Di sini, saya ingin menunjukkan sejauh mana benar dakwaan bahawa manusia pernah mencapai altitud setinggi 401km di mana terletaknya Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS), mencapai altitud 107km dengan roket X15 yang membawa manusia di dalamnya, dan cuba buat perbandingan dengan altitud purata pesawat komersial. Infografik dalam Figure A dihasilkan dengan nisbah 1 pixel mewakili 10 kilometer.
Bermula dengan gambaran Bumi dilihat dari angkasa (Figure A). Untuk melihat Bumi dalam bentuk yang penuh, anda sebenarnya perlu berada sangat jauh di angkasa lepas. AD yakin manusia belum pernah sampai sejauh itu untuk mengambil gambar penuh Bumi dalam rupa bentuk bulatan dari kutub utara ke selatan dan dari Barat ke Timur.
Figure A |
Figure B |
Figure C1 |
Figure C2 |
Tiada eXIF data? |
Jika ISS berada 401km dari Bumi, imej yang diambil sepatutnya lebih rata, tiada curvature atau garisan cembung, radius Bumi tidak akan kelihatan kerana ISS bukan berada sejauh berpuluh ribu kilometer dari Bumi. Anda boleh buktikan dengan melakukan ujikaji ini sendiri. Cuba berdiri di hadapan dinding luar stadium bolasepak, berdiri kira-kira 1 meter menghadap ke arah dinding, kemudian ambil gambar dengan kamera anda. Anggap saja anda menggunakan lensa wide angle seperti 14mm. Apa yang anda dapat ialah imej dinding luar stadium mengisi 100% ruang dalam gambar. Untuk memuatkan seluruh stadium di dalam sekeping gambar, anda perlu berdiri lebih jauh dari stadium. Mungkin tidak kurang dari 100 meter bergantung kepada focal length yang ada pada kamera atau lensa anda.
Gambar yang terhasil dari kedudukan sejauh lebih 400 kilometer juga sepatutnya lebih kabur atau out of focus, tidak sharp, ia diliputi oleh pencemaran atmosfera, jerebu, contrast pula semakin berkurang, warna Bumi akan jadi sangat pudar, dan Bumi hampir kelihatan seperti gambar di bawah ini.
Mungkin Bumi kelihatan seperti ini dari ISS |
Untuk menyokong dakwaan, mari lihat imej yang saya ambil dari ketinggian pesawat antara 2,500 meter hingga 8,000 meter dari aras laut (Foto D). Lihat garis ufuk di kejauhan, bagaimana imej semakin pudar di sudut yang paling jauh dan ia semakin tidak jelas apa yang ada di sana. Ia diliputi oleh cemaran atmosfera, partikel-partikel halus dan awan hingga menyebabkan ia kelihatan hilang warna atau contrast. Imej ini diambil dari kamera DSLR dengan sensor 14 Megapixel, bukan kamera biasa.
Foto D |
Jika AD berada pada ketinggian 8,000 meter semasa gambar diambil, mungkin garis horizon pada pandangan mata AD boleh mencapai sejauh 3 kali ganda, iaitu 24 kilometer atau lebih, sebelum ia lenyap dari pandangan kerana kesan perspective, tapi apa yang anda dapat lihat di dalam gambar ini? Ianya kabur dan hilang fokus. Tidak jelas garisan horizon seolah ia bertemu dengan langit. Jadi bagaimana mereka boleh mendakwa bahawa imej yang diambil dari ISS sejauh 401 kilometer sangat jelas, tinggi contrast dan sharp? Walaupun astronaut NASA menggunakan kamera Hassleblad, dengan sensor 200 Megapixel, ia bukan jaminan bahawa mereka dapat menghapuskan semua jenis pencemaran dan masalah yang dinyatakan tadi, dan sudah tentu mereka tidak mendapat kualiti fokus yang begitu sempurna dan sensor kamera seolah-olah tidak menghadapi masalah merakam imej dari kejauhan 400 kilometer!
Cuba anda bandingkan imej-imej yang dirakam dengan jumlah megapixel lebih besar daripada 200Mp di laman www.gigapixel.com, dan lihat apa yang anda perolehi di garis horizon? Semuanya kabur dan rendah contrast walaupun ia tidak sampai sejauh 400 kilometer seperti di ISS...! Jika anda mendakwa bahawa imej-imej dari gigapixel.com lebih fokus kepada foreground, anda sebenarnya silap. Semua jurugambar tahu bahawa foto landscape memerlukan penggunaan aperture yang kecil seperti f/8, f/14 hingga f/22 untuk mengelakkan gambar menjadi kabur.
Ini salah satu gambar dari gigapixel.com menggunakan kamera dengan sensor 226 Megapixel. Anda boleh lihat link asal gambar ini di http://www.gigapixel.com/image/gigapan-aerial3.html |
Ini semua membuktikan gambar-gambar Bumi yang ditunjukkan di internet yang didakwa diambil dari Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) adalah palsu dan tidak boleh dipercayai.
Logik dan mungkin gambar dari iss tu bukan yang real..
ReplyDelete