Saturday, 11 January 2014

Sudah Tiba Masa Sekolah Tidak Guna Simbol Obor Pada Logo

Pada artikel lepas, AD membangkitkan tentang kisah syaitan Prometheus atau Lucifer yang kononnya mencuri percikan api dari Tuhan untuk diserahkan obor atau 'torch' kepada umat manusia yang menerangi atau memberi ilmu pengetahuan, kali ini AD ingin mengajak pembaca memikirkan semula kenapa sekolah-sekolah dan universiti gemar meletakkan simbol obor pada logo rasmi.

Di Malaysia, bukan saja sekolah akademik dan sekular yang menggunakan simbol obor, malah sekolah berteraskan agama juga turut mengambil obor sebagai logo sekolah. Kono obor itu simbolik kepada ilmu pengetahuan yang menerangi kehidupan atau masa depan yang cerah. Setelah AD membuat kajiselidik secara menyeluruh tentang kaitan anatara sekolah dan simbol obor, AD temui bahawa tiada kaitan  langsung antara bidang pendidikan dengan obor atau api. Obor itu tidak lain dan tidak bukan datangnya dari kisah syaitan Prometheus yang cuba menyesatkan manusia dan membawa manusia mengikutinya. 

Obor api dan ilmu pengetahuan hanya berkait dalam maksud tersembunyi di kalangan ajaran esoterik yang digemari kumpulan Freemason sahaja dan ia tidak sepatutnya dijadikan simbol kepada keagungan ilmu pengetahuan kerana ilmu pengetahuan iitu tidak terbatas. Jika seluruh air lautan dijadikan tinta untuk mengungkap segala ilmu pengetahuan, maka akan habis air laut masih tidak cukup untuk menulis tentang ilmu.

Jika diperhatikan, ada berpuluh ribu sekolah di negara ini yang menggunakan simbol obor api dan dipakai oleh pelajar pada lencana, baju atau tali leher mereka setiap hari. Adalah lebih baik simbol obor yang digunakan oleh sekolah-sekolah di negara ini ditukar kepada simbol pena atau sesuatu yang lain asalkan tidak menggunakan obor lagi.