Saturday, 28 December 2013

Ajaran Freemason & Kaitan Dengan Syaitan Prometheus

AMARAN!
Sebelum anda membaca tulisan di bawah ini, penulis menasihati anda supaya tetapkan kepercayaan, teguhkan iman dan yakin dan percaya kepada Allah TuhanYang Maha Esa, tiada Tuhan melainkan Dia. Tulisan di bawah SEBAHAGIANNYA mungkin boleh membawa kepada syirik jika anda tersalah tafsir apa yang cuba disampaikan. "Tuhan" atau "Tuhan-Tuhan" yang dimaksudkan penulis di bawah ini hanya merujuk kepada kepercayaan penganut Paganisme (pemuja dewa-dewa, penyembah berhala) dan penyembah matahari, hanya untuk tujuan penyampaian kisah kuno bukannya dirujuk dari ajaran Al-Quran dan i'tiqad Islam yang benar.

Prometheus Dalam Mitos Yunani
Dalam mitos Yunani purba, asal-usul pembawa obor adalah Prometheus, dewa yang mencuri api dari Tuhan untuk diberikan kepada manusia. Dalam kepercayaan masyarakat penyembah matahari, api dianggap satu percikan kecil dari matahari, manakala matahari dianggap kononnya sebagai manifestasi fizikal Tuhan. Dengan membawa api kepada manusia, Prometheus dianggap pembawa cahaya dari kegelapan, pembawa rahmat dari kesengsaraan. Api Prometheus kononnya membolehkan manusia memiliki sifat-sifat Ketuhanan, Kebijaksaan, ilmu pengetahuan dan Prometheus dihormati di kalangan pengikut-pengikut kumpulan rahsia.

Dalam ajaran esoterik, perbuatan membawa obor adalah simbolik manusia memiliki percikan api Tuhan dan mewakili aspirasi menjadikan manusia salah satu dari Tuhan-Tuhan. Ini secara ringkas, menjadi falsafah teras kepada golongan elit dunia, yang banyak dipengaruhi oleh ajaran Freemason, Rosicrucianism dan Illuminism. Atas sebab ini, obor Prometheus sering menjadi simbol kepada kumpulan elit dan juga lencana sekolah-sekolah dan univerisiti. Statue of LIberty di Amerika juga dibuat dalam keadaan satu tangannya sedang memegang obor

Pembawa Api Dalam Kepercayaan Latin
Dalam mitos Latin, dalam berbagai cara, Prometheus dikatakan sama dengan Lucifer yang bermaksud iaitu "Pembawa Api". Lucifer yang digelar "Fallen Angel" dikatakan turun dari syurga membawa "cahaya yang menerangi" (the light of illumination). Lucifer juga dianggap sebagai punyai kebijaksanaan dan pembawa kesedaran. Menurut kisah orang-orang yang percaya kepada Tuhan, kononnya Lucifer dihalau oleh Tuhan dari syurga kerana derhaka dan menyebarkan perselisihan di kalangan para malaikat, kisah yang seiras dengan kisah Iblis dalam Al-Quran yang dihalau dari syurga dan dihumban ke muka bumi kerana tidak mahu tunduk kepada Adam, makhluk yang juga diciptakan oleh Allah. Iblis telah berjanji untuk menyesatkan manusia keturunan Adam & Hawa sejak itu.

Yunani purba juga mempunyai acara sukan lumba obor berganti-ganti, dimana pasukan yang menang akan menyalakan api suci sebagai sebahagian dari kultus penyembahan Prometheus.

Luciferianism moden mengambil akar umbi dari ajaran Gnostik dan paganisme Mesir dan Babylon. Tuhan dilihat lebih suka membiarkan manusia dalam kegelapan manakala Lucifer adalah penyelamat umat manusia dengan memberi cahaya dan ilmu pengetahuan.

Kerana itu, simbolik kepada pembukaan acara sukan terbesar seperti Olimpik ialah dengan melantik seorang tokoh sukan membawa obor dari jarak jauh untuk dinyalakan di hadapan orang ramai di lokasi perasmian (biasanya di stadium) - acara simbol Prometheus atau Lucifer membawa api kepada umat manusia.

Prometheus & Lucifer Adalah Syaitan
Jika kita mentafsir semula kisah Adam & Hawa dari kacamata Luciferian, ular yang menyamar sebagai penyelamat mewakili syaitan yang menghasut Adam untuk makan buah dari pohon yang terlarang. Ia bukanlah pemberi cahaya atau pembawa kebenaran tetapi menyesatkan dan membawa manusia ke jalan kegelapan.

Bagaimana Syaitan Memperdaya Manusia? (Ayat Al-Quran Tentang Syaitan & Api)
Dalam Al-Quran, Allah berfirman dalam beberapa ayat yang menyetuh tentang syaitan dan api dari langit.
Berikut beberapa ayat:

وَلَقَدْ جَعَلْنَا فِي السَّمَاءِ بُرُوجًا وَزَيَّنَّاهَا لِلنَّاظِرِينَ * وَحَفِظْنَاهَا مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ رَجِيمٍ * إِلَّا مَنِ اسْتَرَقَ السَّمْعَ فَأَتْبَعَهُ شِهَابٌ مُبِينٌ

“Sesungguhnya Aku telah menciptakan gugusan bintang-bintang (di langit) dan Aku telah menghiasi langit itu bagi orang-orang yang memandang(nya), ( ) Aku menjaganya dari setiap syaitan yang terkutuk, ( ) kecuali syaitan yang mencuri-curi (berita) yang dapat didengar (dari malaikat) lalu dia dikejar oleh semburan api yang terang.” (QS. Al-Hijr: 16 – 18).


إِنَّا زَيَّنَّا السَّمَاءَ الدُّنْيَا بِزِينَةٍ الْكَوَاكِبِ * وَحِفْظًا مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ مَارِدٍ * لَا يَسَّمَّعُونَ إِلَى الْمَلَإِ الْأَعْلَى وَيُقْذَفُونَ مِنْ كُلِّ جَانِبٍ *

دُحُورًا وَلَهُمْ عَذَابٌ وَاصِبٌ * إِلَّا مَنْ خَطِفَ الْخَطْفَةَ فَأَتْبَعَهُ شِهَابٌ ثَاقِبٌ

“Sesungguhnya Aku telah menghias langit yang terdekat dengan hiasan, yaitu bintang-bintang, dan telah memeliharanya (sebenar-benarnya) dari setiap syaitan yang sangat durhaka,syaitan syaitan itu tidak dapat mendengar-dengarkan (pembicaraan) para malaikat dan mereka dilempari dari segala penjuru. Untuk mengusir mereka dan bagi mereka siksaan yang kekal, Akan tetapi barangsiapa (di antara mereka) yang mencuri-curi (pembicaraan); maka ia dikejar oleh suluh api yang terang.” (QS. As-Shaffat: 6 – 10).


وَأَنَّا لَمَسْنَا السَّمَاءَ فَوَجَدْنَاهَا مُلِئَتْ حَرَسًا شَدِيدًا وَشُهُبًا * وَأَنَّا كُنَّا نَقْعُدُ مِنْهَا مَقَاعِدَ لِلسَّمْعِ فَمَنْ يَسْتَمِعِ الْآنَ يَجِدْ لَهُ شِهَابًا رَصَدًا

“Sesungguhnya kami telah mencoba mengetahui (rahasia) langit, maka kami mendapatinya penuh dengan penjagaan yang kuat dan panah-panah api, dan sesungguhnya kami dahulu dapat menduduki beberapa tempat di langit itu untuk mendengar-dengarkan (berita-beritanya). Tetapi sekarang barangsiapa yang (mencoba) mendengar-dengarkan (seperti itu) tentu akan menjumpai panah api yang mengintai (untuk membakarnya).” (QS. Al-Jin: 8 – 9)


وَلَقَدْ زَيَّنَّا السَّمَاءَ الدُّنْيَا بِمَصَابِيحَ وَجَعَلْنَاهَا رُجُومًا لِلشَّيَاطِينِ وَأَعْتَدْنَا لَهُمْ عَذَابَ السَّعِيرِ

Sesungguhnya Kami telah menghiasi langit yang dekat dengan bintang-bintang, dan Kami jadikan bintang-bintang itu alat-alat pelempar syaitan, dan Kami sediakan bagi mereka siksa neraka yang menyala-nyala.(QS. Al-Mulk: 5)

Dalam ayat-ayat di atas, Al-Quran telah jelas membongkar tipu daya syaitan yang telah berjaya menyesatkan manusia konon mencuri api dari Tuhan untuk memberi cahaya kepada manusia, bahawa bukanlah mereka itu membawa api kebenaran dan memberinya untuk faedah manusia sebaliknya mereka pula yang dilempar oleh api-api kerana cuba mencuri berita dari langit. 

Api yang disebut dalam ayat-ayat di atas boleh juga dirujuk sebagai api dalam sifat fizikal iaitu tahi bintang atau meteor. Tetapi oleh kerana mahkluk jin & syaitan yang diciptakan dengan sifatnya dalam bentuk ghaib tidak kelihatan oleh mata manusia, kemungkinan juga api yang dirujuk dalam firman Allah di atas merujuk kepada api dalam bentuk rohani dan ia hanya bertindak dan memberi kesan kepada makhluk seperti jin & syaitan sahaja.

Thursday, 5 December 2013

Bulan & Bintang Simbol Kerajaan Dajal


Jika terpandang kepada simbol bulan sabit & bintang, ramai yang beranggapan bahawa itu adalah simbol kepada agama Islam. Padahal Islam itu sendiri tidak mengaitkan simbol-simbol tertentu dengan agama. Penganut Islam terawal tidak pernah menggunakan simbol bulan sabit & bintang sebagai lambang mereka. Semasa era Nabi Muhammad S.A.W., tentera Islam hanya menggunakan warna pada bendera sama ada hijau, hitam atau putih dan tiada simbol tertentu. Ia bertujuan untuk mengenali yang mana musuh dan mana sahabat.Mereka tidak pernah menggunakan bulan & bintang sebagai simbol da;am apa saja perkara.

Lambang bulan sabit & bintang mula digunakan pada bendera di zaman empayar Uthmaniyah pada abad ke-19. Sehingga ke hari ini, ia kekal pada bendera rasmi negara Turki. Selepas itu, negara yang pernah berada di bawah naungan empayar Uthmaniyah seperti Libya, Tunisia dan Algeria juga turut menggunakan simbol bulan sabit & bintang pada bendera mereka. Semasa tahun 50-an, lambang bulan sabit & bintang mula dikenali sebagai simbol kepada Islam.

Selain Islam, agama Pagan, agama penyembah bulan, agama orang-orang Sumeria, golongan bangsawan di Eropah, empayar Rom turut menjadikan bulan sabit & bintang sebagai simbol mereka. Lukisan orang-orang Mesir purba dan bangsa Maya turut memberi perhatian kepada simbol bulan sabit & bintang. Simbol jata negara Croatia, sebuah negara bukan Islam di Eropah yang terdapat pada bendera mereka juga mempunyai simbol bulan sabit & bintang. Selain itu, banyak lambang majlis perbandaran di negara Eropah seperti Jerman, Poland, Sweden, England, Portugal dan Republik Czech menggunakan jata bulan sabit & bintang sebagai lambang jata perbandaran. Ia tidak khusus kepada Islam semata-mata.


Sejarah Permulaan Simbol Bulan Sabit & Bintang

Dalam konteks Illuminati dan Agenda Dajal akhir zaman, lambang bulan sabit & bintang mewakili maksud yang berbeza.

Ada yang mengatakan simbol bulan bintang adalah simbol sihir yang digunakan oleh ahli sihir Firaun di zaman Nabi Musa. Di zaman empayar Byzantine, pengikut-pengikut Freemason telah mempengaruhi raja-raja Byzantine untuk menggunakan simbol bulan sabit & bintang dalam apa saja perkara yang melibatkan pentadbiran kerajaan termasuk bendera. Apabila Uthmaniyah menawan Istanbul, orang-orang Islam mula menggunakan simbol-simbol bulan sabit & bintang dengan melakukan sedikit perubahan (sudut) padanya. Kini bulan sabit & bintang adalah objek yang biasa diletakkan di puncak kubah masjid-masjid di hampir seluruh negara Islam.

Kamal Attaturk, pengasas Turki moden pula adalah seorang Freemason (kultus di bawah Illuminati dan seorang Yahudi Dönmeh dalam samaran seorang Muslim) terus menggunakan simbol buln sabit & bintang. Negara-negara Islam yang lain turut mengikuti sama ada secara sedar atau tidak. Hari ini, simbol-simbol ini semakin berkuasa dan telah menyerap ke dalam pentadbiran negara-negara Islam dan budaya popular seperti industri perfileman dan muzik.


Thursday, 28 November 2013

Kupu-Kupu Monarch & Simbolisme Dajal


Satu lagi simbolisme penting Dajal ialah kupu-kupu Monarch (dalam artikel sebelum ini AD sering menyebut rama-rama, kali ini tukar istilah kepada kupu-kupu). Spesies Monarch mengikut nama sainifiknya ialah Danaus plexippus. Ia merupakan spesies kupu-kupu paling dikenali di benua Amerika. Kupu-kupu Monarch hidup berpindah randah dari Kanada ke Mexico mengikut musim tertentu.

Kupu-kupu Monarch adalah simbol transformasi melalui proses metamorfosis. Ia bermula dari telur, larva, kepompong, kokun kemudian menjadi kupu-kupu. Filem kisah Alien sering meniru bentuk transformasi seperti ini. Hari ini, kupu-kupu boleh ditemui di merata tempat. Sama ada melalui sesi penggambaran, kulit album, poster filem, video muzik, tatu, malah di dalam lirik lagu. Meskipun ramai percaya bahawa selebriti adalah peminat kupu-kupu yang setia, kebenaran tersembunyi di sebalik semua ini adalah lebih jahat dari yang disangka.

Monarch Mind Control dinamakan sempena rama-rama Monarch - serangga yang bermula hidup sebagai ulat (mewakili potensi yang belum dibangunkan) dan, selepas tempoh kepompong (proses pengaturcaraan kawalan minda) dilahirkan semula sebagai kupu-kupu yang cantik (menjadi hamba Monarch). Beberapa ciri-ciri tertentu untuk kupu-kupu Monarch juga secocok dengan prinsip kawalan minda.

"Salah satu sebab utama Program Kawalan Minda dinamakan Program Monarch adalah kerana kupu-kupu Monarch. Kupu-kupu Monarch tahu di mana ia telah dilahirkan (akar) dan ia menurunkan pengetahuan ini melalui genetik ke keturunannya (dari generasi ke generasi). Ini adalah salah satu daripada haiwan utama yang menghairankan saintis, dimana pengetahuan boleh dipindahkan secara genetik. Program Monarch adalah berdasarkan Illuminati dan matlamat Nazi untuk mewujudkan manusia hamba-hamba yang menurut perintah"

Saksikan gambar-gambar yang berkaitan di bawah. Anda masih fikir ini semua kebetulan?

Britney Spears

Beyonce
Iggy Azalea

Carrie Underwood dikelilingi kupu-kupu

Katy Perry dalam video Wike Awake penuh dengan kupu-kupu Monarch

Kylie Minoque

Lady Gaga

Taylor Swift dengan kupu-kupu

Michael Jackson

Nicky Minaj - kupu-kupu pada baju

Miley Cyrus
pakaian fereka fesyen Alexander McQueen

Model memperagakan fesyen topi rekaan Philip Treacy. Inikah fesyen?
Masih lagi kebanyakan artis yang sama dan membawa simbol-simbol yang sama. Anda fikir ini kebetulan?
Bagi mereka yang masih menanti kedatangan Dajal Al-Masih, teruskanlah menanti kerana Dajal telahpun muncul tapi tak ramai yang sedar.

Friday, 22 November 2013

Corak Papan Catur (Checkerboard) & Simbolisme Dajal

Corak papan catur (checker-board pattern) adalah salah satu simbol penting bagi agen Dajal (Illuminati). Ia  sering digunakan pada lantai dalam upacara ritual. Hitam & putih (atau gelap & terang) pada corak papan catur adalah simbol pendua - campuran antara kebaikan & kejahatan, atau perubahan personaliti menjadi diri yang kedua atau klon, atau dari seorang yang baik menjadi seorang yang jahat. Menurut teori konspirasi, corak papan catur berasal dari corak yang mewakili corak pada karpet Istana Nabi Sulaiman. Hari ini, corak papan catur dijadikan corak pada lantai lodge-lodge Freemason di seluruh dunia.

Dunia hiburan yang memuja "Handler" mereka tidak ketinggalan sering menjadikan corak papan catur dalam persembahan di pentas, dalam klip video, pada pakaian yang dipakai oleh penghibur dan juga menjadi simbol agung pada mereka. Ini mengisyaratkan kepada kita siapa sebenarnya yang mengawal mereka dan menguasai dunia hiburan hari ini! 

Berikut sebahagian dari imej simbol papan catur yang digunakan oleh artis. Jika anda perasan, kebanyakan artis yang dipaparkan kebanyakan adalah orang yang sama yang sering disiarkan di Blog ini dan mereka ini sering mengulang simbol-simbol Dajal seperti Mata Satu, tanduk Baphomet dan lain-lain.


Katy Perry

Kylie Minoque

Rihanna
Amy Winehouse

Beyonce
Cher dengan seluar checkerboard

Megan Fox dengan Mannequin atas lantai checkerboard
"Blood on the dance floor", statement yang jelas merujuk kepada upacara ritual korban di atas lantai checkerboard

Kulit album single penyanyi rap, French Montana

Rihanna
Christina Aguilera dengan anting-anting corak checkerboard

Artis Bollywood juga tidak terlepas dari naungan Dajal


Anda masih fikir ini semua kebetulan?

Thursday, 31 October 2013

Illuminati & NSA

Ramai orang yang terlalu skeptikal terhadap teori Iluminati dan konspirasi global. Tetapi jika Illuminati tidak ada apa-apa kaitan dengan teori konspirasi dunia, mengapa apabila ejaan ILLUMINATI dieja secara terbalik - ITANIMULLI tambah .com di ruangan browser internet, ia akan terus membawa anda ke laman web NSA?

NSA adalah agensi keselamatan Amerika yang menjadi pemantau kepada apa yang berlaku di seluruh dunia setiap saat (atau All Seeing Eye) yang menjadi simbol Dajal.

Cubalah sendiri dan lihat buktinya. 

Saturday, 19 October 2013

Jelmaan Marilyn Monroe

Kalau semalam AD menulis tentang kisah Marilyn Monroe yang menjadi boneka Hollywood semata-mata untuk dijadikan sumber keuntungan, hari ini AD ingin berkongsi beberapa selebriti Hollywood yang pernah bergambar dengan tema ala Marilyn, meniru gaya rambut dan pakaian yang dipakai oleh Marilyn dalam sessi penggambaran. Marilyn adalah ikon kepada selebriti yang menjadi hamba Mind Control. Sessi fotografi ala Marilyn seolah suatu kemestian bagi artis yang mahu menempa nama dalam dunia hiburan (atau lebih tepat, artis di bawah naungan Handler). Ia mungkin suatu proses yang harus dijalani sebelum mereka ini diangkat ke tahap yang lebih tinggi lagi dalam industri hiburan Hollywood. Rambut asal kebanyakan dari mereka bukan blonde atau berombak seperti rambut Marylin. Anda fikir ini semua adalah kebetulan???


Ashley Tisdale

Beyonce

Britney Spears

Christina Aguilera

Kate Upton

Katherine McPhee

Lady Gaga

Lindsey Lohan

Madonna

Michelle Williams juga pernah berlakon memegang watak Marylin Monroe

Nicki Minaj

Rihanna

Scarlet Johansson

Anne Hathaway dengan t-shirt gambar wajah Marilyn

Megan Fox memegang majalah wajah Marilyn di sebelah mukanya sebagai simbolik duality. Oh ya, gambar siapakah pada tatto di lengan kanannya? Cuba teka



Friday, 18 October 2013

Marilyn Monroe: Produk Monarch Mind Control Hollywood

Marilyn Monroe mungkin selebriti yang paling ikonik dalam budaya Amerika dan simbol seks yang paling dikenali sepanjang masa. Walau bagaimanapun, di sebalik senyuman fotogenik Monroe, hakikat kehidupan sebenarnya amatlah menyedihkan. Dia adalah individu yang rapuh yang telah dieksploitasi dan tertakluk kepada kawalan minda oleh pengendali berkuasa.

Selain menjadi simbol seks, Marilyn membawa semua yang Hollywood boleh gambarkan: glamor, kilauan bintang dan imej seksual. Ikonik nafsu syahwat, beliau selama-lamanya mengubah industri filem dan hingga ke hari ini, dia sangat berpengaruh dalam budaya popular. Walaupun Marilyn mewakili semua yang glamor tentang kehidupan artis Hollywood, cerita di sebalik kehidupan peribadi beliau sama-sama mewakili semua sudut yang gelap di Hollywood. Marilyn sememangnya dimanipulasi oleh "doktor minda" yang menguasai setiap aspek kehidupan beliau dan menyebabkan beliau pada dasarnya kehilangan fikirannya. Kematian beliau, pada usia muda, 36, adalah salah satu daripada "kematian misteri" dalam budaya popular. Walaupun banyak fakta-fakta yang menunjukkan pembunuhan, ia masih diklasifikasikan sebagai "kemungkinan bunuh diri".

Meskipun banyak biografi menceritakan kisah kehidupan Marilyn digabungkan kisah-kisah gelap Hollywood, terdapat satu sisi yang lebih teruk dari itu. Marilyn Monroe adalah salah seorang dari selebriti pertama yang tertakluk kepada Monarch Mind Control, cabang program MK Ultra yang dijalankan oleh CIA. Melalui trauma dan program psikologi, Monroe menjadi boneka tahap atasan, bayangan manusia elit, juga menjadi model kepada Presiden JFK.

Apabila pemprograman Monroe hilang kesannya dan segalanya mula terungkap, ada orang yang mengatakan bahawa dia telah "dibuang dari kereta api kebebasan", istilah MK ULTRA untuk menetapkan hamba yang terbunuh apabila mereka tidak lagi berguna (dan berbahaya) kepada pengendali mereka.


Kisah Hidup Masa Kecil
Nama sebenar Marilyn ialah Norma Jeane Mortenson. Beliau melalui tempoh remaja yang sukar dan tidak stabil. Dia tidak pernah tahu ayahnya dan ibunya adalah pesakit mental dan tidak mampu menjaga beliau. Dalam My Story, Monroe menulis bahawa dia teringat melihat ibunya "menjerit dan ketawa" semasa dia dibawa mengikuti ibunya ke State Hospital.

Pada usia 11, Norma Jeane telah diisytiharkan anak yatim. Dia tinggal di 11 rumah kebajikan semasa mudanya ; apabila tidak ada rumah angkat, dia pergi ke Rumah Anak Yatim Hollygrove di Los Angeles. Seolah-olah bergerak dari satu rumah ke rumah yang lain, Norma Jeane teringat dilayan secara kasar di beberapa rumah itu. Lebih buruk lagi, dia pernah didera.

Dia juga berulang kali diserang secara seksual. Akhirnya Norma Jeane terpaksa keluar dari rumah angkat. Dalam kes lain, apabila dia berada di sekolah menengah , Norma Jean telah dihantar ke rumahnya neneknya di Compton , California. Di sana, salah seorang daripada anak-anaknya nenek ini mendera beliau, memaksa dia sekali lagi untuk keluar.

Calon Terbaik Monarch Mind Control
Norma Jeane menggunakan nama pentas Marilyn Monroe untuk beberapa tahun sehingga pada 1956, dia menukar namanya secara rasmi kepada Marilyn Monroe. Hakikat bahawa dia adalah seorang kanak-kanak yang didera secara seksual pada peringkat usia awal membawa kepada tingkah laku yang tidak sesuai sebagai seorang dewasa.

Sifat sebagai seorang remaja yang tidak stabil, keluarga yang runtuh dan mengalami trauma menjadikan dia calon yang amat sesuai untuk program Monarch Mind Control.

Latar belakang Norma Jeane membuatkan beliau menjadi sasaran utama untuk Program Beta (juga dikenali sebagai Kitten Programming). Sebagai seorang wanita yang menarik yang ingin menjadi sebahagian daripada kelompok showbusiness, dia juga mempunyai profil yang sempurna untuk itu.