Thursday, 17 December 2015

History Channel Penuh Dengan Kisah Dongeng Tak Masuk Akal

Jika anda sering menonton History Channel, dan begitu tertarik dengan teori-teori ajaib dan misteri yang tidak terjawab, AD sarankan anda lebih berfikiran kritikal.

Perhatikan orang-orang yang bernama Erich von Däniken dan Giorgio A. Tsoukalos. Dua orang "selebriti TV" ini sebenarnya sedang dipergunakan secara halus untuk mempengaruhi pemikiran anda supaya percaya kepada misteri-misteri alam semesta yang kononnya masih belum dapat diungkap oleh saintis dan pengkaji sejarah. Mereka ini boleh dianggap sebagai Pak Lawak, bukannya tokoh sains atau ahli sejarah.

Giorgio Tsoukalos hanya berkelulusan kolej, bukan lepasan universiti malah tidak memiliki apa-apa falsafah kedoktoran atau B.A. Hons. Rambut Tsoukalos seringkali kelihatan dibiarkan kembang supaya orang melihat dia seorang yang genius seperti Albert Einstein.

Erich von  Däniken pula ialah seorang penulis yang menjual buku kontroversinya (lebih dianggap sebagai pseudoscience) yang bertajuk "Chariots of the Gods?" yang telah terjual sebanyak lebih 60 juta unit. Beliau sudah kaya dengan menjadi penulis buku yang penuh dengan sains fiksyen yang dia dakwa sebagai pengalaman benar yang dialami oleh dirinya sendiri. Hakikatnya, sejarah hidupnya penuh dengan penipuan. Beberapa kali dia ditangkap kerana memalsukan dokumen untuk memperolehi dana untuk membuat kajian terhadap penulisannya. Dia juga dikenali dengan gaya hidup gemar berfoya-foya, kesukaannya dikelilingi wanita. Pada awalnya, beberapa penerbit menolak untuk menerbitkan tulisannya. Akhirnya seorang penerbit dari German setuju dengan syarat beberapa kandungan tulisannya diolah mengikut kemahuan penerbit. Penerbit itu adalah seorang yang pernah bekerja dengan Nazi dalam gerak kerja kempen propaganda Hitler.

Erich dan Tsoukalos akan berbicara tentang pelbagai kemungkinan termasuk mencadangkan teori-teori pelik mereka seperti kewujudan makhluk asing dan teori angkasawan purba. Sebenarnya banyak sudah teori yang dikemukakan oleh mereka ini sudah "debunked" atau dibuktikan tidak benar sama sekali. Ia semua karut, sengaja direka-reka untuk mensensasikan saluran rangkaian televisyen itu seterusnya mendapat lebih banyak penajaan dan langganan. Hakikatnya apa yang ditunjukkan di TV tidak sepenuhnya, Ada beberapa hal lain yang boleh membuktikan teori mereka itu salah tapi perkara itu disembunyikan dari pengetahuan penonton. Salah satu teori yang telah "debunked" oleh orang ramai ialah tentang tapak puing-puing binaan lama di Bolivia yang dikenali sebagai Puma Punku.


Giorgio A. Tsoukalos
Blok-blok batu di Puma Punku
Sebenarnya tiada apa yang mustahil di Puma Punku. Tiada tapak pelancar pesawat terbang. Tiada blok batu besar yang terapung. Tiada potongan batu yang mustahil dihasilkan. Sudut tepat 90° yang diperkatakan adalah tidak sempurna. Anda boleh lihat sendiri semasa mereka cuba menunjukkan ketepatan sudut menggunakan sesiku L pada blok batu itu, jelas ia tidak tepat 90°, terdapat ruang terbuka di celah garisan rata sesiku L itu.

Ini bukan sudut tepat 90°  mungkin 87° atau 89°. Sangat memalukan tokoh arkeologi mengatakan demikian
Semua potongan yang kelihatan sempurna itu boleh dilakukan dengan peralatan pemotong diperbuat dari besi dan pengasah. Batu-batu blok di Puma Punku juga bukan dari granit atau diorite seperti yang didakwa oleh Tsoukalos, sebaliknya batu pasir. Semua orang tahu pasir mudah dibentuk.

Adakah teori-teori tak waras seperti ini layak dianggap sebagai sejarah?


No comments:

Post a Comment