Thursday 21 January 2016

Alasan Dinosaur Tidak Pernah Wujud


Antara sebab AD tak percaya dinosaur wujud:
1. Pada kurun ke-19, orang menjana pendapatan dengan mencantumkan tulang ayam dengan teknik tertentu sehingga jadi besar kemudian mereka mendakwa itu tulang dinosaur.
2. Pasaran gelap tulang dinosaur dengan keuntungan lumayan telah mewujudkan ramai penipu dan pemalsu tulang dinosaur.
3. Zaman moden, manusia menjana keuntungan beratus juta dolar dengan menghasilkan filem bertemakan dinosaur. Buktinya, filem Jurassic Park berjaya bertahan beberapa dekad dengan 4 filem dihasilkan dalam masa 22 tahun. Selain filem, mereka juga menjual barangan merchandise yang berkaitan.
4. Muzium juga menjana pendapatan dengan pameran replika dinosaur yang dibentuk semula lengkap dengan otot-otot dinosaur dan warna kulit padahal tiada siapa boleh membuktikan bentuk tubuh badan dinosaur seperti yang dipamerkan.
5. Terdapat banyak kilang membuat tulang dinosaur di Amerika dan China, antara pelanggan mereka ialah muzeum paleontologi dan universiti. Ia boleh dibeli oleh sesiapa sahaja di laman bisnes online seperti ebay dan Alibaba. Harga dari $300 hingga berpuluh ribu US dolar.
6. Dari sesuatu yang tidak pernah wujud dan tidak boleh dibuktikan, segelintir manusia telah berjaya mengambil kesempatan dengan menjana pendapatan bernilai berbilion-bilion dolar US.
7. Dengan memasukkan subjek dinosaur ke dalam buku teks sekolah dan National Geographic, ia telah diterima oleh seluruh umat manusia hari ini bahawa dinosaur itu benar-benar wujud dan kanak-kanak adalah sasaran dan mangsa penipuan terbesar segelintir manusia yang rakus.
8. Dinosaur hanya teori semata-mata dan tidak lebih dari hypothesis - tidak boleh dibuktikan secara saintifik, kecuali mereka memanipulasi sains. Postur tulang dinosaur yang digambarkan tidak stabil jika ia haiwan yang hidup. Beratnya lebih pada bahagian kepala dan perut berbanding kaki dan ekornya. Jika ia hidup, ia tidak akan mampu untuk berdiri.
9. Jika benar minyak dari tulang dinosaur dan impak asteroid dan volcano telah menyebabkan dinosaur pupus beratus juta tahun dahulu, sepatutnya di sana terdapat banyak sumber minyak bawah tanah tetapi yang pelik minyak kebanyakan ditemui di tengah lautan.
10. Manusia lebih kecil dari dinosaur telah beberapa kali melalui pengalaman berdepan volcano dan tidak pupus, masih wujud hingga hari ini.
Pekerja sedang membuat tulang dinosaur

Teori dinosaur wujud sebaik sahaja Charles Darwin mencetuskan idea bahawa manusia berasal dari beruk. Terdapat persoalan yang perlu ditanya mengapa manusia yang telah mendiami bumi lama sebelum itu tidak pernah menemui tulang dinosaur dan tiada siapa yang menyebut tentang tulang spesies haiwan yang bersaiz besar. Mungkin ia ada kaitan dengan teori evolusi - ia dicipta untuk membenarkan teori evolusi Darwin.

1 comment:

  1. saya sokong fakta diatas selama ni saya fikir saya sorang je yang rasa dinosaur sebenarnya tak wujud selepas dikaji

    ReplyDelete