Wednesday, 21 January 2015
Paris Attack: Definisi Pengganas Ditentukan Oleh Uncle Sam
Amerika sudah berjaya menjadi pemilik kata putus dalam menentukan siapa tergolong sebagai pengganas dan siapa golongan bukan pengganas. Hari ini banyak negara di dunia telah mengikut telunjuk Amerika termasuk negara² Islam.
Ia seolah menjadi hak mutlak Amerika untuk menetapkan siapa yang harus disekat, ditangkap dan dihapuskan. Tapi penyokong dan pak turut Amerika tidak sedar bahawa agenda di sebalik semua ini adalah demi kepentingan ekonomi Amerika dan kesinambungan negara bangsa Israel. Kejatuhan harga minyak sehingga ke paras $50 setong sudah cukup membebankan negara-negara pengeluar minyak seperti Iran dan Russia. Kedua-duanya adalah musuh Amerika. Ini petanda bahawa sejarah akan berulang. Jika anda baca tulisan AD dalam artikel-artikel yang lepas berkaitan Yahudi Israel dan petroleum, dan bagaimana mereka mengaut keuntungan dengan menawarkan pinjaman riba dalam suasana krisis, tentu dapat menjangka siapa punya angkara di sebalik semua ini.
Lambakan stok minyak memang disengajakan oleh Arab Saudi kerana mereka sudah menjadi pak turut Amerika. Arab tidak menerima kesan kerana mereka mempunyai simpanan perbendaharaan bernilai beratus bilion dolar.
Hasil penyiasatan awal pihak Russia dalam tragedi MH17 merumuskan bahawa tentera Ukraine yang bertanggungjawab, tapi dunia seolah memekakkan telinga tidak mahu mendengar apa yang diperkatakan Russia. Sebaliknya mereka menuding jari terhadap tentera pemberontak pro-Russia.
Hari ini, Amerika menggunakan rangkaian risikannya di seluruh dunia untuk membanteras perancangan yang "mengancam" keselamatan mereka dengan menggunakan alasan "keamanan sejagat". Negara-negara yang tidak mempunyai kepentingan juga turut menjadi boneka. Mereka mempunyai senarai ratusan atau mungkin ribuan nama orang-orang yang sangat dikehendaki - hidup atau mati. Ini didedahkan sendiri oleh Edward Snowden. Kebanyakan nama itu datang dari negara-negara Islam.
Peristiwa terbaru di Perancis yang cuba dikaitkan dengan Islam semakin menguatkan alasan Amerika dalam misi 'anti-keganasan' skala global mereka. Ramai yang berpendapat ini satu lagi siri operasi false-flag oleh Amerika & Israel. Presiden Perancis sendiri, Francois Hollandais dalam kenyataan di siaran TV Perancis dengan jelas menegaskan, "Mereka yang melakukan keganasan ini, pengganas ini, illuminati ini, tiada kaitan dengan agama orang-orang Muslim".
(‘Ceuc qui ont commis ces actes, ces terroristes, ces illumines, ces fanatiques, n’ont rien a voir avec la religion Muslim’)
Anda mungkin terkejut mengetahui bagaimana seorang Presiden bercakap tentang illuminati - menurut pandangan umum orang-orang Malaysia, ianya hanya teori konspirasi. Sebenarnya, presiden bukan semata-mata berteori. Beliau membaca sejarah. Beliau mengetahui sejarah Bavaria. Beliau membaca sejarah Napoleon Bonaparte. Semua itu sejarah Perancis.
Paris Attack
Dalam kejadian pada 7 Januari 2015 yang disebut sebagai Paris Attack, dua lelaki bersenjata dengan topeng muka menyerang pejabat akhbar Charlie Hebdo di Paris, dengan teriakan Allahuakbar telah membunuh 12 orang termasuk editor Stephane Charbonnier dan mencederakan 20 yang lain. Akhbar ini baru-baru ini mengejutkan dunia dengan menyiarkan karikatur mempersendakan Nabi Muhammad.
Kejadian berterusan hingga 9 Januari di mana mereka masih bebas berkeliaran dan dapat melepasi kawalan ketat Perancis yang menggeledah setiap rumah dan semua kenderaan diperiksa.
Dalam satu siaran, mangsa yang terselamat berkata, seorang dari penembak mempunyai mata kebiruan yang 'sangat cantik' meminta membaca ayat suci Al-Quran untuk 'selamat' dari ditembak.
Dalam keadaan mangsa yang sedang ketakutan yang ekstrim sebegini, adakah logik mereka sempat memerhatikan warna mata dan adakah ia sesuatu yang pelik di kalangan bangsa Eropah sehingga mangsa boleh 'notice' ciri-ciri ini? Anda baca sendiri apa motif di sebalik propaganda sebegini. Ia ditujukan terus kepada Islam, konon pengganas itu orang-orang Islam, bertindak atas nama Islam.
Motif Di Sebalik "Paris Attack"
Pada 2 Disember 2014, Parlimen Perancis telah meluluskan resolusi meminta Perancis mengiktiraf negara Palestine. Seramai 339 anggota mengundi menyokong manakala 151 menentang. Pada waktu ini, Palestine sedang cuba membawa kes pembunuhan beramai-ramai tentera Zionis Israel ke atas rakyat Palestine ke mahkamah antarabangsa.
Seminggu sebelum kejadian di Paris, Israel menyatakan kekecewaan terhadap Perancis yang mengundi menyokong di resolusi PBB yang mengarahkan Israel menarik keluar semua tentera dari sempadan Tebing Barat sebelum tahun 2017.
Pejabat Hebdo diserang sebaik saja mereka menyiarkan imej Ketua ISIS, dikatakan merangkap "pelakon", Abu Bakr Al-Baghdadi, yang menurut apa yang didedahkan oleh Snowden, telah dilatih oleh Mossad selama setahun.
Penembak memakai sut lengkap dengan kalis peluru ala-tentera dan mereka begitu terlatih.
Kejadian di restoran Kosher juga seolah mahu menunjukkan bahawa penembak anti-Yahudi yang mewakili orang Islam.
Kesimpulan
Pejabat akhbar terlibat dalam dua situasi mencari pasal sebelum kejadian tembak berlaku. Mulanya, mereka mempersendakan Nabi Muhammad yang menyebabkan orang Islam di seluruh dunia mengutuk tindakan mereka. Kedua, ia menyiarkan imej yang didakwa sebagai ketua ISIS dan secara sinis mengatakan ia adalah 'pelakon' yang diupah oleh Mossad dalam aktiviti keganasan. Jadi, mana satu alasan sebenar di sebalik kejadian Paris Attack?
Pertama, kemarahan orang Islam terhadap penghinaan terhadap Nabi Muhammad sehingga mendorong 2 penembak ini keluar ke tengah bandar Paris membawa senjata dan berpakaian ala-tentera membunuh kakitangan pejabat akhbar Hebdo, orang awam di restoran dan polis Perancis kemudian melarikan diri.
Kedua, rahsia ISIS yang dilatih oleh Mossad dan Amerika telah dibongkar oleh Snowden malah dijadikan bahan senda di akhbar Hebdo untuk jadi tatapan orang awam.
Artikel oleh Agendajal.blogspot.com
Nota kaki:
Charlie Hebdo adalah akhbar satira mingguan diterbitkan setiap hari Rabu. Hebdo bermaksud mingguan atau weekly. Akhbar ini diwujudkan untuk mempromosi kebebasan bersuara tanpa sekatan, anti-racist, pro kepada aktiviti kumpulan sayap kiri yang memperjuangkan pemisahan antara agama dan politikal.
Labels:
paris attack,
paris shooting
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment