Thursday, 27 February 2014

Klip Video Katy Perry "Dark Horse" Padat Dengan Simbolisme Dajal

Katy Perry merupakan nama yang tidak asing lagi sering disebut di dalam blog ini bagaimana dia dipergunakan oleh industri hiburan untuk menyampaikan mesej-mesej golongan elit yang esoterik. Video muzik terbaru, "Dark Horse" tidak banyak berselindung tentang apa yang mereka cuba tunjukkan. Terdapat banyak simbolisme Dajal dari mula hingga akhir video ini.
Simbol Mata Satu

Menggunakan konsep Mesir purba dan Firaun, Katy berlagak sebagai simbol seks agung dunia purba Mesir, Cleopatra (dalam video ini dinamakan Katy-patra). Video ini dimulakan dengan gambaran Katy-patra sedang belayar di atas perahu melusuri Sungai Nil dengan latarbelakang piramid. Terdapat simbol tidak asing lagi untuk mewakili agenda global Dajal iaitu Mata Satu (Eye of Horus) di sebelah kiri perahu. Katy sentiasa ditemani sebilangan pengikut setianya dalam bentuk manusia berkepala kucing yang digambarkan sebagai hamba (Kitten Slave).
Selalunya imej manusia berkepala haiwan yang sering terdapat pada dinding piramid digambarkan sebagai kepala anjing atau Singa, bukannya kucing. Ini jelas cuba memberitahu golongan tertentu bahawa bahawa mereka adalah Sex Kitten.
Terdapat juga beberapa imej Mata Satu pada rambut putih Katypatra. Katy dikelilingi oleh dunia materialistik kerana terdapat elemen keemasan (perhiasan emas) pada sekeliling tempatnya. Semua pengawalnya yang dipakaikan mini skirt kelihatan seperti seluar boxer bertulisan Pharaoh (Fir'aun) pada pinggang juga memakai rantai emas yang besar. Yang peliknya mereka ini memakai kasut sukan jenama Diadora. Mungkin simbol Diadora hampir menyamai simbol lukisan celak pada mata Horus seperti yang terdapat pada mata Katy. Kerana itu mereka memilih jenama Diadora.
Simbol Diadora mirip The Eye of Horus
Berbilang lelaki yang datang cuba melamar Katy. Seorang lelaki bangsawan dengan sebelah mata ditutup (satu lagi isyarat Mata Satu) datang membawa permata berlian yang besar untuk memikat hati. Katy cuba memeriksa keaslian permata itu dengan Mata Horus tetapi malangnya didapati ia palsu, lelaki tersebut menerima akibat yang buruk oleh Katy. Dengan kuasa sihirnya lelaki tersebut bertukar menjadi permata yang asli. Dalam scene yang berikutnya, Katy dalam keadaan bogel cuma tubuhnya diliputi oleh ular. Ular adalah simbol kejahatan dalam kepercayaan Mesir kuno.
Katy-patra dengan telinga Mickey - simbol Mind Control
Kemudian datang pula lelaki gemuk membawa makanan yang banyak sebagai hidangan untuk Katy termasuk susunan sosej yang disusun bentuk piramid (satu lagi simbolisme Dajal) dan suatu yang berwarna merah (tidak pasti apakah makanan itu). Katy mengambil makanan itu dan suap ke mulutnya kemudian dia kelihatan tidak selesa seperti kepedasan (makanan yang merah itu pedas). Setel;ah didapati lelaki itu hanya membawa makanan tetapi tidak dengan minuman, rasa seperti dipermainkan, Katypatra murka lalu menghapuskan lelaki yang menawarkan makanan tersebut. Lelaki tersebut bertukar menjadi air yang diminum untuk menghilangkan rasa pedasnya.

Berikutnya, muncul penyanyi Juicy J keluar dari sebuah mumia yang menunjukkan simbol syaitan ("V") di kedua belah tangan.

Anda masih fikir ini semua kebetulan? 


bersambung...


Saturday, 11 January 2014

Sudah Tiba Masa Sekolah Tidak Guna Simbol Obor Pada Logo

Pada artikel lepas, AD membangkitkan tentang kisah syaitan Prometheus atau Lucifer yang kononnya mencuri percikan api dari Tuhan untuk diserahkan obor atau 'torch' kepada umat manusia yang menerangi atau memberi ilmu pengetahuan, kali ini AD ingin mengajak pembaca memikirkan semula kenapa sekolah-sekolah dan universiti gemar meletakkan simbol obor pada logo rasmi.

Di Malaysia, bukan saja sekolah akademik dan sekular yang menggunakan simbol obor, malah sekolah berteraskan agama juga turut mengambil obor sebagai logo sekolah. Kono obor itu simbolik kepada ilmu pengetahuan yang menerangi kehidupan atau masa depan yang cerah. Setelah AD membuat kajiselidik secara menyeluruh tentang kaitan anatara sekolah dan simbol obor, AD temui bahawa tiada kaitan  langsung antara bidang pendidikan dengan obor atau api. Obor itu tidak lain dan tidak bukan datangnya dari kisah syaitan Prometheus yang cuba menyesatkan manusia dan membawa manusia mengikutinya. 

Obor api dan ilmu pengetahuan hanya berkait dalam maksud tersembunyi di kalangan ajaran esoterik yang digemari kumpulan Freemason sahaja dan ia tidak sepatutnya dijadikan simbol kepada keagungan ilmu pengetahuan kerana ilmu pengetahuan iitu tidak terbatas. Jika seluruh air lautan dijadikan tinta untuk mengungkap segala ilmu pengetahuan, maka akan habis air laut masih tidak cukup untuk menulis tentang ilmu.

Jika diperhatikan, ada berpuluh ribu sekolah di negara ini yang menggunakan simbol obor api dan dipakai oleh pelajar pada lencana, baju atau tali leher mereka setiap hari. Adalah lebih baik simbol obor yang digunakan oleh sekolah-sekolah di negara ini ditukar kepada simbol pena atau sesuatu yang lain asalkan tidak menggunakan obor lagi.   





Saturday, 28 December 2013

Ajaran Freemason & Kaitan Dengan Syaitan Prometheus

AMARAN!
Sebelum anda membaca tulisan di bawah ini, penulis menasihati anda supaya tetapkan kepercayaan, teguhkan iman dan yakin dan percaya kepada Allah TuhanYang Maha Esa, tiada Tuhan melainkan Dia. Tulisan di bawah SEBAHAGIANNYA mungkin boleh membawa kepada syirik jika anda tersalah tafsir apa yang cuba disampaikan. "Tuhan" atau "Tuhan-Tuhan" yang dimaksudkan penulis di bawah ini hanya merujuk kepada kepercayaan penganut Paganisme (pemuja dewa-dewa, penyembah berhala) dan penyembah matahari, hanya untuk tujuan penyampaian kisah kuno bukannya dirujuk dari ajaran Al-Quran dan i'tiqad Islam yang benar.

Prometheus Dalam Mitos Yunani
Dalam mitos Yunani purba, asal-usul pembawa obor adalah Prometheus, dewa yang mencuri api dari Tuhan untuk diberikan kepada manusia. Dalam kepercayaan masyarakat penyembah matahari, api dianggap satu percikan kecil dari matahari, manakala matahari dianggap kononnya sebagai manifestasi fizikal Tuhan. Dengan membawa api kepada manusia, Prometheus dianggap pembawa cahaya dari kegelapan, pembawa rahmat dari kesengsaraan. Api Prometheus kononnya membolehkan manusia memiliki sifat-sifat Ketuhanan, Kebijaksaan, ilmu pengetahuan dan Prometheus dihormati di kalangan pengikut-pengikut kumpulan rahsia.

Dalam ajaran esoterik, perbuatan membawa obor adalah simbolik manusia memiliki percikan api Tuhan dan mewakili aspirasi menjadikan manusia salah satu dari Tuhan-Tuhan. Ini secara ringkas, menjadi falsafah teras kepada golongan elit dunia, yang banyak dipengaruhi oleh ajaran Freemason, Rosicrucianism dan Illuminism. Atas sebab ini, obor Prometheus sering menjadi simbol kepada kumpulan elit dan juga lencana sekolah-sekolah dan univerisiti. Statue of LIberty di Amerika juga dibuat dalam keadaan satu tangannya sedang memegang obor

Pembawa Api Dalam Kepercayaan Latin
Dalam mitos Latin, dalam berbagai cara, Prometheus dikatakan sama dengan Lucifer yang bermaksud iaitu "Pembawa Api". Lucifer yang digelar "Fallen Angel" dikatakan turun dari syurga membawa "cahaya yang menerangi" (the light of illumination). Lucifer juga dianggap sebagai punyai kebijaksanaan dan pembawa kesedaran. Menurut kisah orang-orang yang percaya kepada Tuhan, kononnya Lucifer dihalau oleh Tuhan dari syurga kerana derhaka dan menyebarkan perselisihan di kalangan para malaikat, kisah yang seiras dengan kisah Iblis dalam Al-Quran yang dihalau dari syurga dan dihumban ke muka bumi kerana tidak mahu tunduk kepada Adam, makhluk yang juga diciptakan oleh Allah. Iblis telah berjanji untuk menyesatkan manusia keturunan Adam & Hawa sejak itu.

Yunani purba juga mempunyai acara sukan lumba obor berganti-ganti, dimana pasukan yang menang akan menyalakan api suci sebagai sebahagian dari kultus penyembahan Prometheus.

Luciferianism moden mengambil akar umbi dari ajaran Gnostik dan paganisme Mesir dan Babylon. Tuhan dilihat lebih suka membiarkan manusia dalam kegelapan manakala Lucifer adalah penyelamat umat manusia dengan memberi cahaya dan ilmu pengetahuan.

Kerana itu, simbolik kepada pembukaan acara sukan terbesar seperti Olimpik ialah dengan melantik seorang tokoh sukan membawa obor dari jarak jauh untuk dinyalakan di hadapan orang ramai di lokasi perasmian (biasanya di stadium) - acara simbol Prometheus atau Lucifer membawa api kepada umat manusia.

Prometheus & Lucifer Adalah Syaitan
Jika kita mentafsir semula kisah Adam & Hawa dari kacamata Luciferian, ular yang menyamar sebagai penyelamat mewakili syaitan yang menghasut Adam untuk makan buah dari pohon yang terlarang. Ia bukanlah pemberi cahaya atau pembawa kebenaran tetapi menyesatkan dan membawa manusia ke jalan kegelapan.

Bagaimana Syaitan Memperdaya Manusia? (Ayat Al-Quran Tentang Syaitan & Api)
Dalam Al-Quran, Allah berfirman dalam beberapa ayat yang menyetuh tentang syaitan dan api dari langit.
Berikut beberapa ayat:

وَلَقَدْ جَعَلْنَا فِي السَّمَاءِ بُرُوجًا وَزَيَّنَّاهَا لِلنَّاظِرِينَ * وَحَفِظْنَاهَا مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ رَجِيمٍ * إِلَّا مَنِ اسْتَرَقَ السَّمْعَ فَأَتْبَعَهُ شِهَابٌ مُبِينٌ

“Sesungguhnya Aku telah menciptakan gugusan bintang-bintang (di langit) dan Aku telah menghiasi langit itu bagi orang-orang yang memandang(nya), ( ) Aku menjaganya dari setiap syaitan yang terkutuk, ( ) kecuali syaitan yang mencuri-curi (berita) yang dapat didengar (dari malaikat) lalu dia dikejar oleh semburan api yang terang.” (QS. Al-Hijr: 16 – 18).


إِنَّا زَيَّنَّا السَّمَاءَ الدُّنْيَا بِزِينَةٍ الْكَوَاكِبِ * وَحِفْظًا مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ مَارِدٍ * لَا يَسَّمَّعُونَ إِلَى الْمَلَإِ الْأَعْلَى وَيُقْذَفُونَ مِنْ كُلِّ جَانِبٍ *

دُحُورًا وَلَهُمْ عَذَابٌ وَاصِبٌ * إِلَّا مَنْ خَطِفَ الْخَطْفَةَ فَأَتْبَعَهُ شِهَابٌ ثَاقِبٌ

“Sesungguhnya Aku telah menghias langit yang terdekat dengan hiasan, yaitu bintang-bintang, dan telah memeliharanya (sebenar-benarnya) dari setiap syaitan yang sangat durhaka,syaitan syaitan itu tidak dapat mendengar-dengarkan (pembicaraan) para malaikat dan mereka dilempari dari segala penjuru. Untuk mengusir mereka dan bagi mereka siksaan yang kekal, Akan tetapi barangsiapa (di antara mereka) yang mencuri-curi (pembicaraan); maka ia dikejar oleh suluh api yang terang.” (QS. As-Shaffat: 6 – 10).


وَأَنَّا لَمَسْنَا السَّمَاءَ فَوَجَدْنَاهَا مُلِئَتْ حَرَسًا شَدِيدًا وَشُهُبًا * وَأَنَّا كُنَّا نَقْعُدُ مِنْهَا مَقَاعِدَ لِلسَّمْعِ فَمَنْ يَسْتَمِعِ الْآنَ يَجِدْ لَهُ شِهَابًا رَصَدًا

“Sesungguhnya kami telah mencoba mengetahui (rahasia) langit, maka kami mendapatinya penuh dengan penjagaan yang kuat dan panah-panah api, dan sesungguhnya kami dahulu dapat menduduki beberapa tempat di langit itu untuk mendengar-dengarkan (berita-beritanya). Tetapi sekarang barangsiapa yang (mencoba) mendengar-dengarkan (seperti itu) tentu akan menjumpai panah api yang mengintai (untuk membakarnya).” (QS. Al-Jin: 8 – 9)


وَلَقَدْ زَيَّنَّا السَّمَاءَ الدُّنْيَا بِمَصَابِيحَ وَجَعَلْنَاهَا رُجُومًا لِلشَّيَاطِينِ وَأَعْتَدْنَا لَهُمْ عَذَابَ السَّعِيرِ

Sesungguhnya Kami telah menghiasi langit yang dekat dengan bintang-bintang, dan Kami jadikan bintang-bintang itu alat-alat pelempar syaitan, dan Kami sediakan bagi mereka siksa neraka yang menyala-nyala.(QS. Al-Mulk: 5)

Dalam ayat-ayat di atas, Al-Quran telah jelas membongkar tipu daya syaitan yang telah berjaya menyesatkan manusia konon mencuri api dari Tuhan untuk memberi cahaya kepada manusia, bahawa bukanlah mereka itu membawa api kebenaran dan memberinya untuk faedah manusia sebaliknya mereka pula yang dilempar oleh api-api kerana cuba mencuri berita dari langit. 

Api yang disebut dalam ayat-ayat di atas boleh juga dirujuk sebagai api dalam sifat fizikal iaitu tahi bintang atau meteor. Tetapi oleh kerana mahkluk jin & syaitan yang diciptakan dengan sifatnya dalam bentuk ghaib tidak kelihatan oleh mata manusia, kemungkinan juga api yang dirujuk dalam firman Allah di atas merujuk kepada api dalam bentuk rohani dan ia hanya bertindak dan memberi kesan kepada makhluk seperti jin & syaitan sahaja.

Thursday, 5 December 2013

Bulan & Bintang Simbol Kerajaan Dajal


Jika terpandang kepada simbol bulan sabit & bintang, ramai yang beranggapan bahawa itu adalah simbol kepada agama Islam. Padahal Islam itu sendiri tidak mengaitkan simbol-simbol tertentu dengan agama. Penganut Islam terawal tidak pernah menggunakan simbol bulan sabit & bintang sebagai lambang mereka. Semasa era Nabi Muhammad S.A.W., tentera Islam hanya menggunakan warna pada bendera sama ada hijau, hitam atau putih dan tiada simbol tertentu. Ia bertujuan untuk mengenali yang mana musuh dan mana sahabat.Mereka tidak pernah menggunakan bulan & bintang sebagai simbol da;am apa saja perkara.

Lambang bulan sabit & bintang mula digunakan pada bendera di zaman empayar Uthmaniyah pada abad ke-19. Sehingga ke hari ini, ia kekal pada bendera rasmi negara Turki. Selepas itu, negara yang pernah berada di bawah naungan empayar Uthmaniyah seperti Libya, Tunisia dan Algeria juga turut menggunakan simbol bulan sabit & bintang pada bendera mereka. Semasa tahun 50-an, lambang bulan sabit & bintang mula dikenali sebagai simbol kepada Islam.

Selain Islam, agama Pagan, agama penyembah bulan, agama orang-orang Sumeria, golongan bangsawan di Eropah, empayar Rom turut menjadikan bulan sabit & bintang sebagai simbol mereka. Lukisan orang-orang Mesir purba dan bangsa Maya turut memberi perhatian kepada simbol bulan sabit & bintang. Simbol jata negara Croatia, sebuah negara bukan Islam di Eropah yang terdapat pada bendera mereka juga mempunyai simbol bulan sabit & bintang. Selain itu, banyak lambang majlis perbandaran di negara Eropah seperti Jerman, Poland, Sweden, England, Portugal dan Republik Czech menggunakan jata bulan sabit & bintang sebagai lambang jata perbandaran. Ia tidak khusus kepada Islam semata-mata.


Sejarah Permulaan Simbol Bulan Sabit & Bintang

Dalam konteks Illuminati dan Agenda Dajal akhir zaman, lambang bulan sabit & bintang mewakili maksud yang berbeza.

Ada yang mengatakan simbol bulan bintang adalah simbol sihir yang digunakan oleh ahli sihir Firaun di zaman Nabi Musa. Di zaman empayar Byzantine, pengikut-pengikut Freemason telah mempengaruhi raja-raja Byzantine untuk menggunakan simbol bulan sabit & bintang dalam apa saja perkara yang melibatkan pentadbiran kerajaan termasuk bendera. Apabila Uthmaniyah menawan Istanbul, orang-orang Islam mula menggunakan simbol-simbol bulan sabit & bintang dengan melakukan sedikit perubahan (sudut) padanya. Kini bulan sabit & bintang adalah objek yang biasa diletakkan di puncak kubah masjid-masjid di hampir seluruh negara Islam.

Kamal Attaturk, pengasas Turki moden pula adalah seorang Freemason (kultus di bawah Illuminati dan seorang Yahudi Dönmeh dalam samaran seorang Muslim) terus menggunakan simbol buln sabit & bintang. Negara-negara Islam yang lain turut mengikuti sama ada secara sedar atau tidak. Hari ini, simbol-simbol ini semakin berkuasa dan telah menyerap ke dalam pentadbiran negara-negara Islam dan budaya popular seperti industri perfileman dan muzik.


Thursday, 28 November 2013

Kupu-Kupu Monarch & Simbolisme Dajal


Satu lagi simbolisme penting Dajal ialah kupu-kupu Monarch (dalam artikel sebelum ini AD sering menyebut rama-rama, kali ini tukar istilah kepada kupu-kupu). Spesies Monarch mengikut nama sainifiknya ialah Danaus plexippus. Ia merupakan spesies kupu-kupu paling dikenali di benua Amerika. Kupu-kupu Monarch hidup berpindah randah dari Kanada ke Mexico mengikut musim tertentu.

Kupu-kupu Monarch adalah simbol transformasi melalui proses metamorfosis. Ia bermula dari telur, larva, kepompong, kokun kemudian menjadi kupu-kupu. Filem kisah Alien sering meniru bentuk transformasi seperti ini. Hari ini, kupu-kupu boleh ditemui di merata tempat. Sama ada melalui sesi penggambaran, kulit album, poster filem, video muzik, tatu, malah di dalam lirik lagu. Meskipun ramai percaya bahawa selebriti adalah peminat kupu-kupu yang setia, kebenaran tersembunyi di sebalik semua ini adalah lebih jahat dari yang disangka.

Monarch Mind Control dinamakan sempena rama-rama Monarch - serangga yang bermula hidup sebagai ulat (mewakili potensi yang belum dibangunkan) dan, selepas tempoh kepompong (proses pengaturcaraan kawalan minda) dilahirkan semula sebagai kupu-kupu yang cantik (menjadi hamba Monarch). Beberapa ciri-ciri tertentu untuk kupu-kupu Monarch juga secocok dengan prinsip kawalan minda.

"Salah satu sebab utama Program Kawalan Minda dinamakan Program Monarch adalah kerana kupu-kupu Monarch. Kupu-kupu Monarch tahu di mana ia telah dilahirkan (akar) dan ia menurunkan pengetahuan ini melalui genetik ke keturunannya (dari generasi ke generasi). Ini adalah salah satu daripada haiwan utama yang menghairankan saintis, dimana pengetahuan boleh dipindahkan secara genetik. Program Monarch adalah berdasarkan Illuminati dan matlamat Nazi untuk mewujudkan manusia hamba-hamba yang menurut perintah"

Saksikan gambar-gambar yang berkaitan di bawah. Anda masih fikir ini semua kebetulan?

Britney Spears

Beyonce
Iggy Azalea

Carrie Underwood dikelilingi kupu-kupu

Katy Perry dalam video Wike Awake penuh dengan kupu-kupu Monarch

Kylie Minoque

Lady Gaga

Taylor Swift dengan kupu-kupu

Michael Jackson

Nicky Minaj - kupu-kupu pada baju

Miley Cyrus
pakaian fereka fesyen Alexander McQueen

Model memperagakan fesyen topi rekaan Philip Treacy. Inikah fesyen?
Masih lagi kebanyakan artis yang sama dan membawa simbol-simbol yang sama. Anda fikir ini kebetulan?
Bagi mereka yang masih menanti kedatangan Dajal Al-Masih, teruskanlah menanti kerana Dajal telahpun muncul tapi tak ramai yang sedar.