Showing posts with label CERN. Show all posts
Showing posts with label CERN. Show all posts

Thursday, 23 July 2015

Episod Simpson Tahun 1998 Telah Ramal Partikel CERN!

Kalau anda selalu mengikuti siaran kartun The Simpson di TV, anda akan dapati ada banyak penampilan yang ditonjolkan seolah-olah ramalan Nostradamus kerana ia berlaku selepas itu. Ini antara siri yang memberi 'hint' berkenaan CERN dan pada waktu itu tiada siapa yang sedar apa yang ditunjukkan oleh Homer kerana tidak ramai menyedari tentang CERN. Ia sesuatu yang agak pelik jika dibayangkan. Untuk makluman anda, The Simpson adalah rancangan kartun untuk orang dewasa, bukan untuk kanak-kanak.

Saturday, 18 July 2015

Memahami CERN: 10 Perkara Anda Harus Tahu Tentang CERN

Berikut 10 perkara yang anda perlu ketahui tentang CERN, Switzerland

1. CERN adalah sebuah laboratori mega yang menempatkan mesin terbesar yang pernah dicipta manusia. Ia mengandungi terowong sepanjang 27 kilometer iaitu 2 kali panjang jambatan Pulau Pinang.

2. Logo CERN mengandungi tiga angka 6 - atau 666, turutan nombor yang sering dikaitkan dengan kejahatan atau iblis.  
3. Logo CERN juga adalah manifestasi bentuk Dewa Hindu iaitu Shiva. 

4. Patung Shiva terdapat di hadapan pusat utama CERN. Shiva dianggap sebagai Dewa Pemusnah dalam kepercayaan Hindu. Tujuannya memusnahkan alam adalah untuk menyerahkan kepada Brahma untuk 'mencipta' semula apa yang telah dimusnahkan. 

 5. Pada majlis pelancaran CERN, tarian kemusnahan Shiva (Dance of Destruction) telah dipersembahkan kepada umum oleh sekumpulan penari. Permulaan kepada penciptaan alam semesta adalah kemusnahan mega iaitu fenomena Big Bang. Ia adalah simbolik kepada kajian di CERN.   

6. Tujuan CERN dibina adalah untuk kajian terhadap pencarian zarah (partikel) paling halus dan mencari asal usul penciptaan alam semesta. Ini juga dinamakan Quantum Physics. Quantum Physics adalah sesuatu yang boleh dilihat kesannya oleh mata kasar tetapi tidak dapat dijelaskan mengikut hukum fizik bagaimana ia berlaku. Contohnya seperti elektron, microprocessor, laser, elektromagnet. Ia seperti mengkaji fenomena Big Bang dimana kemusnahan kosmos mega telah berlaku di awal penciptaan sebelum alam semesta ini wujud.  

7. Fasiliti Di CERN dihuni oleh lebih 10,000 saintis dari lebih 100 buah negara di seluruh dunia. Terdapat beratus makmal dan universiti yang mengambil bahagian dalam kajian.  

8. Apa yang dilakukan di CERN adalah menghasilkan perlanggaran partikel proton pada kelajuan yang amat tinggi  

9. Zarah (partikel) halus tidak dapat dilihat oleh mata kasar. Dalam kepercayaan spiritual, zarah halus yang tak boleh dilihat oleh mata kasar disamakan dengan 'alam ghaib'. Alam ghaib dihuni oleh jin dan syaitan.  

10. Kajian di CERN adalah titik pertembungan di antara dunia nyata (materialistik) dengan dunia ghaib (spiritualistik) dan saintis ternama seperti Stephen Hawkings yang tidak percaya kepada kewujudan Tuhan telah mula mengubah fikiran dan mengakui terdapat alam spiritual yang wujud seiring dengan alam nyata. Beliau merujuknya sebagai "God Particle" atau Zarah Tuhan.   


Ada pendapat di kalangan orang-2 bukan Islam sendiri yang mengatakan eksperimen di CERN akan membuka pintu ke alam ghaib dan menjemput kehadiran semangat jahat (dark matter) makhluk jin dan syaitan ke alam nyata atau membenarkan campurtangan mereka dalam urusan manusia. Ini bakal memberikan kesan yang buruk atau kemusnahan yang tidak dapat dikawal oleh manusia. Mereka mengibaratkan kajian di CERN sebagai membuka kotak Pandora dan akan membebaskan keluar ibu kepada kejahatan atau kemusnahan.

Ada banyak bukti yang tidak terhitung dimana alam ghaib telah memainkan peranan dan memberi kesan di luar sedar terhadap manusia dan alam nyata.  Antaranya, kita berdoa kepada Tuhan meminta sesuatu kemudian apabila permohonan kita diperkenankan, kita berterima kasih mensyukuri pemberian itu tapi kita tak pernah melihat Tuhan.

Ini bukan saja diamalkan oleh umat Islam, malah penganut agama lain seperti mempersembahkan korban binatang peliharaan, tanaman dan lain-lain kepada sesuatu yang mereka tidak pernah lihat.

Percaya kepada takdir dan ketentuan (qada' dan qadar) juga adalah manifestasi keyakinan orang-2 Islam terhadap alam ghaib. Malah Allah itu adalah ghaib tidak terlihat oleh mata secara lahiriah tetapi ia tetap Wujud.

Dalam Al-Quran ada menyebut, "Sesungguhnya ia (jin) dan pengikutnya melihat kamu (manusia) dari suatu tempat yang kamu tidak bisa melihat mereka (Q.S. Al-A’raaf : 27)

Ayat Quran yang merupakan kalam Allah yang agung sudah tentu disampaikan dengan cara yang sangat tinggi tingkat ilmunya. Jika kita mengambil pengertian secara mudah, kita tahu jin boleh melihat manusia manakala manusia tidak boleh melihat jin. Tetapi ayat ini menyebut "dari suatu tempat" - bukan saja merujuk kepada sifatnya boleh melihat atau tidak. Ayat ini sebenarnya lebih dari itu. Allah merujuk kepada "suatu tempat" di mana jin boleh melihat manusia - dan ada kemungkinan di suatu "tempat yang lain" atau "kaedah yang lain", manusia juga boleh melihat jin.

Jika anda memahami Al-Quran dengan lebih mendalam, anda akan melihat apa yang sedang berlaku hari ini semuanya sudah dinyatakan di dalam Al-Quran. Terpulang kepada kita untuk mengkaji dan akhirnya menyedari kaitkannya dengan mukjizat agung yang ditinggalkan kepada kita oleh Nabi Muhammad S.A.W. 1400 tahun dahulu.



Friday, 19 June 2015

Ada Sesuatu Berlaku Di CERN Yang Dirahsiakan

Lanjutan dari artikel AD tentang kaitan antara CERN Laboratory di Geneva dengan gempa bumi di Nepal, kali ini AD ingin membawa pembaca mengetahui secara lebih mendalam apa yang berlaku di Large Hadron Collider, CERN. Menurut Stephen Hawkings, seorang Atheis dan saintis yang tidak percaya kepada kewujudan Tuhan, dia memberi amaran kepada para saintis di CERN bahawa "anda akan membuka kotak Pandora dan melepaskan semua roh jahat ke dunia, sekali anda membukanya, anda tidak akan mampu mengembalikan semula ke dalam kotak".

Eksperimen di CERN lebih kepada kajian intensif untuk mengetahui asal-usul kejadian makhluk dan alam semesta (mengikut apa yang diwahyukan ke dalam kitab Bible "The Book of Creation"). Ia seperti sebuah terowong masa yang besar yang mengembalikan masa kepada permulaan penciptaan.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang apa yang sedang berlaku di CERN, sila dengar syarahan dari Pastor Charles Lawren, biarpun dia bersyarah di hapadan penganut Kristian, ia tidak ada kena-mengena dengan akidah. Apa yang disyarahkan oleh beliau ialah berkenaan apa yang sedang dilakukan oleh saintis CERN dan dunia sedang ditipu oleh golongan tertentu untuk menyambut kedatangan Dajal yang disebut sebagai Alien, UFO dan sebagainya.


Tuesday, 16 June 2015

Apa Yang Umum Tidak Tahu Di Sebalik Gempa Bumi Nepal

Mesin paling besar dan paling berkuasa yang pernah dicipta oleh manusia bukanlah bom nuklear tapi satu alat yg dinamakan Large Hadron Collider (LHC). Ia berfungsi untuk menghasilkan perlanggaran 2 partikel proton pada kelajuan 1,078,260,480 kilometer sejam menghasilkan tenaga yang amat besar dan boleh memusnahkan segala apa yang ada di bumi. Tujuannya dicipta hanya untuk eksperimen saintifik. Dibina oleh European Organization for Nuclear Research (CERN - "Conseil EuropĂ©en pour la Recherche NuclĂ©aire"). CERN dianggotai oleh saintis dari 21 negara Eropah dan satu-satunya negara bukan Eropah yang menjadi anggota  CERN ialah Israel.

Large Hadron Collider (LHC) terdapat di Geneva, Switzerland meliputi lilitan sejauh 27 kilometer pada kedalaman 175 meter di bawah tanah. Ujian perlanggaran partikel proton pernah dijalankan beberapa kali sebelum ujian terbaru dilakukan pada 5 April 2015 dan 20 Mei 2015 selepas dinaik-taraf.

Pada 25 April 2015, Nepal mengalami gempabumi pada magnitud 7.8M diikuti gempa susulan pada 12 Mei 2015. Pelbagai teori konspirasi timbul selepas itu. Pertama, ada yang mengaitkan kejadian gempa bumi Nepal dengan aktiviti zalim membunuh haiwan ternakan seperti kerbau dan kambing untuk dipersembahkan kepada dewa mereka. Tetapi ada satu lagi teori yang tidak ramai orang tahu tapi patut diketengahkan. Teori pertama sengaja direka untuk menyembunyikan kemungkinan teori yang kedua ini. Ada pendapat dari mereka yang punya pengetahuan dalam ilmu fizik mengaitkan gempa Nepal dengan ujian LHC di Geneva. Bagaimana ia boleh berlaku sedangkan Geneva terletak hampir 10 ribu kilometer jauhnya dari bandar Kathmandu di Nepal?

Sebenarnya segala itu tak mustahil dengan mesin paling berkuasa ciptaan manusia iaitu LHC. Untuk melihat segala kemungkinan itu, sila tonton video di bawah. Anda boleh abaikan kaitannya dengan Dewa Shiva Hindu yang digelar Dewa Pemusnah tapi anda tak dapat menafikan teori tangen bulatan - kaitan perlanggaran proton yang amat berkuasa ini mampu menyebabkan kemusnahan dalam skala besar dan ia menuju terus ke Nepal yang terletak sejauh 10 ribu kilometer dari pusat ujian.






Berikut pula video tentang apa itu Large Hadron Collider dan apa impak yang boleh berlaku