#1 - Perbankan Riba
Riba adalah ibu kepada segala punca kejahatan. Kehidupan manusia telah mengalami evolusi di mana pada hari ini, kita tidak lagi bekerja untuk mencari makanan semata-mata. Kita telah menjadi hamba kepada institusi bank dan kita bekerja keras setiap hari untuk memberi keuntungan berlipat kali ganda kepada mereka. Hutang pinjaman perumahan, kereta, malah projek kos mega mesti melibatkan bank. Kita sebenarnya boleh saja membina rumah secara beransur-ansur, menggunakan modal sedikit demi sedikit seperti yang dilakukan oleh orang-orang kampung, tapi apa yang tinggal di bandar-bandar ialah rumah-rumah teres yang siap dibina dan bank akan menanti pembeli seperti anda. Begitu juga kereta, kita boleh membeli secara tunai jika kita boleh menunggu sedikit masa dan tidak semestinya membeli kereta baru kerana selera kita telah dipengaruhi oleh kuasa yang tidak kita sedari.
Demi memuaskan keperluan hawa nafsu kita, ia boleh mendorong kepada perlakuan rasuah, pembunuhan, penindasan, dan akhirnya maruah diri dan negara tergadai.
#2 - Kawalan Minda (Mind Control)
Seperti yang AD jelaskan dengan terperinci dalam artikel yang lalu mengenai kawalan melalui media, TV, akhbar arus perdana, filem, majalah dan internet. Tidak perlu dijelaskan lagi di sini.
#3 - Ajen Dalam Pentadbiran
Tidak kira pentadbiran kerajaan atau syarikat, mereka telah pastikan akan terdapat ajen mereka diletakkan di dalam pentadbiran yang boleh membuat atau mempengaruhi keputusan, memberi kenyataan dan menguatkuasakan sesuatu. Walaupun ajen itu sendiri tidak sedar mereka adalah ajen illuminati, latarbelakang pendidikan dan corak kehidupan ajen tersebut telah disemai sejak mula lagi untuk memberi kelebihan kepada mereka.
#4 - Risikan
Tidak dapat dipertikaikan lagi kelebihan mereka dalam strategi risikan di mana ini adalah suatu kelebihan yang tidak dimiliki oleh orang lain. Maklumat peribadi seseorang boleh diperolehi secara rahsia dengan kerjasama kerajaan Amerika melalui komunikasi satelit, aktiviti online, syarikat gergasi Google, paparan gambar dan status yang anda update di rangkaian media sosial, email yang dipintas, hackers yang dibayar, spy ala James Bond yang sebenarnya memang wujud tapi tidaklah seperti di dalam filem yang suka bertarung dan menggunakan pistol, ini telah dibuktikan oleh Edward Snowden.
Begitulah apa yang dimaksudkan syurga yang dibawa Dajal sebenarnya adalah neraka manakala neraka yang dibawanya sebenarnya adalah syurga. Allah S.W.T telah berfirman di dalam Al-Quran (surah Al-Baqarah) bahawa mereka yang terlibat dengan riba akan dihumban ke neraka dan mereka kekal di dalamnya.