Saturday 1 March 2014

Mata Satu Pada Trofi BAFTA

Umum telah diketahui bahawa industri hiburan Barat penuh dengan agenda tersembunyi yang cuba diterapkan melalui objek, simbol, elemen-elemen terselindung, isyarat tertentu di dalam filem & muzik ke atas remaja, dewasa malah kanak-kanak. Cuma ramai yang tidak sedar bahawa mereka wujud bukan semata-mata untuk sekadar hiburan di masa lapang sahaja, malah lebih dari itu.

Kali ini Agendajal ingin berkongsi mengenai rekabentuk trofi British Academy Film & Television Award atau lebih dikenali sebagai BAFTA. Trofi ini merupakan antara trofi yang punya rekabentuk terburuk dan mendapat kritikan wartawan hiburan. Tapi bagi pereka, apa mereka peduli tentang buruk atau cantik. Apa yang penting, ia mesti membawa mesej kepada kumpulan pemuja dan penganut ajaran esoterik. Jika masih ramai yang tidak tahu siapa yang menguasai dunia hiburan di British, kali ini mereka cuba memberitahu anda melalui rekabentuk trofi yang dianugerahkan kepada idola-idola dalam industri tersebut. Kalau anda masih tidak dpat kenalpasti, biar Agendajal beritahu. Ya, sudah tentu ia bernaung di bawah kelompok elit yang sama - Mata Satu. Lihatlah rupa trofi yang dimenangi oleh mereka, wajah manusia dengan sebelah mata dibutakan.

 Dari Abu Hurairah r.a., berkata, Rasulullah bersabda, "inginkah kamu sekalian aku beritahukan tentang Dajal, suatu keterangan yang belum pernah diceritakan oleh seorang nabi kepada kaumnya? Sesungguhnya ia buta sebelah mata..."

Anda masih fikir ini suatu kebetulan?   


Anna Hathaway, antara penerima trofi. Dia juga pernah dilihat memakai t-shirt ambar ikon Mind Control, Marylin Monroe.

No comments:

Post a Comment