Kini sudah jelas dan jalan ceritanya sudah mula kelihatan sejak AD menulis tentang ISIS sebelum ini di sini. ISIS sememangnya menjadi alasan yang kukuh Amerika untuk terus mengekalkan tentera mereka di negara-negara Teluk termasuk di Afghanistan.
Kini seluruh dunia termasuk Malaysia menjadi sahabat baik kepada Amerika turut menyatakan pandangan yang sama dengan Amerika tentang ISIS.
Objektif Utama
Apakah anda fikir objektif Amerika adalah semata-mata mahu 'mengekalkan' keamanan di negara-negara yang sedang diancam oleh ISIS? Tidak. "Mengekalkan keamanan" tidak membawa keuntungan besar kepada Amerika kecuali dalam hal eksport senjata dan teknologi. Objektif utama Amerika yang lebih menguntungkan adalah menguasai pasaran minyak dunia. Momokan ketakutan tentang ISIS hanya sandiwara. Di sebalik semua itu, ketakutan sebenar Amerika ialah tentang pasaran minyak.
Minyak dari Teluk mewakili hampir 40% pasaran minyak dunia. Amerika merupakan pengguna minyak terbesar di dunia. Malah Amerika adalah pengimport minyak terbesar di dunia. Mereka amat bergantung kepada miyak untuk menjana ekonomi negara. Selain Kanada, pembekal terbesar minyak Amerika datang dari negara-negara Teluk terutama Arab Saudi.
Kebergantungan Amerika terhadap minyak mendorong mereka terlibat dalam pelbagai strategi psikologi, peperangan, pembunuhan, hingga ke penjatuhan rejim demi penguasaan terhadap minyak. Sejarah telah membuktikan tiada WMD ditemui di Iraq di bawah rejim Saddam Hussein. Iraq adalah negara ke-5 terbesar pengeluar minyak dunia. Libya di bawah Muammar Gaddafi bukan ancaman serius kepada Amerika tetapi oleh kerana Libya merupakan pengeluar minyak terbesar di Afrika dan Gaddafi enggan akur kepada kehendak Amerika, Libya dikenakan sekatan ekonomi. Somalia dikatakan negara berpotensi dalam industri minyak kerana memiliki deposit simpanan minyak yang besar yang masih belum dieksplorasi.
Selama ini, ramai tidak sedar bahawa Amerika yang menentukan berapa banyak minyak yang harus dikeluarkan dari negara Teluk (terutama Arab Saudi) dan berapa banyak yang harus dibekalkan kepada negara-negara lain di seluruh dunia. Dengan cara ini, harga minyak sentiasa dalam kawalan dan pemerhatian Amerika. Apabila pengeluaran minyak melebihi jumlah permintaan, ia menyebabkan harga minyak jatuh.
Siapa Yang Rugi
Rusia, musuh Amerika yang akan menanggung kerugian antara $90 bilion hingga $100 bilion setahun akibat kejatuhan harga minyak dunia. Iran yang juga negara pengeluar minyak turut mengalami tekanan ekonomi akibat kejatuhan harga minyak.
Venezuela, salah sebuah negara pengeksport miyak terbesar telah mencadangkan OPEC mengadakan mesyuarat supaya negara-negara pengeluar dapat mengekalkan harga minyak di atas $100 setong. Arab Saudi yang menjadi anggota penting OPEC dan pengeluar minyak terbesar dunia boleh membantu mengekalkan harga minyak dengan mengurangkan pengeluaran minyak negara tapi nampaknya ia tidak berbuat demikian. Arab Saudi boleh bergantung kepada harga $85 setong dalam jangka panjang malah mereka mempunyai simpanan sebanyak $700 bilion.
ISIS Kuasai Telaga Minyak
Peperangan di Syria dan Iraq telah membolehkan kumpulan ISIS yang ditaja Amerika sendiri menguasai telaga minyak dan menjual sendiri minyak mengikut kemahuan mereka (siapa pembelinya kalau bukan Amerika?)
Menurut kenyataan penganalisis, "pengebom udara Amerika cuba mengelak mengebom telaga-telaga minyak yang dikuasai ISIS kerana ia bukan saja membunuh pemberontak malah turut mengorbankan orang awam." Sejak bilakah Amerika mengerti tentang korban jiwa orang tidak bersalah selama ini mereka memejamkan mata membiarkan Israel membedil kawasan penduduk awam di Palestin malah Amerika sendiri telah mengorbankan beribu-ribu nyawa tidak bersalah dalam perang Teluk dan membakar telaga minyak di Kuwait. Adakah ini demi menyelamatkan telaga minyak itu untuk kegunaan mereka sendiri?
Tidak dinafikan ada pihak yang gembira dengan kejatuhan harga minyak terutama pengguna dan syarikat penerbangan.
Adakah kejatuhan harga minyak (pengeluaran berlebihan) hari ini disengajakan dan menjadi sebahagian dari agenda Amerika untuk:
1. melihat Rusia kembali kepada zaman kejatuhan mereka ?
2. meletakkan Iran dalam keadaan ekonomi yang tidak stabil ?
3. mengimbangi jualan murah dan pengeluaran dari telaga-telaga minyak yang dikuasai ISIS ?
Cuba jawab sendiri.