Thursday, 26 November 2015

Air Pasang Surut Bukan Kerana "Graviti" Bulan





AD petik salah satu laman sekolah yang menceritakan kejadian pasang surut air laut disebabkan "graviti" bulan. Beginilah cara iblis menyesatkan umat manusia dan manusia pula menyukainya dan menerima dengan rela hati tanpa menyoal. Tidak cukup dengan bulan, mereka tambah matahari, kemudian putaran bumi. Kalau begitu, lautan akan sentiasa air pasang dan tak akan pernah surut kerana pada siang ada tarikan matahari, pada malam pula ditarik oleh bulan.

Benarlah iblis dan pengikutnya akan cuba menyesatkan manusia dalam segala bidang ilmu duniawi demi untuk melupakan kuasa sebenar Yang Maha Besar, Si Pencipta.

Jika manusia pernah menjejakkan kaki ke bulan, maka kita adalah makhluk yang dapat bertahan terhadap radiasi yang sangat kuat terdapat di Van Allen Belt, satu lingkaran yang menyelubungi planet bumi sebelum manusia dapat keluar ke angkasa.

Adalah mustahil kita dapat melepasi Van Allen Belt kerana suhu yang terlampau panas akan menyebabkan angkasawan dengan kapal angkasanya lebur sama sekali dalam sekelip mata.

Wednesday, 25 November 2015

Teori Bumi Berputar Patut Dimansuhkan


Lihatlah gambarajah ini telah menerangkan segalanya. Di tengah berwarna amber ialah matahari, manakala bumi warna biru. Benarkah bumi berputar pada paksinya?

Copernicus memperkenalkan teori ini selepas dia mati. Semasa dia hidup, pesawat belum wujud. Kamera juga belum tercipta. Semasa hidupnya, dia menyimpan kitab "globe"-nya dan tidak mahu mendedahkan kerana khuatir ada perdebatan yang akhirnya membatalkan pendapatnya. Dia mewasiatkan tulisannya dibuka selepas dia mati. Malagnya, mereka pada masa itu menerima pendapat Copernicus bahawa bumi ini bulat seperti bola, berputar pada paksinya sendiri , dan kelilingi matahari. Teori Copernicus ini dengan mudah dapat dipatahkan dengan gambarajah di atas.

Fikir-fikirkan.


Selama 50 Tahun Kita Ditipu Oleh NASA


Tuesday, 24 November 2015

Penipuan Terbesar Dalam Sejarah Manusia

Penipuan paling besar dalam sejarah kini telah dibongkar. Dunia selama ini percaya tanpa menyoal penipuan-penipuan yang telah dijalankan malah data palsu ini telah diajar di sekolah dan universiti tanpa ada sesiapa pun yang berani tampil mempersoalkan. Berikut antara senarai penipuan terbesar dalam sejarah manusia yang kita masih percaya itu adalah sesuatu yang dipanggil "kebenaran" atau fakta.

1. para ahli sains dan NASA sendiri mengakui bumi berbentuk bujur (oblate), bukan bulat. Perhatikan imej berikut yang diambil dari laman web rasmi NASA



2. Planet Bumi berputar pada paksinya menghasilkan siang dan malam

3. Planet Bumi juga beredar mengelilingi matahri setiap 365 hari

4. Gerhana bulan adalah disebabkan bayangan Bumi, dengan itu Bumi itu terbukti bulat

5. Diameter matahari 109 kali lebih besar dari Bumi dan terletak 150 juta kilometer dari Bumi

6. Manusia telah menkjejakkan kaki ke bulan

Berikut pula fakta dan soalan yang wajib ditanya kembali kepada penipu-penipu besar ini:

1. Jika bumi berbentuk bujur, mengapa imej bumi yang diambil oleh NASA mempunyai bentuk bulat yang sempurna? Perhatikan lingkungan bulatan sempurna di sekeliling bumi saya hasilkan menggunakan komputer. Semua foto Bumi oleh NASA telah dihasilkan menggunakan komputer dan tidak ada satupun foto yang asal, tidak diproses atau dimanipulasi.



2. Jika bumi berputar pada paksinya, mengapa masa penerbangan dari titik A (Barat) ke titik B (Timur) dan dari titik B pulang semula ke titik A adalah sama? Sepatutnya salah satu penerbangan mengambil masa yang lebih cepat kerana putaran bumi membantu mempercepatkan perjalanan mereka. Jika anda mengatakan bahawa pesawat yang sedang terbang masih tertakluk kepada tarikan graviti bumi, maka penduduk di Tajikistan, Philadelphia, Lisbon dan yang selari dengan garisan latitude Fukushima di Jepun perlu memakai topeng  gas dan jumpsuit anti radiasi nuklear sepanjang masa kerana ruang atmosfera di Fukushima yang tercemar. Ada banyak video dari belon cuaca yang dilepaskan ke ruang angkasa, ada yang mencapai ketinggian 33 ribu meter, semuanya tidak menunjukkan bumi berputar. Sebenarnya tidak ada seorang pun pernah melihat bumi berputar atau dapat membuktikannya. Ia hanya teori.

3. Peredaran Bumi mengelilingi matahari telah dibuktikan dengan mudah ianya salah dalam fotografi star trail dan boleh dilakukan oleh sesiapa yang ada kamera dslr.

4. Jika apa yang kita lihat sebagai bayangan Bumi di bulan, bayang bumi sepatutnya mempunyai lekuk yang lebih besar kerana saiz Bumi 5 kali ganda saiz bulan. Sebenarnya bayangan melengkung pada bulan itu adalah disebabkan bentuk bulan itu bulat dan cahaya matahari yang menyuluh objek bulat jika dilihat dari satu sudut tertentu memang kelihatan melengkung. Anda boleh lakukan sendiri ujikaji ini dengan memegang lampu suluh, menyuluh sebiji bola dengan lampu suluh, kemudian minta sahabat anda lihat bola itu dari sudut sebelah kiri atau kanan anda pada sudut 10, 20 atau 85 darjah..Dia akan lihat bayangan yang melengkung. Jka dia melihat pada 90 darjah di kiri atau kanan anda, dia akan lihat bayangan separuh bola itu.

5. Jika saiz diameter matahari adalah 109 kali saiz diameter Bumi dan ia sejauh 150 juta kilometer dari Bumi, Bumi tidak akan mendapat cahaya yang cukup terang untuk menjadi siang hari.

6. Benarkah manusia telah sampai ke bulan jika jarak bulan adalah sejauh 363,104 kilometer dari bumi ? Jika benar, mereka telah melepasi Van Allen belt, iaitu lingkaran radiasi yang sangat berkuasa yang boleh meleburkan mana-mana kapal angkasa dengan kru sekali. Teknologi pada tahun 1969 masih belum mencapai tahap itu. Malah hari ini, kita masih belum mampu melaluinya.

Ini bentuk permukaan bumi yang sebenar. Ia berbentuk sekeping pizza dengan keraknya adalah ais ddi Antarctica yang mengelilingi lautan dan seluruh benua. Tidak ada kutub selatan. Kutub utara adalah pusat bumi. Bentuk ini digunakan oleh Pertubuhan bangsa-Bangsa Bersatu (UN) sebagai logo rasmi mereka.



Astrophysicist, Neil Degrasse Tyson apabila ditanya berkenaan bentuk planet bumi, pada mula dia berkata bumi berbentuk sfera, kemudian menukar kepada bentuk oblate, dan akhir sekali menambah, bumi sebenarnya berbentuk pear, lebih besar di bahagian Hemisfera Selatan....! Ini bererti Neil mengatakan ada garisan diameter di Hemisfera Selatan lebih besar dari garisan Khatulistiwa...??? Sebagai seorang ahli fizik, mengeluarkan kenyataan sebegin amat memalukan.

Astrophysicist@Maharaja Lawak
Bumi Neil deGrasse Tyson

Ketahuilah bahawa KEBENARAN YANG HAKIKI sentiasa melalui 3 fasa:


Fasa Pertama.  ia diketawakan

Fasa Kedua:. ia dibantah sekeras-kerasnya

Fasa Ketiga:. akhirnya ia diterima kerana disertakan dengan bukti yang tak boleh disangkal lagi

Sunday, 18 October 2015

Senjata Zionis Paling Utama

#1 - Perbankan Riba 
Riba adalah ibu kepada segala punca kejahatan. Kehidupan manusia telah mengalami evolusi di mana pada hari ini, kita tidak lagi bekerja untuk mencari makanan semata-mata. Kita telah menjadi hamba kepada institusi bank dan kita bekerja keras setiap hari untuk memberi keuntungan berlipat kali ganda kepada mereka. Hutang pinjaman perumahan, kereta, malah projek kos mega mesti melibatkan bank.  Kita sebenarnya boleh saja membina rumah secara beransur-ansur, menggunakan modal sedikit demi sedikit seperti yang dilakukan oleh orang-orang kampung, tapi apa yang tinggal di bandar-bandar ialah rumah-rumah teres yang siap dibina dan bank akan menanti pembeli seperti anda. Begitu juga kereta, kita boleh membeli secara tunai jika kita boleh menunggu sedikit masa dan tidak semestinya membeli kereta baru kerana selera kita telah dipengaruhi oleh kuasa yang tidak kita sedari.

Demi memuaskan keperluan hawa nafsu kita, ia boleh mendorong kepada perlakuan rasuah, pembunuhan, penindasan, dan akhirnya maruah diri dan negara tergadai.

#2 - Kawalan Minda (Mind Control)
Seperti yang AD jelaskan dengan terperinci dalam artikel yang lalu mengenai kawalan melalui media, TV, akhbar arus perdana, filem, majalah dan internet. Tidak perlu dijelaskan lagi di sini.

#3 - Ajen Dalam Pentadbiran
Tidak kira pentadbiran kerajaan atau syarikat, mereka telah pastikan akan terdapat ajen mereka diletakkan di dalam pentadbiran yang boleh membuat atau mempengaruhi keputusan, memberi kenyataan dan menguatkuasakan sesuatu. Walaupun ajen itu sendiri tidak sedar mereka adalah ajen illuminati, latarbelakang pendidikan dan corak kehidupan ajen tersebut telah disemai sejak mula lagi untuk memberi kelebihan kepada mereka.

#4 - Risikan
Tidak dapat dipertikaikan lagi kelebihan mereka dalam strategi risikan di mana ini adalah suatu kelebihan yang tidak dimiliki oleh orang lain.  Maklumat peribadi seseorang boleh diperolehi secara rahsia dengan kerjasama kerajaan Amerika melalui komunikasi satelit, aktiviti online, syarikat gergasi Google, paparan gambar dan status yang anda update di rangkaian media sosial, email yang dipintas, hackers yang dibayar, spy ala James Bond yang sebenarnya memang wujud tapi tidaklah seperti di dalam filem yang suka bertarung dan menggunakan pistol, ini telah dibuktikan oleh Edward Snowden.

Begitulah apa yang dimaksudkan syurga yang dibawa Dajal sebenarnya adalah neraka manakala neraka yang dibawanya sebenarnya adalah syurga. Allah S.W.T telah berfirman di dalam Al-Quran (surah Al-Baqarah) bahawa mereka yang terlibat dengan riba akan dihumban ke neraka dan mereka kekal di dalamnya.