Showing posts with label antartika. Show all posts
Showing posts with label antartika. Show all posts
Thursday, 24 December 2015
MH370: Mengapa Tiada Operasi Pencarian Di Antartika?
Pencarian pesawat Boeing 777-200ER penerbangan MH370 milik Malaysia Airlines telah meliputi hampir 80% zon Lautan Hindi. Setakat ini belum ada apa-apa lead yang boleh membawa kepada penemuan pesawat misteri itu. Bermula dari Laut Cina Selatan, kemudian ke Laut Andaman, Selat Melaka, Maldives, Diego Garcia dan Lautan Hindi, sebenarnya tidak banyak yang boleh diharapkan. Lautan adalah terlalu luas dan dalam untuk harapan menemui sebuah objek sebesar 76 meter panjang dan 65 meter lebar. AD lebih gemar gunakan istilah Boeing 777 kerana pengeluar pesawat tidak gemar nama pesawat keluaran mereka disebut-sebut itu tidak bagus untuk perniagaan.
Tambahan pula, dalam masa 2 tahun sudah 3 kali pesawat buatan Boeing mengalami nasib malang di kalangan pelanggan Asia. 1 ditembak di Donetsk, 1 lagi pesawat Boeing dimiliki oleh Airasia Indonesia.
Ada sesuatu yang pelik berlaku dalam operasi pencarian Boeing 777 ini. Tidak pernah terdengar di kalangan pemimpin negara yang terlibat mencadangkan pencarian dijalankan di Antarctica. Adakah mereka pasti pesawat tidak akan sampai sejauh ini? Mengapa?
Seperti ada sesuatu yang tidak kena. Antartika dikawal oleh tentera dari kalangan 53 buah negara yang terlibat dalam Perjanjian Antartik. Benua ini tidak dihuni oleh manusia kerana suhu terlalu sejuk, lebih sejuk dari Kutub Utara. Ia terikat dengan perjanjian bahawa benua ini tidak boleh dituntut oleh sesiapapun, tiada aktiviti ekonomi dibenarkan, hanya digunakan untuk tujuan "penyelidikan sains" sahaja. Di awal abad ke-20, hanya beberapa orang sahaja pernah menjelajah jauh ke benua ini. Menurut mereka yang pernah sampai ke sini, Antartika terlalu luas, terdapat banyak gunung-gunung ais yang tinggi dan terlalu mencabar had kemampuan manusia. Mereka mendakwa ada rahsia yang perlu dibongkar di sini. Ramai yang berharap akan datang semula tetapi akhirnya hajat mereka tidak kesampaian kerana kesuntukan masa dan kekurangan dana.
Pesawat Bergantung Kepada Komunikasi Pemancar Radio Di Daratan
Tiada penerbangan komersial yang terbang melalui langit Antarctica. Pesawat perlu terbang di antara koordinat geografi tetap untuk sistem navigasi satelit atau terbang di antara pemancar isyarat radio di darat. Ini bermakna, satelit hanya boleh berperanan selagi pesawat berada di dalam koordinat yang tetap - di dalam koordinat satelit. Ia memberitahu kita kenapa tragedi pesawat yang hilang atau terhempas di lautan mengambil masa yang lama sebelum ditemui. Dikatakan ada 20,000 satelit di angkasa tetapi bukan semuanya berfungsi. Maklumat pesawat banyak bergantung kepada isyarat terakhir yang diterima oleh menara kawalan di darat, atau isyarat ping di antara pesawat-pesawat yang terbang dalam koordinat berdekatan. Komunikasi radio di antara pesawat dan menara kawalan di darat boleh sampai sejauh beratus-ratus kilometer. Tetapi tidak ada pemancar radio di tengah lautan. Dan ini memberitahu kita betapa luasnya zon di Lautan Hindi yang tidak berada di dalam lingkungan isyarat radio.
Kotak Hitam
Kotak hitam dikatakan boleh menghantar isyarat koordinat dalam masa 30 hari. Lebih buruk lagi, ping yang dapat dihantar oleh kotak hitam hanya boleh dikesan dari jarak 1600 meter. Ini bermakna pencari perlu berada dalam radius 1.6km berdekatan lokasi kotak hitam - terlalu kecil dibandingkan dengan keluasan lautan sebelum isyarat ping boleh dikesan.
Satelit
Satelit tidak membantu dalam hal ini kerana tiada siapa yang mahu meletakkan satelit jika fungsinya tertumpu di kawasan yang tiada aktiviti penerbangan seperti di Lautan Hindi dan Antarctica - kecuali jika ia dikhaskan untuk tujuan ketenteraan/risikan.
Jika sebelum ini AD menulis tentang kemungkinan Amerika tahu di mana lokasi sebenar pesawat Boeing 777 milik MAS ini, di sini AD ingin menyatakan bahawa kenyataan itu hanya kemungkinan sahaja, dan kali ini AD akui kemungkinan Amerika juga tidak tahu di mana lokasi sebenar pesawat itu. Jika Amerika memiliki satelit di koordinat Antarctica sekalipun, sudah pasti mereka tidak benarkan komunikasi dengan mana-mana pesawat komersial atau frekuensi yang digunakan tidak sama.
Jangka Hayat Satelit
Satelit juga mempunyai jangka hayat tertentu. Jangka hayat biasa satelit ialah 10 hingga 15 tahun. Selepas itu, ia akan jadi 'space junk' atau sampah di angkasa. Atau ia dibawa turun ke bumi dan dimusnahkan.
Satelit Measat 1 dan 2 yang dilancarkan pada 1996 telahpun tamat tempoh perkhidmatannya.
Pencarian Sepatut Bermula Dari Selatan Ke Utara
Isyarat ping terakhir mencadangkan pesawat itu masih beroperasi sekurang-kurangnya lima atau enam jam selepas meninggalkan radar Malaysia. Bagi Norman Shanks, bekas ketua kumpulan keselamatan di lapangan terbang kumpulan BAA, dan profesor keselamatan penerbangan di Coventry University, "operasi pencarian sepatutnya bermula dari koridor selatan dan bergerak ke utara, bukan sebaliknya. Beliau berpendapat koridor selatan adalah lebih cenderung untuk pesawat dapat mengelak dari dikesan oleh radar. Kawasan selatan membawa kepada ruang terbuka yang luas di Lautan Hindi, dan kemudian ke kawasan pedalaman utara yang tandus di Australia. Tanpa mengetahui motif, adalah sukar untuk membuat spekulasi ke mana destinasi terakhir pesawat itu pergi. Tetapi pesawat itu mungkin terus terbang sehingga ia kehabisan minyak dan kemudian melunchur dan terhempas ke dalam laut di suatu tempat di utara Australia," menurut Norman.
Bagi AD, Antartika adalah suatu kemungkinan tetapi tiada siapa yang pernah fikirkan tentangnya.
Labels:
antarctica,
antartika,
komunikasi satelit,
mast,
mh370
Monday, 14 December 2015
Antartika: Zon Misteri Yang Sangat Asing Di Bumi
Jika ada orang yang berkata tiada tempat dalam dunia ini yang belum diterokai manusia, mereka mungkin tersilap. Sebenarnya masih terdapat sebuah daratan yang sepi, penuh misteri, terbentang luas dan tidak terjangkau oleh manusia iaitu di kutub selatan yang dipanggil benua Antarctica. Ia lebih luas dari Greenland di kutub utara dan jauh lebih besar dari Alaska di Amerika Utara.
Terikat dengan Perjanjian Antartika (Antarctic Treaty), kawasan ini dikawal oleh pasukan militari dari pelbagai negara termasuk Amerika, Perancis, Jepun, New Zealand, Norway, Russia dan British. Orang awam tidak dibenarkan menjejakkan kaki ke benua ini tanpa sebarang tujuan yang dibenarkan.
Dikawal dengan alasan untuk memelihara flora dan fauna, dan juga untuk tujuan "eksperimen sains", tiada mana-mana pihak dibenarkan membuat tuntutan ke atas mana-mana zon di Antartika. Ia dikatakan kaya dengan sumber semulajadi seperti arang batu, uranium, tembaga, emas, nikel dan platinum. Terdapat beberapa kem tentera pelbagai negara dibina di Antarctica yang ditugaskan untuk mengawal dari dicerobohi.
Sebenarnya sebahagian besar Antarctica masih tidak diterokai manusia kerana pelbagai halangan cuaca ekstrim termasuk suhu sejuk di bawah takat beku melebihi -60°C. Pesawat juga tidak boleh terbang terlalu jauh kerana tiada bekalan bahanapi yang mencukupi untuk diisi semula.
![]() |
| Richard E. Byrd |
Pengembara polar terkenal pada sekitar 1930-an, Richard E Byrd mengatakan benua Antarctica lebih luas dari Amerika dan meskipun beberapa kali menjejak kaki ke sana, beliau masih tidak berpeluang meneroka seluruh benua ini kerana ia terlalu luas, suhu yang ekstrim dan bekalan oksigen dan logistik yang terbatas. Beliau juga mengatakan terdapat dinding-dinding ais yang tebal dan tinggi yang memerlukan ikhtiar yang melampaui kemampuan manusia untuk mengatasi halangan-halangan sepertinya.
![]() |
| Penguin adalah pengunjung tetap Antarctica |
![]() |
| Ketinggian gunung ais di Antarctica yang sukar dibayangkan |
Pengkaji NASA, Kelly Brunt berpendapat, tahap kecairan ais di Antarctica boleh memberi kesan kepada kenaikan paras laut di seluruh dunia. Ia tidak melibatkan ais di kutub utara. Anda boleh bayangkan jika anda membina beting pasir pantai setinggi 10cm berbentuk bulatan dan curah air ke dalam bulatan itu, Kemudian anda jatuhkan sebahagian pasir itu ke dalam takungan air menjadikan tinggi beting pasir itu berkurang sebanyak 2cm, maka paras air di dalam takungan itu akan meningkat.
![]() |
| Air di dalam beting pasir pantai |
Jika Antarctica telah diterokai sepenuhnya, kemungkinan terdapat gunung yang lebih tinggi di sana dan Everest bukan lagi puncak tertinggi di dunia.
![]() |
| Antarctica mengelilingi seluruh lautan dan benua manakala matahari dan bulan berputar keliling bumi menurut gambaran Flat Earth Society |
![]() |
| Lihat betapa luasnya Antarctica di dalam peta yang cuba digambarkan oleh mereka yang percaya bumi ini berbentuk sfera. |
Subscribe to:
Posts (Atom)








