Kalau kita berbangga dengan 2 buah kapal selam milik TLDM buatan Perancis dengan kerjasama Sepanyol dijana oleh enjin diesel, apalah sangat kalau nak dibandng dengan kapal selam milik Amerika dan Rusia yang dijana oleh kuasa nuklear yang boleh menyelam selama 5 tahun tanpa perlu timbul untuk mengisi minyak.
Kalau kita sering terpegun menonton rancangan Discovery atau National Geographic yang menunjukkan kecanggihan peralatan hi-tech militari dimiliki Amerika menggunakan teknologi termaju seperti pesawat pengintip tanpa manusia (Drone), spy-camera bersaiz seekor lalat yang dikawal dari jauh, robot pemusnah bom yang digerak secara wireless, senjata laser, senjata yang boleh memecah halangan konkrit dan memusnah kereta kebal, pesawat yang tidak boleh dikesan radar, kita sangka itu yang paling termaju yang pernah dicipta setakat ini.
Tapi kita akan terkejut jika diberitahu bahawa semua yang dipertontonkan kepada kita di TV itu sebenarnya merupakan teknologi lapok yang sudah 10 tahun ketinggalan. Adakah anda fikir mereka sebodoh itu untuk mendedahkan kepada dunia semua yang mereka miliki dengan cara itu dunia akan kagum dan hormat serta takut kepada Amerika kerana sedar kemampuan yang mereka miliki. Mereka tidak sebodoh itu.
Mempunyai satelit yang boleh mengesan kedudukan sasaran atau mengambil gambar resolusi tinggi merupakan teknologi yang sudah lama dicapai. Kalau itu merupakan teknologi zaman silam, apa yang anda fikir mereka mampu capai pada hari ini?
Amerika Tahu Kedudukan Pesawat MH370 Tapi Sengaja Dirahsiakan
Sejak bencana industri penerbangan komersial 9/11, apakah anda fikir Amerika akan berdiam diri selepas itu. Adakah mereka rela membiarkan saja semua pesawat komersial terutama yang dibuat oleh syarikat pengeluar pesawat negara itu tidak berbuat sesuatu untuk mengelak dari perkara yang sama berulang? Adakah anda sangka mereka tidak pernah terfikir bagaimana jika perampas pesawat tahu mematikan semua isyarat radio, transponder, sistem Aircraft Communications Addressing and Reporting System (ACARS) secara manual? Adakah anda fikir Amerika tidak pernah terfikir bagaimana jika perampas juga tahu segala selok-belok berkaitan hal teknikal di dalam cockpit supaya mereka dapat mengelak dari dikesan? Dan adakah anda fikir mereka tidak pernah menjangkakan sesuatu yang buruk berlaku kepada kotak hitam supaya ia dilupuskan atau dimatikan oleh perampas agar bukti dapat dihapuskan?
Tidak sama sekali. Mereka tidak sebodoh itu. Memang kotak hitam dikatakan akan mengaktifkan "homing signal" untuk memberitahu pihak berkuasa kedudukan geografi apabila mengalami hentakan apabila ia terhempas. Tapi bagaimana kalau pesawat tidak terhempas sebaliknya dirampas?
Ingatkah lagi siapa yang mula-mula memberi "clue" bahawa "ada petunjuk" MH370 dikatakan berada di zon Lautan Hindi? Mereka juga menyatakan bahawa "isyarat" dari enjin pesawat memberitahu bahawa pesawat itu masih terbang 4 jam selepas hilang dari radar. Malaysia dan pembuat enjin Roll Royce menafikan pada mulanya. Kalau diperhatikan kronologi, Amerika sentiasa mendahului dalam mengeluarkan kenyataan dan akhirnya kenyataan itu terpaksa diakui oleh Malaysia. Lebih 10 negara bertungkus-lumus melakukan operasi SAR selama seminggu di Laut China Selatan di sebelah Timur Malaysia dan Thailand serta di Selat Melaka tetapi Amerika nampaknya tidak yakin operasi dijalankan di kawasan ini. Akhirnya Amerika mengeluarkan kenyataan bahawa MH370 "mungkin" berada di lautan sebelah Barat pula iaitu di zon Lautan Hindi dan Laut Andaman.
All Seeing Eye - Amerika Adalah Dajal Akhir Zaman
Kalau Edward Snowden sudah membongkar bagaimana jahatnya Amerika yang mampu menyelongkar setiap data peribadi setiap indivdu seperti perbualan telefon, segala rekod dalam talian seperti maklumat kewangan, email, mesej di Facebook, Twitter, Google dan sebagainya, tidaklah sukar sangat bagi mereka untuk mengesan kedudukan sebuah kotak hitam apatah lagi sebuah objek besi yang besar bersaiz tidak kurang dari 18 meter panjang iaitu pesawat MH370.
Fikirkan saja tentang CIA dan Mossad. Datang seorang individu memberitahu anda CIA dan Mossad tidak memiliki kebolehan mengesan setiap pesawat tentera, pesawat komersial, kapal laut, kapal tentera, kapal selam, trak, kereta atau seseorang di dunia ini. Adakah anda boleh terima kenyataan sedemikian? Sudah tentu anda tidak akan percaya.
Dengan teknologi yang dimiliki oleh manusia hari ini, adalah mustahil sekali untuk tidak dapat mengesan kedudukan sebuah pesawat komersial di mana-mana pun dalam dunia ini. Menurut seorang bekas pegawai tentera AS yang pernah berkhidmat dengan pusat maklumat pertempuran, teknologi yang mampu kita capai hari ini tapi dirahsiakan dari pengetahuan orang awam bukan setahun atau 2 tahun lebih maju, malah ia 200-300 tahun ke hadapan. Beliau menambah, tidak ada benda yang mereka tidak boleh kesan, nampak dan dengar. Rujuk di sini.
Jika ia dikatakan pesawat MH370 mendarat di salah satu dari lebih 600 buah landasan yang berkemungkinan, kenapa tiada siapa yang mahu melaporkan melihat pesawat sebesar itu yang menjadi perhatian seluruh dunia hari ini. Juga apabila sesebuah pesawat mahu mendarat, ia sepatutnya menghubungi menara kawalan landasan berkenaan untuk minta kebenaran untuk mendarat, mustahil ia mendarat semudah itu tanpa mendapat kebenaran, halangan atau ancaman dari pihak tentera yang mungkin menyangka ia pesawat yang membawa bom jangka. Walaupun MH370 adalah pesawat komersial, jika ia tidak memberi respon kepada menara kawalan atau pihak berkuasa, nasib buruk bakal menimpa. Jika ini berlaku di ruang udara Amerika atau di mana saja negara ynag mempunyai kawalan keselamatan udara yang ketat, sudah tentu pesawat MH370 ditembak dengan missile anti pesawat sama ada dari Darat Ke Udara atau Udara ke Udara.
No comments:
Post a Comment