Adakah anda fikir Amerika yang memiliki kelengkapan teknologi ketenteraan tercanggih di dunia tidak mampu mengesan kehadiran sebuah pesawat komersial seperti Boeing 777 milik Malaysia Airlines yang dikatakan terbang dan lenyap di ruang udara Lautan Hindi yang mana Amerika mempunyai sebuah pengkalan tentera penting yang terletak di Diego Garcia?
Diego Garcia adalah sebuah pulau terletak di tengah-tengah Lautan Hindi di bawah garisan Khatulistiwa. Ia adalah sebuah pulau di bawah jajahan British yang kini disewakan kepada Amerika untuk dijadikan pengkalan tentera. Pulau ini merupakan tempat yang strategik sebagai pengkalan tentera kerana kedudukannya berada di tengah-tengah antara Afghanistan, Somalia & Indonesia. Untuk mendominasi pulau ini, penduduk asal yang dikenali sebagai puak Chagos telah dipaksa meninggalkan Diego Garcia. Atas alasan Amerika telah membayar 'sewa' kepada British menduduki pulau ini, maka mereka berhak berbuat apa saja ke atas pulau dan seluruh penghuninya. Haiwan peliharaan pula dibunuh dengan gas beracun.
Pada tahun 70-an, kira-kira 2,000 orang-orang Chagos telah dihantar ke Seychelles dan Mauritius dijanjikan pekerjaan tetapi hakikatnya mereka tidak memperolehi apa yang telah dijanjikan. Ramai yang tinggal sehelai sepinggang, ditinggalkan tanpa sedikit wang untuk keperluan hidup malah mereka tidak mendapat pekerjaan. Pentadbiran Amerika menafikan perkara ini dengan mengatakan bahawa mereka adalah pekerja kontrak yang dibawa dari luar oleh British, bukan penduduk asal pulau itu. Hakikatnya, mereka telah mendiami pulau itu sejak beratus tahun dahulu. Pedagang dahulu telah membawa mereka untuk bekerja di ladang-ladang kelapa. Kini mereka yang sudah lama meninggalkan pulau itu masih menaruh harapan bahawa suatu hari nanti mereka akan dibawa pulang ke tanah asal mereka.
Sebagai sebuah pulau yang terpencil dan tidak dikenali, para jurnalis juga tidak dibenarkan berada di sana maka berita atau liputan tentang Diego Garcia tidak diketahui orang.
Pengkalan tentera sangat penting bagi Amerika untuk memastikan kepentingan ekonomi dan kesinambungan kuasa ketenteraan. Hari ini, terdapat beratus-ratus pengkalan tentera Amerika di seluruh dunia. Diego Garcia menjadi "pad pelancar" utama semasa operasi tentera di Iraq dan Afghanistan. Landasan di sini mampu menempatkan pesawat pengebom Amerika yang besar seperti B-52. Pentagon juga telah memperuntukkan kontrak bernilai $32 juta untuk membina pengkalan kapal selam di pulau ini.
Menempatkan balatentera dan kelengkapan persenjataan seperti radar, pesawat, kapal pembawa pesawat pejuang, kapal selam, meriam dan lain-lain adalah suatu kelebihan dan satu bentuk penguasaan di ruang darat, udara dan lautan yang tidak mampu ditandingi oleh mana-mana kuasa lain yang cuba menandingi mereka.
Dari Anas R.A bahawasanya Rasulullah S.A.W. bersabda, "Orang Yahudi Isfahan sebanyak 70,000 yang lengkap berpakaian seragam akan selalu mengikuti Dajal" (HR Muslim)
Anda fikir siapakah yang sering lengkap berpakaian seragam kalau bukan sebuah pasukan tentera?
No comments:
Post a Comment