Tuesday, 15 December 2015

Seimbas Peristiwa 2015


Bagi memudahkan anda memahami peristiwa-peristiwa yang berlaku di dunia dalam tahun 2015 ini, di sini AD senaraikan secara ringkas tanpa perlu menulis terlalu panjang:

- Harga minyak mentah jatuh ke paras bawah 50 dolar setong adalah disengajakan. Hanya mereka yang menguasai pasaran minyak dunia boleh menentukan harga minyak mengikut kehendak mereka. Antara pemain utama minyak dunia ialah Arab Saudi, UAE, Qatar, Amerika, Kuwait, Mesir. Tujuan di sebalik penurunan nilai pasaran ialah untuk menyekat kemampuan Russia dan Iran  Kedua-dua negara ini juga pengeluar minyak dan sangat bergantung kepada harga minyak
- Kaedah menurunkan harga minyak mentah dunia ialah dengan menghasilkan pengeluaran minyak melebihi permintaan. Apabila stok melebihi permintaan, harga akan jatuh. Arab Saudi boleh mengawal harga minyak jika mereka berhenti mengeluarkan minyak berlebihan, tetapi mereka tidak buat begitu.    
- Arab Saudi dengan bantuan teknologi risikan Amerika mengebom Yemen dari udara kerana kononnya golongan Syiah sedang berusaha untuk menguasai Semenanjung Arab dan menjatuhkan legasi pemerintahan keluarga Al-Saud kemudian melebarkan pengaruh Syiah. Hal yang sebenarnya ialah kerana Arab Saudi telah dihasut oleh Amerika untuk menyekat puak Syiah dari menguasai laluan kapal dagang untuk eksport petroleum dari Arab dan juga untuk mengelak dari puak Houthi di Yemen menguasai laluan kapal yang boleh menyekat bekalan kepada pengkalan tentera Amerika di seluruh dunia.  
- ISIS adalah instrumen yang digunakan Amerika untuk menghalalkan tindakan agresif NATO mengebom Syria 
- ISIS mendapat bekalan senjata melalui Turki hasil jualan minyak. Turki adalah anggota NATO. Sebarang aktiviti NATO mendapat restu dari negara-negara anggota NATO.
- Konflik yang berlaku hampir serentak di Syria, Chechnya, Ukraine, Iraq, Sudan, Somalia telah mengakibatkan pertambahan jumlah pelarian besar-besaran ke benua Eropah. Negara seperti British, Italy, Perancis, German sudah tidak sanggup lagi menerima jumlah pelarian yang begitu ramai sehingga mencecah angka jutaan orang. Ini telah mendorong NATO untuk bertindak mengikut kemahuan mereka iaitu mahu menjatuhkan pemimpin kerajaan sedia ada dan menggantikan dengan pemimpin yang disukai mereka seperti yang pernah dilakukan terhadap Afghanistan, Iraq dan Libya.  
- Paris Shooting berlaku sebanyak 2 kali pada tahun ini di mana media telah cuba mengaitkan penembak sebagai mewakili IS di Syria, akhirnya Syria diserang habis-habisan oleh tentera pelbagai negara termasuk Russia. Di sini, jelas IS digunakan sebagai instrumen untuk menghalalkan tindakan mereka menyerang Syria.  
- Russia adalah sekutu Bashar Al-Assad, maka tindakan Russia menyerang kubu IS di Syria diketahui adalah untuk mempertahankan rakannya Assad.  
- Tetapi tindakan NATO menyerang "kubu" IS menimbulkan tanda tanya kerana mereka berkongsi musuh yang sama iaitu Bashar Al-Assad.  
- Kemungkinan besar di sebalik serangan NATO, mereka mempunyai serampang dua mata iaitu mengambil kesempatan untuk menghalang pergerakan pelarian, membunuh orang awam untuk mengurangkan jumlah pelarian dan menghapuskan tentera yang setia dengan Assad.  
- Russia sentiasa mengambil sikap berdiam diri dan tidak masuk campur dalam hal politik negara lain tetapi Amerika selalu melakukan tindakan provokasi supaya Russia diheret ke dalam kancah konflik.  
- Turki menembak jatuh pesawat Sukhoi SU-24 Russia kerana mendakwa mencerobohi ruang udara Turki manakala Russia menafikan dengan maklumat dari data satelit bahawa pesawatnya tidak terbang keluar dari ruang udara Syria.  
- Keputusan siasatan pesawat Malaysia Airlines MH17 menyatakan pesawat ditembak oleh sistem pelancar darat ke udara jenis BUK buatan Russia. Russia mendakwa sistem pelancar tersebut tidak lagi dihasilkan dan ia adalah keluaran lama yang digunakan oleh tentera Ukraine. Pemberontak pro-Russia tidak dibekalkan senjata tersebut. Anda fikir siapa dalang sebenar? Kenapa kini ia senyap? 
- Istilah Syiah dan Sunni sentiasa digunakan berulang-ulang oleh media untuk tujuan memecah-belahkan atau menimbulkan permusuhan di antara negara-negara Islam. Mereka membahagikan negara mengikut puak, Iraq sebagai Sunni, Iran sebagai Syiah, Syria sebagai Syiah, Yemen sebagai Syiah, Pakistan sebagai Sunni. Kaedah pecah dan perintah yang telah lama digunapakai sejak zaman dahulu oleh bangsa Yahudi dengan tujuan sebenar adalah untuk menjaga kepentingan ekonomi Amerika dan keselamatan Israel.     
- Kini, di Arab Saudi, mereka mencipta satu lagi istilah iaitu Wahabi untuk mewujudkan pemisahan ideologi antara umat Islam. Pada asasnya, Islam hanyalah satu iaitu rujuk saja kepada Al-Quran dan Sunah dan tidak perlu berbalah terikut0ikut dengan agenda Anglo-Amerika.   
- Arab Saudi pernah meminta Pakistan untuk turut serta dalam operasi membedal Yemen tapi Pakistan menolak. 
- Meskipun harga minyak merudum pada tahun ini, ia adalah senjata yang digunakan untuk menyekat ekonomi negara-negara yang mereka tidak suka seperti Iran dan Russia. Arab Saudi tidak kisah dengan penurunan harga minyak kerana mereka mempunyai aset bernilai beratus bilion dolar dan boleh bertahan sehingga berpuluh-puluh tahun tanpa minyak.  
- Rakyat Malaysia turut terikut-ikut dengan rentak yang didendangkan oleh Yahudi supaya membenci puak Syiah ke tahap lebih benci dari bangsa Yahudi itu sendiri. Ada yang membuat akaun laman sosial khas untuk menghentam golongan Syiah dan menuduh mereka kafir. Padahal, Syiah itu masih percaya kepada kitab Al-Quran dan percaya kepada hadis-hadis. Cuma segelintir dalam kumpulan mereka yang terlalu taksub sehingga mengamalkan perkara-perkara yang tidak terdapat di dalam Al-Quran dan Hadis. Ini juga berlaku di kalangan orang Islam di Malaysia, meskipun mereka mengaku mereka golongan Ahlussunnah Wal-Jama'ah, terdapat juga amalan-amalan yang dipraktik tapi tidak pernah diajar oleh Rasul dan tidak terdapat suruhan di dalam Al-Quran.   
Berkenaan Ahli Sunnah Wal-Jama'at
Sunnah menurut pengertian ialah jalan, laluan, pedoman. Penggunaannya jika dikaitkan dengan Rasul ialah jalan yang diamalkan oleh Rasul, pedoman, atau amalan Rasul.

Jama'ah menurut pengertian di dalam bahasa Arab, Jama'ah bermaksud berkumpul, bersatu, sebagai lawan kepada perpisahan, bersurai. Jadi jama'ah di sini bermaksud orang ramai bersatu dalam sesuatu hal.


Ahlusunnah Wal-Jama'ah bukanlah suatu ideologi atau kepercayaan. Ia hanya golongan yang digelar oleh Rasulullah apabila terdapat perselisihan pendapat dalam sesuatu hal yang tidak dapat dipastikan, maka Rasul menyuruh pengikutnya memilih untuk mengikuti keputusan yang diikuti oleh golongan paling ramai (jemaah). Contohnya, jika seseorang tidak pasti apakah hukum dalam jual-beli wajib ada akad dari penjual dan pembeli, maka Rasulullah menyuruh mengikuti amalan golongan jamaah (yang paling ramai), dan kita dapati dalam hal jual beli hari ini, sangat kurang sekali si penjual dan pembeli melafaz "jual" dan si pembeli melafaz "beli" tetapi hukum jual beli itu tetap sah. Lebih-lebih lagi dalam urusan perniagaan hari ini, terdapat ramai penjual terdiri dari orang bukan Islam dan mereka tidak mengerti berkenaan hukum akad ini. Dari sini, terbitlah istilah Ahlusunnah Wal-Jama'ah - iaitu golongan atau ahli yang mengikuti sunnah yang diajar oleh Rasulullah dan mereka adalah golongan yang paling ramai mengamalkannya. Jika seseorang itu masih hendak melafazkan akad jual dan beli, maka itu tidak salah dan tidaklah disebabkan ia tidak melafaz akad jual beli itu menjadi berdosa dan boleh membawa ke neraka. Tambahan pula hari ini, jika seseorang berurusan dalam nilai yang besar, sudah tentu ada surat atau resit yang disertakan bukti pembayaran dan persetujuan untuk menjalankan urusniaga.

Jadi kita jangan tersilap dengan menganggap istilah Ahlusunnah Wal-jama'ah itu adalah salah satu cabang dalam ajaran Islam. Ia hanya panduan yang dijadikan rujukan oleh Rasulullah dalam memudahkan seseorang membuat keputusan dalam sesuatu hal berkaitan hukum selagi ia tidak melanggar batas-batas syarak dan asas yang telah ditentukan di dalam Al-Quran dan Hadis. Apa yang terjadi hari ini, Ahlusunnah Wal-Jama'ah digelar sebagai pengikut "Sunni" manakala mereka yang melebih-lebihkan keluarga keturunan Syaidina ali R.A digelar golongan Syiah. Jurang perbezaan di antara  kedua-duanya semakin membsar oleh kerana tindakan propaganda media milik Yahudi Zionis laknatullah dan kita sebagai orang Islam tidak sepatutnya membenci orang Islam yang lain yang mengucap dua kalimah shahadah bersaksikan bahawa Al-Quran adalah kitab mereka, Muhammad adalah Rasul dan Allah adalah Yang Esa dan Wajib Disembah.




No comments:

Post a Comment