Friday, 25 September 2015

Amaran September 2015

September dah hampir menutup tirai. momokan ketakutan berskala global tentang bulan September nmpaknya tak berlaku, sebaliknya lebih tertumpu di Jazirah Arab. Kejadian ngeri kren tumbang berlaku pada 11 September 2015. Hotel tanpa nama di Mekah terbakar pada 17 September dan rempuhan di Mina, Mekah mengakibatkan beratus orang maut pada 24 September. Hari Raya Korban pada tahun ini melibatkan angka korban manusia yang ramai. Yang mengaut untung sebenarnya adalah golongan pemodal pemilik syarikat besar makanan dan ubat-ubatan. Warga Amerika panik dan telah membeli barangan keperluan dengan banyaknya sejak awal tahun 2015 kerana ketakutan mereka kepada ancaman September 2015. Pembekal dapat menghabiskan stok lama yang tak terjual oleh kerana kemerosotan nilai mata wang dunia.

Mekah yang sepatutnya menjadi pusat penyucian rohani kini dah menjadi pusat materialistik dengan bangunan pencakar langit dan simbol kemegahan dengan menara jam besar serta hiasan lampu LED.

September 2015 sebenarnya amaran dari Allah S.W.T.