Monday 21 December 2015

Dinosaur Tak Wujud / Petroleum Bukan Dari Fossil


Masyarakat telah menerima pakai teori bahawa dinosaur pernah mendiami bumi sejak beratus juta tahun dahulu dan petroleum berasal dari fossil. Bagaimana jika AD katakan bahawa dinosaur sebenarnya tidak pernah wujud dan petroleum mentah bukanlah berasal dari fossil dinosaur?

Teori dinosaur direka hanya semata-mata untuk membenarkan teori Evolusi Darwin. Bagaimana tulang-tulang dinosaur yang dikatakan hidup di darat boleh bertukar menjadi minyak dan ditemui beribu-ribu meter di dalam perut bumi? Ahli fizik dan kimia tak pernah membuktikan bagaimana komposisi tulang mati yang keras tetapi ringan boleh berubah menjadi cecair hitam pekat yang dipanggil minyak.

Maka jika dinosaur tidak pernah wujud, bagaimana dengan tulang-tulang dan fosil yang ditemui oleh para pengkaji sejarah dan ahli arkeologi zaman moden?

Dinosaur bermula dari teori, kemudian barulah tulang-tulangnya ditemui dalam keadaan yang tidak lengkap. Mereka cuba melengkakan tulang-tulang itu supaya selaras dengan teori yang telah diterima umum.

Ini bererti petroleum bukan berasal dari fosil dinosaur.

Sila nantikan artikel lengkap berkenaan teori terbaru ini. AD sedang menyusun artikel ini untuk memberi penjelasan yang munasabah tentang dakwaan ini.



bersambung...  


No comments:

Post a Comment