Thursday, 24 December 2015
MH370: Mengapa Tiada Operasi Pencarian Di Antartika?
Pencarian pesawat Boeing 777-200ER penerbangan MH370 milik Malaysia Airlines telah meliputi hampir 80% zon Lautan Hindi. Setakat ini belum ada apa-apa lead yang boleh membawa kepada penemuan pesawat misteri itu. Bermula dari Laut Cina Selatan, kemudian ke Laut Andaman, Selat Melaka, Maldives, Diego Garcia dan Lautan Hindi, sebenarnya tidak banyak yang boleh diharapkan. Lautan adalah terlalu luas dan dalam untuk harapan menemui sebuah objek sebesar 76 meter panjang dan 65 meter lebar. AD lebih gemar gunakan istilah Boeing 777 kerana pengeluar pesawat tidak gemar nama pesawat keluaran mereka disebut-sebut itu tidak bagus untuk perniagaan.
Tambahan pula, dalam masa 2 tahun sudah 3 kali pesawat buatan Boeing mengalami nasib malang di kalangan pelanggan Asia. 1 ditembak di Donetsk, 1 lagi pesawat Boeing dimiliki oleh Airasia Indonesia.
Ada sesuatu yang pelik berlaku dalam operasi pencarian Boeing 777 ini. Tidak pernah terdengar di kalangan pemimpin negara yang terlibat mencadangkan pencarian dijalankan di Antarctica. Adakah mereka pasti pesawat tidak akan sampai sejauh ini? Mengapa?
Seperti ada sesuatu yang tidak kena. Antartika dikawal oleh tentera dari kalangan 53 buah negara yang terlibat dalam Perjanjian Antartik. Benua ini tidak dihuni oleh manusia kerana suhu terlalu sejuk, lebih sejuk dari Kutub Utara. Ia terikat dengan perjanjian bahawa benua ini tidak boleh dituntut oleh sesiapapun, tiada aktiviti ekonomi dibenarkan, hanya digunakan untuk tujuan "penyelidikan sains" sahaja. Di awal abad ke-20, hanya beberapa orang sahaja pernah menjelajah jauh ke benua ini. Menurut mereka yang pernah sampai ke sini, Antartika terlalu luas, terdapat banyak gunung-gunung ais yang tinggi dan terlalu mencabar had kemampuan manusia. Mereka mendakwa ada rahsia yang perlu dibongkar di sini. Ramai yang berharap akan datang semula tetapi akhirnya hajat mereka tidak kesampaian kerana kesuntukan masa dan kekurangan dana.
Pesawat Bergantung Kepada Komunikasi Pemancar Radio Di Daratan
Tiada penerbangan komersial yang terbang melalui langit Antarctica. Pesawat perlu terbang di antara koordinat geografi tetap untuk sistem navigasi satelit atau terbang di antara pemancar isyarat radio di darat. Ini bermakna, satelit hanya boleh berperanan selagi pesawat berada di dalam koordinat yang tetap - di dalam koordinat satelit. Ia memberitahu kita kenapa tragedi pesawat yang hilang atau terhempas di lautan mengambil masa yang lama sebelum ditemui. Dikatakan ada 20,000 satelit di angkasa tetapi bukan semuanya berfungsi. Maklumat pesawat banyak bergantung kepada isyarat terakhir yang diterima oleh menara kawalan di darat, atau isyarat ping di antara pesawat-pesawat yang terbang dalam koordinat berdekatan. Komunikasi radio di antara pesawat dan menara kawalan di darat boleh sampai sejauh beratus-ratus kilometer. Tetapi tidak ada pemancar radio di tengah lautan. Dan ini memberitahu kita betapa luasnya zon di Lautan Hindi yang tidak berada di dalam lingkungan isyarat radio.
Kotak Hitam
Kotak hitam dikatakan boleh menghantar isyarat koordinat dalam masa 30 hari. Lebih buruk lagi, ping yang dapat dihantar oleh kotak hitam hanya boleh dikesan dari jarak 1600 meter. Ini bermakna pencari perlu berada dalam radius 1.6km berdekatan lokasi kotak hitam - terlalu kecil dibandingkan dengan keluasan lautan sebelum isyarat ping boleh dikesan.
Satelit
Satelit tidak membantu dalam hal ini kerana tiada siapa yang mahu meletakkan satelit jika fungsinya tertumpu di kawasan yang tiada aktiviti penerbangan seperti di Lautan Hindi dan Antarctica - kecuali jika ia dikhaskan untuk tujuan ketenteraan/risikan.
Jika sebelum ini AD menulis tentang kemungkinan Amerika tahu di mana lokasi sebenar pesawat Boeing 777 milik MAS ini, di sini AD ingin menyatakan bahawa kenyataan itu hanya kemungkinan sahaja, dan kali ini AD akui kemungkinan Amerika juga tidak tahu di mana lokasi sebenar pesawat itu. Jika Amerika memiliki satelit di koordinat Antarctica sekalipun, sudah pasti mereka tidak benarkan komunikasi dengan mana-mana pesawat komersial atau frekuensi yang digunakan tidak sama.
Jangka Hayat Satelit
Satelit juga mempunyai jangka hayat tertentu. Jangka hayat biasa satelit ialah 10 hingga 15 tahun. Selepas itu, ia akan jadi 'space junk' atau sampah di angkasa. Atau ia dibawa turun ke bumi dan dimusnahkan.
Satelit Measat 1 dan 2 yang dilancarkan pada 1996 telahpun tamat tempoh perkhidmatannya.
Pencarian Sepatut Bermula Dari Selatan Ke Utara
Isyarat ping terakhir mencadangkan pesawat itu masih beroperasi sekurang-kurangnya lima atau enam jam selepas meninggalkan radar Malaysia. Bagi Norman Shanks, bekas ketua kumpulan keselamatan di lapangan terbang kumpulan BAA, dan profesor keselamatan penerbangan di Coventry University, "operasi pencarian sepatutnya bermula dari koridor selatan dan bergerak ke utara, bukan sebaliknya. Beliau berpendapat koridor selatan adalah lebih cenderung untuk pesawat dapat mengelak dari dikesan oleh radar. Kawasan selatan membawa kepada ruang terbuka yang luas di Lautan Hindi, dan kemudian ke kawasan pedalaman utara yang tandus di Australia. Tanpa mengetahui motif, adalah sukar untuk membuat spekulasi ke mana destinasi terakhir pesawat itu pergi. Tetapi pesawat itu mungkin terus terbang sehingga ia kehabisan minyak dan kemudian melunchur dan terhempas ke dalam laut di suatu tempat di utara Australia," menurut Norman.
Bagi AD, Antartika adalah suatu kemungkinan tetapi tiada siapa yang pernah fikirkan tentangnya.
Labels:
antarctica,
antartika,
komunikasi satelit,
mast,
mh370
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment