AD cuba mencari di jurnal-jurnal sains tentang graviti, tapi apa yang AD temui ialah putar belit sains yang panjang cuba menerangkan apa itu graviti, malah ada yang menulis buku sehingga beberapa jilid untuk menjelaskannya. Mengapa ia perlukan penulisan yang panjang lebar jika ia adalah asas dalam ilmu fizik atau hukum alam? Menurut Isaac Newton, terdapat kuasa ghaib yang tidak kelihatan yang wujud di dunia ini yang menarik setiap objek ke arahnya. Kuasa itu diberi nama GRAVITY. Tetapi tidak ramai yang faham apa itu gravity yang diperkenalkan oleh Newton.
Bukan AD saja yang ingin tahu, malah ramai lagi pelajar-pelajar jurusan sains yang mengajukan soalan berkenaan graviti kepada professor mereka tapi gagal dijawab dengan baik. Ada yang terpaksa membuat karangan yang panjang sehingga memerlukan beberapa halaman di ruangan web untuk menerangkan tentang graviti. Ada yang memberi jawapan yang jauh terpesong dari soalan asal. Mereka menyuruh yang bertanya fahami dahulu apa beza teori dan hukum sebelum bertanya. Kemudian mereka mengatakan teori dan hukum Newton adalah sama. Tapi terdapat juga laporan jurnal yang menolak kewujudan graviti. Nampaknya tidak ramai yang dapat menjelaskan graviti dalam ayat mudah. Pencarian AD menemui jalan buntu. Tiada jawapan yang AD temui.
Lebih melucukan, mereka cuba meminta yang bertanya membuat eksperimen sendiri. Cuba pegang buah epal di tangan, kemudian lepaskan. Lihat apa yang berlaku. Buah epal itu akan jatuh ke bawah. Pendapat mereka, buah epal sebenarnya bukan jatuh, tapi ditarik oleh kuasa graviti bumi dari bawah. Semudah itu penjelasan mereka tentang graviti. AD terpaksa mengambil masa seketika untuk short break, minum kopi, menyedut sebatang rokok dan membayangkan seketika mengapa ahli sains seperti Isaac Newton menjadi sangat bodoh begitu dihormati kerana penemuan beliau terhadap peristiwa jatuhnya buah epal dari atas pokok semasa beliau duduk berehat di bawahnya. Adakah ini penemuan (discovery) yang patut kita hormati dan hargai? Menurut apa yang kita faham sebagai orang Malaysia, buah durian yang gugur itu tanda ia telah masak. Ikatan atom pada tangkai buah durian yang semakin lemah dan ketumpatan buah durian itu menyebabkan ia jatuh, bukan kerana ditarik oleh graviti.
Sebenarnya tiada tarikan graviti wujud terhadap belon gas itu. Tidak berlaku pertemuan di antara udara ringan dan udara lebih berat. Apa yang menyebabkan belon itu terapung ialah kerana ketumpatan (density). Anda boleh lihat kesan ini di lautan dan sungai. Kadar ketumpatan air di laut dan sungai melebihi ketumpatan udara dan struktur di atas kapal yang menyebabkan kapal itu boleh terapung di atas permukaan air. Begitu juga prinsip yang sama digunakan untuk belon udara panas. Udara yang dipanaskan lebih ringan dan ketumpatan semakin berkurang dari udara sekitar menyebabkan belon itu naik ke atas.
Belon udara panas |
Sudah tentu setiap objek di bumi mempunyai density termasuk manusia sebab itu semuanya tidak akan terapung-apung di udara. Kecuali burung, pesawat, helikopter, roket yang menggunakan daya tujahan (thrust) untuk mengangkat beratnya sendiri, bukannya menolak tarikan graviti.
Jika Newton masih hidup hari ini dan melihat perkembangan teknologi dan kebijaksanaan manusia hari ini, tentu dia sudah memansuhkan teorinya sendiri atau dia memang mempunyai niat untuk menipu manusia..
Tonton video di bawah ni dengan mudah menjelaskan tentang tiada tarikan graviti wujud dan tiada centrifugal force berlaku jika benar bumi berputar.
No comments:
Post a Comment