Saturday, 28 February 2015

Quote

Berikut 'quote' yang AD sediakan untuk pemahaman yang ringkas dan mudah. Anda boleh save, atau share di mana-mana terutama di media sosial. Klik untuk besarkan, right-click dan Save.







Dunia Islam hari ini mempraktikkan riba dalam bentuk baru. Mereka mengupah sarjana-sarjana Islam untuk memutarbelitkan Hadis dan ayat-ayat Al-Quran untuk menghalalkan riba. Dengan itu wujudnya apa yang dipanggil "Islamic bank", kononnya ia selari dengan sunnah.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kita sudah tidak lagi mendengar propaganda dari media elektronik di negara kita terutama di TV dan radio memburukkan  negara Uncle Sam seperti di zaman Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri dahulu.

Tuesday, 17 February 2015

MH17 Ditembak Dari Pesawat Udara?

AS mendakwa pemberontak pro-Russia telah menembak jatuh pesawat komersial Malaysia Airlines Boeing 777 MH17 menggunakan pelancar anti-pesawat Ground-to-Air iaitu BUK tetapi mereka gagal membuktikan bahawa pihak Russia telah membekalkan sistem anti-pesawat tersebut. Para penganalisis juga menyebut Russia dan pemberontak Ukraine tidak mungkin ada kaitan dengan kejadian ini dan menambah kerajaan Ukraine sepatutnya dipersalahkan.

Tentera Ukraine sendiri memiliki sistem BUK ini malah mereka mendapati terdapat beberapa pesawat pejuang Ukraine terbang pada masa yang sama di ruang udara yang tidak jauh dengan penerbangan MH17 ketika kejadian berlaku.  

Satelit Pengintip Amerika Berada Di Atas Lokasi Kejadian
Pesawat tentera Ukraine yang disebut itu, salah satu ialah Sukhoi SU-25 manakala juruterbang yang disyaki menembak pesawat ialah Kapten Vladislay Voloshin. Russia mendakwa satelit pengintip Amerika berada betul-betul di atas kedudukan kejadian tembak pesawat MH17 itu dan menambah Amerika mempunyai rekod detik-detik semasa kejadian. Russia mempelawa Amerika berkongsi maklumat itu dengan pihak penyiasat tapi Amerika mendiamkan diri.

Menurut Peraturan Pertubuhan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA), pihak yang septutnya bertanggungjawab untuk menyiasat tragedi MH17 ialah Malaysia sebagai negara yang memiliki pesawat itu, dan pihak Ukraine kerana kejadian itu berlaku di ruang udara negara itu.

Russia mendesak supaya penyiasatan dilakukan terhadap Kapten Vladslav dan kenyataan Kapten diuji melalui teknik "Lie Detector". Terdapat saksi rahsia yang melihat Kapten menaiki pesawat yang dilengkapi "missile" Air-to-Air dan kembali dalam keadaan kosong - bererti missile sudah digunakan. Kapten bagaimanapun menafikan beliau terlibat dalam kejadian itu.

Setakat ini belum ada pihak yang sedia mengaku bertanggungjawab ke atas tragedi ini. Tapi mari kita lihat kemungkinan-kemungkinan yang ada dari bukti yang ditunjukkan oleh cebisan pesawat yang ditemui dan apa isyarat yang boleh kita andaikan.

Rakaman Kotak Hitam
Menurut penyiasat, tidak ada bukti dari komunikasi juruterbang menunjukkan pesawat mengalami masalah teknikal sebelum kejadian kecuali mereka meminta kebenaran untuk mengubah laluan asal sejauh 14 batu. Kemudian komunikasi terhenti dan pesawat ditembak tanpa sebab. Kejadian berlaku pada siang hari di ruang udara Ukraine dan mustahil ia pesawat yang tidak dikenali kerana setiap pesawat yang terbang di mana-mana ruang udara bukan saja dikenalpasti secara rupa fizikal malah ia memberi isyarat yang dihantar dari sistem satelit pesawat.

Adalah mustahil untuk mengatakan ia satu kesilapan kerana menyangka itu pesawat jet pejuang musuh.

Kokpit
Bahagian pesawat yang paling teruk terjejas ialah di bahagian kokpit di mana di sana terdapat lubang-lubang yang membuktikan pesawat ditembak dari bahagian tepi, bukan dari darat seperti mana yang didakwa oleh Amerika. Jika sistem anti-pesawat BUK menembak dari darat, tanda-tanda fizikal kerosakan sudah tentu datang dari bahagian bawah pesawat.

Menurut teori penganalisis, bahagian kokpit ditembak dari bahagian tepi dan berlaku letupan di dalam ruang kokpit hingga mengakibatkan seluruh badan pesawat mengalami kehilangan tekanan (depressurized) secara mengejut dan penumpang akan mati lemas dalam masa yang singkat.

Missile yang digunakan untuk menembak pesawat adalah dari jenis anti-kereta kebal yang boleh menembusi besi tebal dan boleh menghasilkan letupan yang memusnahkan. Jika lihat gambar, terdapat juga kerosakan di bahagian sayap di mana ini menunjukkan missile datang dari bahagian tepi dan sedikit ke belakang dari pesawat MH17.




Lubang
Lubang yang membenam bahagian tepi kerosakan ke arah dalam menunjukkan ia ditembak dan lubang yang mengarah keluar menunjukkan peluru missile tembus kembali ke keluar melalui bahagian depan kokpit.

Ekor Pesawat
Kerosakan bahagian ekor pesawat hanya berlaku di titik sambungan yang paling lemah setelah mengalami tekanan yang paling ektrim dan ini menunjukkan kemusnahan hanya bermula dari bahagian kokpit.

Amerika yang bersahabat baik dengan Ukraine tentu tidak akan mendedahkan perkara sebenar tentang kejadian MH17. Dan jika ia diakui sekalipun, negara seperti Malaysia dan Netherland tidak mampu berbuat apa-apa. Kebanyakan penumpang pesawat MH17 adalah warganegara Netherland.

Persoalannya kenapa sebuah pesawat komersial yang membawa ratusan nyawa orang awam yang tidak bersalah ini mengalami nasib malang dimusnahkan? Adakah ini satu lagi operasi false-flag untuk menuding jari ke arah Russia?








Saturday, 14 February 2015

Illuminati Dalam Grammy Award 2015

Sia tampil dalam Grammy Award 2015 dengan rambut ala Barbie Doll. Patung juga adalah simbol altered-persona yang tidak bernyawa yang sering digunakan dalam agenda Illuminati. Kehadiran Kristen Wigg di sebelahnya membuktikan dua personaliti yang menepati ciri-ciri simbolik dua persona yang sudah melalui proses mind-control.




Lihat juga Nicki Minaj dengan rambut gaya Marilyn Monroe, tak perlu diterangkan lagi siapa Marilyn Monroe. Pakaian berwarna merah ala-rahib jenama Versace yang menggunakan imej Medusa - simbol kepada Dewi Kejahatan.