Showing posts with label penipuan terbesar dalam sejarah manusia. Show all posts
Showing posts with label penipuan terbesar dalam sejarah manusia. Show all posts

Tuesday, 22 December 2015

Isaac Newton, Epal & Graviti

Sebelum AD menyambung tulisan berkenaan dinosaur, mari kita buka minda seluas-luasnya dan fikirkan tentang teori buah epal - iaitu teori graviti yang diperkenalkan oleh seorang ahli fizik dan matematik yang lahir pada 1642 iaitu Isaac Newton.

AD cuba mencari di jurnal-jurnal sains tentang graviti, tapi apa yang AD temui ialah putar belit sains yang panjang cuba menerangkan apa itu graviti, malah ada yang menulis buku sehingga beberapa jilid untuk menjelaskannya. Mengapa ia perlukan penulisan yang panjang lebar jika ia adalah asas dalam ilmu fizik atau hukum alam? Menurut Isaac Newton, terdapat kuasa ghaib yang tidak kelihatan yang wujud di dunia ini yang menarik setiap objek ke arahnya. Kuasa itu diberi nama GRAVITY. Tetapi tidak ramai yang faham apa itu gravity yang diperkenalkan oleh Newton.

Bukan AD saja yang ingin tahu, malah ramai lagi pelajar-pelajar jurusan sains yang mengajukan soalan berkenaan graviti kepada professor mereka tapi gagal dijawab dengan baik. Ada yang terpaksa membuat karangan yang panjang sehingga memerlukan beberapa halaman di ruangan web untuk menerangkan tentang graviti. Ada yang memberi jawapan yang jauh terpesong dari soalan asal. Mereka menyuruh yang bertanya fahami dahulu apa beza teori dan hukum sebelum bertanya. Kemudian mereka mengatakan teori dan hukum Newton adalah sama. Tapi terdapat juga laporan jurnal yang menolak kewujudan graviti. Nampaknya tidak ramai yang dapat menjelaskan graviti dalam ayat mudah. Pencarian AD menemui jalan buntu. Tiada jawapan yang AD temui.

Lebih melucukan, mereka cuba meminta yang bertanya membuat eksperimen sendiri. Cuba pegang buah epal di tangan, kemudian lepaskan. Lihat apa yang berlaku. Buah epal itu akan jatuh ke bawah. Pendapat mereka, buah epal sebenarnya bukan jatuh, tapi ditarik oleh kuasa graviti bumi dari bawah. Semudah itu penjelasan mereka tentang graviti. AD terpaksa mengambil masa seketika untuk short break, minum kopi, menyedut sebatang rokok dan membayangkan seketika mengapa ahli sains seperti Isaac Newton menjadi sangat bodoh begitu dihormati kerana penemuan beliau terhadap peristiwa jatuhnya buah epal dari atas pokok semasa beliau duduk berehat di bawahnya. Adakah ini penemuan (discovery) yang patut kita hormati dan hargai? Menurut apa yang kita faham sebagai orang Malaysia, buah durian yang gugur itu tanda ia telah masak. Ikatan atom pada tangkai buah durian yang semakin lemah dan ketumpatan buah durian itu menyebabkan ia jatuh, bukan kerana ditarik oleh graviti.


Ada pula yang bertanya mengapa belon gas helium melawan graviti, ia tidak turun ke bawah sebaliknya naik ke atas. Jawapan mereka sangat kelakar - belon itu menggunakan gas helium yang lebih ringan dari udara. Graviti menyebabkan belon itu naik ke atas? ...dengan menarik udara di sekeliling belon ke bawah. Mengapa graviti tidak menarik belon yang lebih berat dari udara diperbuat dari gentian fabrik dan gondola yang menempatkan manusia di dalamnya? Atau graviti sepatutnya telah mengakibatkan belon itu jadi kecut kerana berat udara di luar belon lebih besar dan akhirnya belon itu akan tertarik ke bawah? Mengelirukan!

Sebenarnya tiada tarikan graviti wujud terhadap belon gas itu. Tidak berlaku pertemuan di antara udara ringan dan udara lebih berat. Apa yang menyebabkan belon itu terapung ialah kerana ketumpatan (density). Anda boleh lihat kesan ini di lautan dan sungai. Kadar ketumpatan air di laut dan sungai melebihi ketumpatan udara dan struktur di atas kapal yang menyebabkan kapal itu boleh terapung di atas permukaan air. Begitu juga prinsip yang sama digunakan untuk belon udara panas. Udara yang dipanaskan lebih ringan dan ketumpatan semakin berkurang dari udara sekitar menyebabkan belon itu naik ke atas.

Belon udara panas
Jika teori Newton diguna pakai, semua belon helium dan belon udara panas tidak akan dapat naik ke atas kerana hukum Newton tidak menyebut tentang density. Newton mengatakan sentiasa terdapat tarikan di antara dua objek. Hakikatnya ia tidak dapat dibuktikan sehingga hari ini, sebab itu penyokong teori Newton memerlukan berjilid-jilid mukasurat untuk memutar belit hukum fizik. Kebenaran mudah dijelaskan manakala penipuan memerlukan usaha bersungguh-sungguh untuk membuat orang percaya.

Sudah tentu setiap objek di bumi mempunyai density termasuk manusia sebab itu semuanya tidak akan terapung-apung di udara. Kecuali burung, pesawat, helikopter, roket yang menggunakan daya tujahan (thrust) untuk mengangkat beratnya sendiri, bukannya menolak tarikan graviti.

Jika Newton masih hidup hari ini dan melihat perkembangan teknologi dan kebijaksanaan manusia hari ini, tentu dia sudah memansuhkan teorinya sendiri atau dia memang mempunyai niat untuk menipu manusia..

Tonton video di bawah ni dengan mudah menjelaskan tentang tiada tarikan graviti wujud dan tiada centrifugal force berlaku jika benar bumi berputar.



Monday, 21 December 2015

Dinosaur Tak Wujud / Petroleum Bukan Dari Fossil


Masyarakat telah menerima pakai teori bahawa dinosaur pernah mendiami bumi sejak beratus juta tahun dahulu dan petroleum berasal dari fossil. Bagaimana jika AD katakan bahawa dinosaur sebenarnya tidak pernah wujud dan petroleum mentah bukanlah berasal dari fossil dinosaur?

Teori dinosaur direka hanya semata-mata untuk membenarkan teori Evolusi Darwin. Bagaimana tulang-tulang dinosaur yang dikatakan hidup di darat boleh bertukar menjadi minyak dan ditemui beribu-ribu meter di dalam perut bumi? Ahli fizik dan kimia tak pernah membuktikan bagaimana komposisi tulang mati yang keras tetapi ringan boleh berubah menjadi cecair hitam pekat yang dipanggil minyak.

Maka jika dinosaur tidak pernah wujud, bagaimana dengan tulang-tulang dan fosil yang ditemui oleh para pengkaji sejarah dan ahli arkeologi zaman moden?

Dinosaur bermula dari teori, kemudian barulah tulang-tulangnya ditemui dalam keadaan yang tidak lengkap. Mereka cuba melengkakan tulang-tulang itu supaya selaras dengan teori yang telah diterima umum.

Ini bererti petroleum bukan berasal dari fosil dinosaur.

Sila nantikan artikel lengkap berkenaan teori terbaru ini. AD sedang menyusun artikel ini untuk memberi penjelasan yang munasabah tentang dakwaan ini.



bersambung...  


Tuesday, 24 November 2015

Penipuan Terbesar Dalam Sejarah Manusia

Penipuan paling besar dalam sejarah kini telah dibongkar. Dunia selama ini percaya tanpa menyoal penipuan-penipuan yang telah dijalankan malah data palsu ini telah diajar di sekolah dan universiti tanpa ada sesiapa pun yang berani tampil mempersoalkan. Berikut antara senarai penipuan terbesar dalam sejarah manusia yang kita masih percaya itu adalah sesuatu yang dipanggil "kebenaran" atau fakta.

1. para ahli sains dan NASA sendiri mengakui bumi berbentuk bujur (oblate), bukan bulat. Perhatikan imej berikut yang diambil dari laman web rasmi NASA



2. Planet Bumi berputar pada paksinya menghasilkan siang dan malam

3. Planet Bumi juga beredar mengelilingi matahri setiap 365 hari

4. Gerhana bulan adalah disebabkan bayangan Bumi, dengan itu Bumi itu terbukti bulat

5. Diameter matahari 109 kali lebih besar dari Bumi dan terletak 150 juta kilometer dari Bumi

6. Manusia telah menkjejakkan kaki ke bulan

Berikut pula fakta dan soalan yang wajib ditanya kembali kepada penipu-penipu besar ini:

1. Jika bumi berbentuk bujur, mengapa imej bumi yang diambil oleh NASA mempunyai bentuk bulat yang sempurna? Perhatikan lingkungan bulatan sempurna di sekeliling bumi saya hasilkan menggunakan komputer. Semua foto Bumi oleh NASA telah dihasilkan menggunakan komputer dan tidak ada satupun foto yang asal, tidak diproses atau dimanipulasi.



2. Jika bumi berputar pada paksinya, mengapa masa penerbangan dari titik A (Barat) ke titik B (Timur) dan dari titik B pulang semula ke titik A adalah sama? Sepatutnya salah satu penerbangan mengambil masa yang lebih cepat kerana putaran bumi membantu mempercepatkan perjalanan mereka. Jika anda mengatakan bahawa pesawat yang sedang terbang masih tertakluk kepada tarikan graviti bumi, maka penduduk di Tajikistan, Philadelphia, Lisbon dan yang selari dengan garisan latitude Fukushima di Jepun perlu memakai topeng  gas dan jumpsuit anti radiasi nuklear sepanjang masa kerana ruang atmosfera di Fukushima yang tercemar. Ada banyak video dari belon cuaca yang dilepaskan ke ruang angkasa, ada yang mencapai ketinggian 33 ribu meter, semuanya tidak menunjukkan bumi berputar. Sebenarnya tidak ada seorang pun pernah melihat bumi berputar atau dapat membuktikannya. Ia hanya teori.

3. Peredaran Bumi mengelilingi matahari telah dibuktikan dengan mudah ianya salah dalam fotografi star trail dan boleh dilakukan oleh sesiapa yang ada kamera dslr.

4. Jika apa yang kita lihat sebagai bayangan Bumi di bulan, bayang bumi sepatutnya mempunyai lekuk yang lebih besar kerana saiz Bumi 5 kali ganda saiz bulan. Sebenarnya bayangan melengkung pada bulan itu adalah disebabkan bentuk bulan itu bulat dan cahaya matahari yang menyuluh objek bulat jika dilihat dari satu sudut tertentu memang kelihatan melengkung. Anda boleh lakukan sendiri ujikaji ini dengan memegang lampu suluh, menyuluh sebiji bola dengan lampu suluh, kemudian minta sahabat anda lihat bola itu dari sudut sebelah kiri atau kanan anda pada sudut 10, 20 atau 85 darjah..Dia akan lihat bayangan yang melengkung. Jka dia melihat pada 90 darjah di kiri atau kanan anda, dia akan lihat bayangan separuh bola itu.

5. Jika saiz diameter matahari adalah 109 kali saiz diameter Bumi dan ia sejauh 150 juta kilometer dari Bumi, Bumi tidak akan mendapat cahaya yang cukup terang untuk menjadi siang hari.

6. Benarkah manusia telah sampai ke bulan jika jarak bulan adalah sejauh 363,104 kilometer dari bumi ? Jika benar, mereka telah melepasi Van Allen belt, iaitu lingkaran radiasi yang sangat berkuasa yang boleh meleburkan mana-mana kapal angkasa dengan kru sekali. Teknologi pada tahun 1969 masih belum mencapai tahap itu. Malah hari ini, kita masih belum mampu melaluinya.

Ini bentuk permukaan bumi yang sebenar. Ia berbentuk sekeping pizza dengan keraknya adalah ais ddi Antarctica yang mengelilingi lautan dan seluruh benua. Tidak ada kutub selatan. Kutub utara adalah pusat bumi. Bentuk ini digunakan oleh Pertubuhan bangsa-Bangsa Bersatu (UN) sebagai logo rasmi mereka.



Astrophysicist, Neil Degrasse Tyson apabila ditanya berkenaan bentuk planet bumi, pada mula dia berkata bumi berbentuk sfera, kemudian menukar kepada bentuk oblate, dan akhir sekali menambah, bumi sebenarnya berbentuk pear, lebih besar di bahagian Hemisfera Selatan....! Ini bererti Neil mengatakan ada garisan diameter di Hemisfera Selatan lebih besar dari garisan Khatulistiwa...??? Sebagai seorang ahli fizik, mengeluarkan kenyataan sebegin amat memalukan.

Astrophysicist@Maharaja Lawak
Bumi Neil deGrasse Tyson

Ketahuilah bahawa KEBENARAN YANG HAKIKI sentiasa melalui 3 fasa:


Fasa Pertama.  ia diketawakan

Fasa Kedua:. ia dibantah sekeras-kerasnya

Fasa Ketiga:. akhirnya ia diterima kerana disertakan dengan bukti yang tak boleh disangkal lagi