Thursday, 24 July 2014

Sinagog Syaitan: Siapa Yahudi Dan Apa Hak Mereka Ke Atas Palestin

Kelahiran Yahudi Moden

Pada tahun 740 Masehi, di sebuah kawasan yang terletak di antara Laut Hitam dan Laut Caspian, iaitu Georgia (sebelum 1991 adalah sebahagian wilayah Rusia), lahir suatu bangsa yang diberi nama Khazar. Bangsa Khazar adalah puak nomad berdarah campuran Turki/Moghul yang mendominasi kawasan yang luas meliputi bahagian utara Caucasus, Timur Crimea dan Ukraine. Ukraine terletak di sebelah utara Laut Hitam yang memisahkannya dari Turki.

Orang Khazar memainkan peranan penting dalam hubungan perdagangan antara Timur Tengah, Eropah dan China di Timur dan laluan perdagangan yang digelar Laluan Sutera. Namun disebabkan geografi, mereka rasa terancam kerana kedudukan mereka di tengah-tengah antara Muslim di selatan dan Kristian di utara. Raja Khazar, Raja Bulan serba salah sama ada mahu mengikuti Muslim atau Kristian demi melindungi negara dari pencerobohan. Jika mereka menganuti Islam, mereka mungkin diserang oleh Kristian, jika mereka menganuti Kristian, mereka khuatir diserang oleh Muslim. Akhirnya Raja Bulan mengambil jalan tengah mengikuti suatu bangsa lain yang difikirkan boleh menjalin hubungan yang neutral antara Muslim dan Kristian iaitu menganuti agama Judaism. Beliau dikatakan orang yang telah membawa Khazar menukar kepercayaan spiritual dengan mengarahkan seluruh Khazar menganuti agama Judaism iaitu agama yang dianuti bangsa Yahudi. Mereka menuruti kitab Taurat yang diwahyukan kepada bangsa Yahudi. Dari sini, bermulalah satu bangsa yang baru yang telah menjalani transformasi dari bangsa Khazar menjadi bangsa Pan-Asia-Eropah penganut Judaism.  

Bagaimanapun, selepas era Raja Bulan, di antara tahun 965 dan 969, pemerintah Kiev telah menyerang dan menguasai Khazar. Orang-orang Khazar telah diusir kemudian lari ke Eropah Timur dan bertebaran di Amerika Utara. Akhirnya, mereka telah berkembang di seluruh dunia Eropah termasuk di Ukraine, Rusia, Poland, German, Hungary, Romania dan menyeberangi Lautan Atlantik hingga sampai ke benua Amerika. Ada hikayat yang menyebut saki-baki orang Khazar ini memulakan gerakan baru di utara Iraq iaitu Kurdistan sekitar awal abad ke-11. Orang-orang Khazar yang tidak punya negara ini menjadi pelarian di seluruh dunia. Mereka menggelarkan diri mereka sebagai bangsa Yahudi Ashkenazi. Hari ini, Yahudi Ashkenazi ini sudah mewakili 90% dari populasi Yahudi di seluruh dunia. Dari sinilah bangsa Yahudi moden lahir. Yahudi Ashkenazi hari ini bukanlah bangsa Yahudi umat Nabi Musa A.s., Isa A.S. yang kita ketahui disebut di dalam kitab-kitab Zabur, Taurat, Injil dan Al-Quran. Hakikatnya, tiada seorang pun dari mereka ini berasal dari tanah Palestine.

Sejarah bangsa Khazar memeluk Judaism ini boleh dibaca di laman web Jewish Virtual Library (JewishVirtualLibrary.org)

(Media seluruh dunia yang dikuasai tokoh-tokoh multi-billionaire Yahudi yang kaya-raya sedang cuba sedaya upaya menyembunyikan fakta sebenar ini dan tidak mahu dunia mengetahuinya.) 


Kisah Tembok Zulqarnain & Ya'juj & Ma'juj


AD ingin mengajak pembaca tinggalkan dahulu kisah bangsa Khazar (yang menggelar diri mereka Yahudi Ashkenazi hari ini) dan ingin membawa anda pergi jauh ke zaman silam tentang kisah seorang yang mendapat kemuliaan di sisi Allah S.W.T. Menurut kisah yang diceritakan di dalam Al-Quran di dalam surah Al-Kahfi, seorang pengembara bernama Zulqarnain telah berjalan ke suatu tempat dan ditemuinya suatu kaum yang tidak boleh difahami bahasanya.

"hingga ketika dia sampai di antara dua gunung, didapatinya di belakang kedua gunung itu, suatu kaum yang hampir tidak memahami perbicaraan, mereka berkata, "Wahai Zulqarnain, sungguh, Ya'juj dan Ma'juj itu sekumpulan manusia yang berbuat kerosakan di bumi, maka bolehkah kami membayarmu imbuhan agar engkau membuatkan dinding penghalang antara kami dan mereka". Dia Zulqarnain berkata, "apa yang telah dianugerahkan Tuhan kepadaku lebih baik daripada imbuhanmu, maka bantulah aku dengan kekuatan agar aku dapat membuatkan dinding penghalang antara kamu dan mereka. Berilah aku potongan-potongan besi hingga ketika potongan besi itu telah terpasang sama rata dengan kedua puncak gunung itu, dia Zulqarnain berkata, tiuplah api itu ketika besi itu sudah menjadi merah seperti api, diapun berkata berilah aku tembaga yang mendidih agar ku tuangkan ke atasnya besi panas itu" (Al-Kahf, 92-96).

Terdapat satu bangsa yang meminta pertolongan dari Zulqarnain agar membina tembok penghalang yang dapat melindungi mereka dari ancaman Ya'juj & Ma'juj, suatu bangsa manusia yang suka membuat kemusnahan di bumi. Zulqarnain dengan kelebihan yang diberikan kepadanya telah membina tembok penghalang setinggi puncak kedua-dua gunung yang diperbuat dari campuran besi alloy dan tembaga.

Menurut beberapa ekspedisi pencarian yang dilakukan para ahli arkeologi, para ulama bersetuju mengatakan bahawa dua gunung yang dimaksudkan di dalam ayat itu terletak di suatu lembah curam di Georgia di banjaran gunung Azerbaijan dan Armenia hari ini. Dalam ekspedisi itu juga, mereka menemui kesan peninggalan tembok purba yang telah runtuh diperbuat dari besi dan tembaga. Ini menandakan bahawa tembok itu sudah tidak wujud lagi pada hari ini dan bangsa Ya'juj & Ma'juj telah lama keluar dari tembok yang menghalang mereka.


Siapa Ya'juj & Ma'juj

"...hingga ketika dia sampai di antara dua gunung, didapatinya di belakang kedua gunung itu, suatu kaum yang hampir tidak memahami perbicaraan,..."

Dalam ayat tersebut juga dinyatakan Ya'juj & Ma'juj merujuk kepada suatu kaum yang tidak difahami bahasa pertuturan mereka yang tinggal di belakang dua gunung.

Dalam suratul-Anbiya pula, ayat 95-96, Allah telah meramalkan akan kemunculan satu kaum yang akan membuat kemusnahan dan kacau bilau di muka bumi.

""Hingga apabila dibukakan (dinding) Ya’juj dan Ma’juj, dan mereka turun dengan cepat dari seluruh tempat yang tinggi. Dan telah dekatlah datangnya janji yang benar (Hari Kebangkitan), maka tiba-tiba terbelalaklah mata orang-orang yang kafir. (Mereka berkata): “Aduhai, celakalah kami, sesungguhnya kami dalam kelalaian tentang ini, bahkan kami adalah orang-orang yang zalim.”

Dalam ayat-ayat tersebut, ia menunjukkan kaitan antara satu sama lain. Kedua-duanya menyebut tentang Ya'juj & Ma'juj dan sesuatu yang dibuka untuk membolehkan Ya'juj & Ma'juj itu muncul atau turun dari tempat-tempat yang tinggi. Adakah sesuatu yang boleh dibuka itu merujuk kepada tembok besi yang dibina oleh Zulqarnain? Manakala adakah yang dimaksudkan "tempat-tempat yang tinggi" itu adalah merujuk kepada negeri-negeri Eropah yang terletak di utara atau sememangnya Eropah adalah dikelilingi gunung-ganang yang tinggi-tinggi di mana di sanalah penduduk Eropah membina kediaman mereka. Terdahulu AD ada menyebut tentang bangsa Khazar yang menggelar diri mereka Yahudi Ashkenazi yang berkembang di negeri-negeri Eropah dan Amerika selepas mereka diusir dari tempat asal mereka iaitu Georgia.

Dari ayat-ayat di atas juga boleh dikatakan dengan pasti bahawa Ya'juj & Ma'juj itu adalah manusia, bukan makhluk yang pelik atau gergasi, bota atau jin dan syaitan. Mereka juga bukan manusia primitif seperti yang selalu digambarkan - hanya memakai cawat diperbuat dari kulit haiwan menutup kemaluan atau makan daging mentah. Sama sekali tidak begitu. Mereka adalah manusia biasa seperti kita. Kerana mereka boleh dibendung dengan tembok yang diperbuat dari besi. Makhluk jin dan syaitan tidak sama sifatnya dengan alam nyata. Jin dan syaitan tidak boleh dihalang dengan dinding besi. Ya'juj & Ma'juj juga bukan malaikat kerana malaikat tidak mempunyai hawa nafsu dan membuat kejahatan. Ya'juj & Ma'juj pula bukanlah sejenis haiwan kerana mereka berkomunikasi sesama mereka dengan bahasa pertuturan, tapi ia tidak difahami oleh Zulqarnain kerana mereka bangsa asing yang mempunyai bahasa mereka sendiri. Haiwan pula tidak bertutur atau bercakap sesama mereka. Maka tidak lain tidak bukan Ya'juj & Ma'juj itu adalah manusia. Bezanya, mereka ini suka membuat kemusnahan, berperang, membunuh, bersengketa dan bersifat ganas. Kenyataan begini selari dengan sifat orang-orang Moghul semasa era Genghiz Khan yang ganas dan gemar berperang. Di awal biacara, AD ada menyebut bahawa bangsa Khazar adalah puak nomad berdarah campuran Turki/Moghul/Uygur.

Kembali kepada tembok besi yang diibina Zulqarnain. Apa saja perkara jika dilakukan secara tekun dan kerap, lama-kelamaan sesuatu akan tercapai juga. Begitulah juga dengan dinding besi yang dibuat oleh Zulqarnain, meskipun dikatakan sangat tebal dan kukuh, besar sehingga mencapai setinggi gunung, jika ditebuk atau dikikir perlahan-lahan lama kelamaan akan roboh juga. Besi juga merupakan bahan yang boleh lusuh ditelan usia. Contohnya proses pengoksidaan akibat sinaran cahaya matahari dan air akan mengakibatkan besi berkarat. 

AD bukan ahli tafsir Al-Quran dan tidak mahu mentafisr ayat Al-Quran dengan lebih mendalam. AD tinggalkan kepada pembaca untuk merenung dan memikirkan tentang ayat-ayat tentang tembok besi dan Ya'juj & Ma'juj tersebut.   

bersambung siri seterusnya tentang Israel, insyaAllah

Sunday, 6 July 2014

Persepsi Umum Rakyat Malaysia Terhadap Konflik Negara Islam

Umat Islam di Malaysia amat mudah ditipu lebih-lebih lagi dalam hal berkaitan perjuangan jihad menegakkan Islam. Sebenarnya, dalam beberapa hal, kita sendiri tidak mengerti apa sebenarnya yang berlaku di luar - hanya menuruti apa saja yang dikongsikan di laman sosial seperti Facebook, Twitter dan lain-lain.

Antara isu yang menarik minat dan perhatian umat Islam di Malaysia yang kononnya amat prihatin dengan nasib saudara mereka di luar negara ialah seperti hal berkaitan sentimen bangsa seperti Yahudi, aliran pegangan Syiah/Sunni seperti di Iran, Iraq dan Syria, pergolakan politik seperti di Mesir, Libya dan Iraq, malah isu pertembungan agama. Beberapa pertubuhan NGO ditubuhkan dan mendapat sokongan pemerintah untuk menjalankan kempen-kempen membantu saudara Islam yang tertindas di luar negara. NGO-NGO ini antaranya mengadakan majlis makan malam di hotel-hotel mewah dan menjemput VIP-VIP merasmikan majlis mengutip sumbangan orang ramai atas nama keamanan. Yang hairannya, kos untuk mengadakan majlis tersebut melebihi nilai kutipan yang dikumpulkan. Ada yang secara sinis berkata NGO seperti ini hanya wujud untuk mencari nama di peringkat antarabangsa semata-mata. Sedangkan ramai lagi rakyat di dalam negara yang dalam kesempitan, terabai dan tertekan oleh kos hidup yang tinggi.

Kita amat mudah memihak dan menyatakan pendirian tanpa mengkaji dengan lebih mendalam terlebih dahulu tentang sesuatu isu malah kita patut mempelajari sejarah terlebih dahulu sebelum menyatakan pendapat yang bias kepada suatu pihak.


Sentimen Anti-Yahudi Di Kalangan Umat Islam Malaysia

Begitu kuat kebencian kita terhadap bangsa Yahudi yang telah dipupuk oleh pemerintah melalui media yang sering meniup api kemarahan, kita lupa bahawa kebanyakan nabi-nabi yang diutus Allah kebanyakannya terdiri dari bangsa Yahudi.

    Artikel oleh agendajal.blogspot.com

Kita sebenarnya tidak memahami apa yang kita benci. Kita tidak mengerti kenapa harus membenci bangsa Yahudi. Menyebut membenci bangsa Yahudi adalah terlalu umum. Apa yang membuatkan umat Islam di Palestin teraniaya dan ditindas adalah angkara perancangan jahat British sejak sekian lama yang mahu mewujudkan sebuah negara bebas untuk bangsa Yahudi Ashkenazi yang semakin berkembang di Eropah tapi tidak punya negara mereka sendiri. Yahudi Ashkenazi adalah salah satu etnik Yahudi moden dan mereka ini tidak ada hubung kait atau pertalian dengan nabi-nabi zaman dahulu. Tanah penduduk Palestin dirampas bertujuan untuk dijadikan penempatan baru pendatang Eropah yang tidak punya negara ini. Mereka telah diperdaya oleh bangsa Eropah bahawa tanah di Palestin adalah tanah asal mereka dan bangsa Ashkenazi kononnya adalah bangsa yang dipilih oleh Tuhan untuk kembali menduduki "Tanah Yang Telah Dijanjikan" atau dipanggil "The Promised Land".
   

Benarkah Perang Syria Konflik Antara Sunni ~ Syiah?
Bashar Al-Assad
Dalam perang saudara di Syria (AD memilih untuk menyatakan perang saudara - bukan perang antara mazhab), ia bermula sejak 2011 di mana para demonstran membantah pemerintahan ala-tentera Presiden Bashar Al-Assad dan mahu sistem yang lebih demokratik dibentuk menggantikan pemerintahan ala-tentera. Assad sendiri mengakui bahawa Syria adalah negara sekular. Kerajaan Assad telah membalas dengan mengancam menggunakan kekerasan terhadap para demonstran. Dalam bantahan yang berterusan itu telah membawa kepada jumlah korban jiwa yang besar. Seorang pegawai tentera yang berpaling tadah telah membentuk kumpulan yang dinamakan Tentera Pembebasan Syria dengan objektif untuk menjatuhkan rejim Assad.

Pada 2013, Hezbollah, kumpulan militan dan gerakan politik Lebanon pro-Syiah telah menyertai tentera Syria. Lanjutan dari itu, kerajaan Syria mendapat sokongan militari dari Rusia dan Iran, manakala Amerika Syarikat dan Arab Saudi memberi bantuan persenjataan kepada pemberontak Tentera Pembebasan Syria. Britain, Amerika, negara-negara Eropah dan negara Arab lain menyatakan sokongan secara jelas menyokong pemberontak Syria. Respon dunia menganggap ini lebih merupakan perang proksi (proxy-war) kuasa besar antara Amerika dan Rusia. Laporan oleh PBB menyatakan konflik ini lebih tertumpu kepada sekte antara kumpulan militan Sunni dan Syiah namun dinafikan sendiri oleh kedua-dua pihak.

    Artikel oleh agendajal.blogspot.com

Ada pihak tertentu di negara ini mengambil kesempatan di atas konflik dengan mendakwa menjadi wakil untuk mengutip sumbangan "ikhlas" berupa wang tunai yang konon dibelanjakan untuk membantu saudara seIslam yang teraniaya di Syria dengan memainkan sentimen mazhab Sunni - Syiah. Adakah bantuan yang dikutip digunakan untuk membeli senjata bertujuan membunuh tentera pemerintah pimpinan Assad? Atau wang yang disumbangkan lesap entah ke mana, akhirnya dibelanja untuk kegunaan peribadi?

Ada pula yang menganggap berada di medan perang menentang tentera Assad adalah perjuangan jihad fisabilillah dan jika mati dalam pertempuran tersebut, dikira mati syahid. AD tidak mahu komen tentang ini kerana hanya Allah S.W.T. sahaja yang berhak menentukan siapa yang mati syahid.

Ada pula yang mengatakan Assad adalah Yahudi yang didokongi Israel.  

Wallahu'alam



ISIL / ISIS di Iraq, Syria & Chechnya

Terbaru konflik di Iraq, satu kumpulan kecil militan (dikatakan jumlah ahli tidak lebih 4000 orang pro-Sunni) yang konon dihormati oleh Amerika kerana kecanggihan teknologi, miliki aset bernilai 2 bilion USD (menjadikan mereka kumpulan jihad terkaya setakat ini) dan memiliki kemudahan sistem taktikal ketenteraan digelar sebagai Islamic State of Iraq and the Levant (ISIL) atau Islamic State of Iraq & Syam (ISIS). Kumpulan ini dikatakan dari kumpulan yang sama dengan yang ada di Syria dan Chechnya. Amat melucukan mereka menggunakan uniform dan kenderaan Humvee milik tentera Amerika dan berbagai senjata yang dikatakan dirampas. Meskipun memiliki aset bernilai berbilion dolar AS, menurut Wikipedia, hanya 5% darinya adalah sumbangan dari luar, manakala selebihnya merupakan hasil "rompakan" dari bank-bank pusat dan pencurian emas-emas yang bernilai tinggi, serta ugutan terhadap ahli perniagaan.     

Kenyataan sedemikian kedengaran amat melucukan kerana tidak selari dengan prinsip Islam memandangkan mereka mendakwa diri mereka adalah kumpulan khalifah Islam berjuang untuk jihad menegakkan hukum Allah.
 Seperti ada yang tidak kena, akhirnya seseorang dari kalangan pegawai tentera AS mendedahkan bahawa kumpulan ini mendapat sokongan dan bantuan senjata dari AS sendiri. Tentera pemberontak di Chechnya juga mendapat bantuan dari AS memandangkan Rusia adalah musuh kepada AS. Maka tidak hairanlah mereka menaiki Humvee, memakai uniform yang sama dipakai oleh tentera AS, memiliki gogel night vision, pakaian kalis peluru, helikopter Black Hawk, senapang M-16, kereta kebal buatan AS serta senjata lain buatan AS. Ini tidak jauh berbeza dengan keadaan di Syria yang dikatakan perang proksi. Bagaimanapun, menurut pegawai itu, tidak mungkin mereka memiliki kebolehan untuk mengendalikan semua peralatan teknologi tinggi tersebut. 

    Artikel oleh agendajal.blogspot.com

Kenyataan di atas menunjukkan bahawa tidak mungkin mereka mampu merampas sebegitu banyak uniform tentera AS dengan segala senjata, kenderaan dan helikopter dalam jumlah yang besar. 


Pergolakan di Mesir & Libya

Mohamed Morsi

Tidak ramai yang memahami apa yang berlaku di Mesir pada 2011 sejak runtuhnya rejim Hosni Mubarak diikuti oleh pemberontakan selepas Mohamed Morsi dilantik menjadi Presiden yang baru melalui proses demokrasi. Rata-rata rakyat Malaysia menyatakan sokongan terhadap Presiden Mohamed Morsi tanpa menyelidik apa sebenarnya yang berlaku.
Morsi

Pelajar Malaysia yang belajar di sana juga bingung tentang apa yang berlaku sebenarnya. Hakikatnya mereka dihantar untuk belajar di sana, bukan menjadi perisik untuk menyelidik latar sejarah dan pergolakan politik negara itu.

Bermula dari 2010, Transparency International telah mendedahkan bahawa Mesir merupakan antara negara yang mempunyai indeks rasuah yang tinggi semasa pentadbiran Hosni. Pada Februari 2011, ABC News melaporkan kekayaan keluarga Mubarak antara AS$40 hingga AS$70 bilion hasil dari kontrak pertahanan semasa beliau menjadi pegawai tinggi tentera udara. The Guardian pula melaporkan kekayaan diperoleh dari sumber rasuah, penyelewengan dan aktiviti perniagaan. Wang disimpan di beberapa bank di Switzerland dan Britain dan dilaburkan kepada hartanah luar negara. Bermula dari pendedahan demi pendedahan, protes besar-besaran rakyat Mesir bermula mendesak beliau meletak jawatan Presiden. Hosni berjanji tidak akan bertanding lagi dalam pemilihan presiden pada September dan menjanjikan reformasi pentadbiran politik Mesir. Segala janjinya tidak dipedulikan para demonstran dan menganggap ia hanya janji kosong. Akhirnya Naib Presiden Omar Suleiman mengumumkan Mubarak meletak jawatan dan kuasa diserahkan kepada tentera. 

Mohamed Morsi menang dalam pilihanraya presiden selepas itu dan dilantik secara rasmi pada Jun 2012. Namun beliau hanya meraih undi 51% ke atas penentangya Anmed Syafik - suatu kemenangan tipis. Morsi adalah anggota penting Ikhwanul Muslimin dan pentadbirannya dikatakan dipengaruhi oleh kumpulan Ikhwanul Muslimin. Sebagai Presiden, beliau memberikan kuasa tidak terbatas kepada dirinya atas alasan beliau mahu mempertahankan Mesir dari pengaruh pentadbiran bekas presiden Mubarak. Segala tindakan beliau dianggap dipengaruhi kumpulan Ikhwanul Muslimin.

    Artikel oleh agendajal.blogspot.com


Pada November, beliau memperkenalkan draf konstitusi berasaskan Islam dan mengemukakan referendum. Tindakan ini dianggap oleh penentang beliau sebagai rampasan kuasa kumpulan ekstrimis Islam. Campurtangan Ikhwanul Muslimin (Muslim Brotherhood) yang mempunyai rangkaian di seluruh dunia dalam politik Mesir lebih memburukkan lagi keadaan. Ini ekoran banyak kelemahan yang jelas dalam pentadbiran dalaman kerajaan Morsi. Ia dianggap tidak efektif, gagal, bodoh, penuh dengan kedegilan dan tidak memahami hasrat rakyat serta tamakkan kuasa. Apa yang jelas selepas itu, Ikhwanul Muslimin dianggap akan membawa Mesir kepada kemusnahan dan masa depan yang tidak jelas. Ia bukan lagi rahsia bahawa kumpulan ini datang dari negara Qatar. Mengetahui akan agenda anasir luar ini, para pendokong revolusi bangun menentang agenda Ikhwanul Muslimin demi memastikan Mesir dapat diselamatkan dari campur tangan pihak asing.

Pada 30 Jun 2013, Mesir sekali lagi dilanda revolusi rakyat mendesak beliau meletak jawatan. Ramai di kalangan demonstran adalah orang yang sama memprotes bekas Presiden Hosni Mubarak. Ekoran kekecohan itu, pihak tentera telah memberi beliau masa 48 jam untuk memenuhi permintaan pemprotes dan menyelesaikan segala perbezaan politik atau tentera akan mengambil alih.    

Akhirnya pada 3 Julai 2013, Morsi diisytihar hilang jawatan oleh rampasan kuasa tentera dipimpin oleh Menteri Pertahanan Abdul Fatah al-Sisi bersama pemimpin pembangkang Mohamed El-Baradei, Imam Besar Al-Azhar Ahmed El-Tayed dan paus Gereja Koptik Tawadros. Pihak tentera telah membatalkan konstitusi dan menghapuskan saki-baki pengaruh Ikhwanul Muslimin.

Morsi selepas itu dikenakan dakwaan menganjur keganasan. Rentetan peristiwa revolusi di Mesir, boleh dikatakan ia bukanlah berkaitan ideologi keagamaan terutama Islam sebaliknya lebih berkisar pada isu-isu nasional dan ia sememangnya tidak difahami oleh rakyat Malaysia.

    Artikel oleh agendajal.blogspot.com

Walaupun kita tahu golongan pemuda dan Ikhwanul Muslimin menjadi punca tercetus revolusi, ia bukan alasan pihak tentera untuk menggunakan keganasan dan membunuh rakyat mereka sendiri. Mungkin juga wujud ancaman pengganas dan golongan ekstrimis yang memiliki senjata tetapi ia harus ditangani sebaik mungkin. Menuduh tanpa bukti dan melanggar hak asasi manusia hanya akan mengundang pihak tertentu melakukan keganasan dan seterusnya menghalang proses demokrasi itu sendiri.   


Kolonel Muammar Gaddafi

Apabila AD menyebut bahawa Muammar Gaddafi adalah pemimpin diktator yang tidak banyak berbeza dengan Hosni Mubarak, mungkin ramai yang tidak setuju, marah dan membantah. Mereka lebih mempertahankan Gaddafi hanya kerana Gaddafi seorang Muslim dan menuduh pemberontak yang sebenarnya didalangi oleh Amerika. Gaddafi memimpin Libya selama 42 tahun, lebih lama dari tempoh Dr. Mahathir Mohammad menjadi Perdana Menteri Malaysia. Beliau mengambil tampuk pemerintahan secara rampasan kuasa tentera (coup d'etat) ke atas pemerintahan beraja apabila Raja Idris dilihat semakin lemah pada tahun 1960-an. Raja Idris juga dilihat pro-Israel dan bergelumang dengan masalah rasuah dan monopoli perniagaan minyak. 
Gaddafi

Meskipun meletakkan Islam sebagai keutamaan dalam pentadbiran, beliau sebenarnya meneraju Libya mengikut ideologi beliau sendiri. Beliau seorang pemimpin yang agak kontroversi. Terkenal dengan sikap anti-imperialisme, beliau mencipta ideologi politik beliau sendiri yang dinamakan "Third Universal Theory" yang meletakkan AS dan Rusia sebagai kuasa imperialisme, oleh itu menolak dasar kapitalis Barat serta sistem komunisme dan atheisme. Sebagai sebahagian dari teori, beliau mengagungkan nasionalisme sebagai tenaga progresif untuk mencipta lingkungan negara-negara Arab yang dinamakan pan-Arab yang akan membawa Islam dan Dunia Ketiga menentang kuasa imperialisme. 

Ekoran Arab Spring 2011 yang melanda Mesir dan Tunisia, Libya tidak terkecuali. Untuk menangani kemungkinan cubaan membelot, beliau mengambil langkah berjaga-jaga dengan menurunkan harga barang, membebaskan beberapa pejuang Islam yang dipenjarakan, memecat ketua-ketua tentera yang dilihat berpotensi untuk membelot. Semua langkah ini akhirnya tidak berkesan. Pada Februari 2011, protes besar-besaran berlaku. Berbeza dengan Mesir dan Tunisia,  Libya tidak memiliki gerakan Islam yang kukuh. Walaupun begitu, protes terhadap korupsi, sistem pemerintahan dan masalah pengangguran yang mencecah 30% menjadi pemangkin kepada gerakan menjatuhkan beliau.

    Artikel oleh agendajal.blogspot.com

Gaddafi menuduh pemberontak mempunyai kaitan dengan Al-Qaeda dan mendakwa beliau sanggup mati syahid dari meninggalkan Libya. Beliau mengancam akan menangkap semua pemberontak di setiap sudut sehingga akhirnya menyebabkan tentera membunuh beratus-ratus pemberontak. Ekoran dari itu, ramai pemimpin kerajaan telah berpaling tadah dan menyokong pemberontak. Akhirnya banyak bandar-bandar telah dikuasai pemberontak dan National Transitional Council telah ditubuhkan untuk mewakili pemberontak.

Dalam konflik antara kerajaan Gaddafi dan National Transitional Council, Gaddafi dengan kuasa tentera yang kukuh telah melanggar peraturan peperangan, melanggar hak asasi manusia, penyeksaan, penahanan secara rawak serta penghukuman tanpa bicara dan pembunuhan ke atas orang awam.        

Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu telah meluluskan Resolusi 1970 menggantung Libya dari Majlis Hak Asasi Manusia PBB, menguatkuasakan sekatan dan memanggil penyiasatan oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa atas dakwaan membunuh orang awam yang tidak bersenjata. Majlis Keselamatan kemudian telah mengisytiharkan Zon Larangan Terbang untuk melindungi orang awam dari pengeboman dari udara.


Fitnah Jahat NATO & AS - Salah Satu Bentuk Fitnah Dajal Akhir Zaman

Sebaik Zon Larangan Terbang diisytihar, NATO telah campur tangan untuk memastikan ia dikuatkuasakan. Di sinilah NATO menggunakan kuasa yang diberikan untuk mengebom Tripoli yang akhirya telah membunuh seorang anak dan 3 cucu beliau.    

Tindakan sendirian NATO dipertikaikan, bagaimanapun Setiausaha AS, Hillary Clinton mengarahkan Gaddafi dibunuh atau ditangkap.

Mahkamah Antarabangsa mengeluarkan waran tangkap untuk Gaddafi atas dakwaan jenayah kemanusiaan. Bagaimanapun, Amnesty International mendakwa kebanyakan tuduhan jenayah kemanusiaan yang dikemukakan terhadap Gaddafi tidak disertakan bukti yang kukuh dan sengaja direka oleh tentera pemberontak - yang sememangnya telah banyak dipengaruhi (dihasut) oleh media Barat.


Rumusan

Dalam apa saja konflik di dunia, AS dan sekutunya British, demi kepentingan tertentu terutama petroleum, nampak memainkan peranan besar sama ada secara jelas atau bersembunyi di sebalik nama PBB, NATO, Majlis Keselamatan, Mahkamah Antarabangsa, propaganda melalui media massa, menggunakan kelebihan ketenteraannya, teknologi dan sebagainya demi mencapai cita-cita mereka untuk menjadikan dunia ini diperintah oleh satu kerajaan tunggal - ONE WORLD, ONE GOVERNMENT. Apa yang menyebabkan pemimpin seperti Muammar Gaddafi, Hosni Mubarak dan Saddam Hussein digulingkan (kemungkinan Bashar Al-Assad adalah seterusnya) adalah kerana kesilapan mereka membunuh rakyat mereka sendiri.

Media Barat tahu rakyat Malaysia benci dan tidak mengiktiraf negara kecil Yahudi iaitu Israel tetapi mereka akan memastikan kita tetap menyayangi kuasa besar Amerika dan British dan sentiasa mengikut telunjuk mereka.  


~ artikel oleh Agendajal.blogspot.com