam upacara ritual. Hitam & putih (atau gelap & terang) pada corak papan catur adalah simbol pendua - campuran antara kebaikan & kejahatan, atau perubahan personaliti menjadi diri yang kedua atau klon, atau dari seorang yang baik menjadi seorang yang jahat. Menurut teori konspirasi, corak papan catur berasal dari corak yang mewakili corak pada karpet Istana Nabi Sulaiman. Hari ini, corak papan catur dijadikan corak pada lantai lodge-lodge Freemason di seluruh dunia.

Dunia hiburan yang memuja "Handler" mereka tidak ketinggalan sering menjadikan corak papan catur dalam persembahan di pentas, dalam klip video, pada pakaian yang dipakai oleh penghibur dan juga menjadi simbol agung pada mereka. Ini mengisyaratkan kepada kita siapa sebenarnya yang mengawal mereka dan menguasai dunia hiburan hari ini! 

Berikut sebahagian dari imej simbol papan catur yang digunakan oleh artis. Jika anda perasan, kebanyakan artis yang dipaparkan kebanyakan adalah orang yang sama yang sering disiarkan di Blog ini dan mereka ini sering mengulang simbol-simbol Dajal seperti Mata Satu, tanduk Baphomet dan lain-lain.


Katy Perry

Kylie Minoque

Rihanna
Amy Winehouse

Beyonce
Cher dengan seluar checkerboard

Megan Fox dengan Mannequin atas lantai checkerboard
"Blood on the dance floor", statement yang jelas merujuk kepada upacara ritual korban di atas lantai checkerboard

Kulit album single penyanyi rap, French Montana

Rihanna
Christina Aguilera dengan anting-anting corak checkerboard

Artis Bollywood juga tidak terlepas dari naungan Dajal


Anda masih fikir ini semua kebetulan?