Thursday, 26 November 2015

Jarak Matahari Dan Bumi Yang Tidak Munasabah

Saiz dan jarak Matahari, Bumi dan Bulan yang diterima oleh sains moden hari ini telah dihitung oleh ahli astronomi Greece, Aristarchus yang hidup pada tahun 280 hingga 240 Sebelum Masehi. Dia membuat kiraan matematik berdasarkan radius Bumi.
Antara panduan yang digunakan ialah berdasarkan saiz Matahari dan Bulan yang kelihatan di angkasa, saiz bayangan Bumi pada permukaan Bulan semasa gerhana bulan dan sudut diantara Matahari dan Bulan semasa gerhana bulan separuh yang hampir pada sudut 90°.
Sebenarnya kiraan ini salah sejak dari mula lagi. Dia mengira berdasarkan andaian bahawa Matahari adalah pusat cakrawala (heliocentric) dan Bumi berputar mengelilingi Matahari. Idea beliau ditolak oleh Aristotle kerana berpendapat Bumi adalah pusat kepada seluruh sistem galaksi (geocentric) dan pendapat Aristotle diterima sehingga kurun ke 15 apabila Copernicus memperkenalkan semula teori heliocentric.
AD tidak mahu membincangkan teori diantara Aristarchus dan Aristotle, kerana semaunya berdasarkan teori semata-mata, mereka sendiri tidak pernah mengembara ke angkasa, hanya melihat dari Bumi, planet yang kerdil di antara sistem galaksi.
AD mahu mengajak pembaca menyaksikan gambaran sebenar jarak dan saiz yang diperkatakan. Lihat sendiri jarak dan saiz planet yang telah diterima oleh sains moden, diajar di sekolah dan universiti mengikut skala sebenar. Gambarajah berikut AD hasilkan menggunakan Adobe Illustrator, dihasilkan dengan berhati-hati dengan saiz setiap planet serta jarak di antara mereka ditentukan mengikut kiraan dan skala yang hampir tepat. Sebelum mula hasilkan susunan planet-planet ini, AD telah tentukan saiz artboard mengikut saiz palnet dan jarak yang AD ambil dari teori sains moden hari ini dan ia adalah fakta berdasarkan apa yang kita belajar hari ini.
Perbandingan saiz matahari dengan bumi
Perbandingan saiz bumi dan bulan


Jika ini jarak sebenar bulan, percayakah anda manusia pernah mengembara sejauh ini? Benarkah ada pengangkutan yang boleh membawa manusia merentasi ruang angkasa tanpa menghadapi rintangan?


Lihatlah jarak sebenar Matahari dari Bumi. Ia beratus kali ganda jarak Bumi dengan Bulan. Lihat juga saiz Matahari mengikut skala sebenar. Jika saiz sebesar itu, adakah ia mampu menerangi planet Bumi sejauh itu?

AD bukan nak pertikaikan kehebatan Matahari, tapi dengan jarak sebegitu jauh jika ia boleh menerangi Bumi pada siang hari, ia juga sepatutnya menerangi seluruh planet seperti lanet Merkuri, Venus dan Marikh. Dan lebih dari itu, ia juga menyuluh seluruh meteor yang berjuta-juta jumlahnya yang terapung-apung di ruang angkasa, semua satelitte yang mengorbit Bumi, malah sepatutnya Bulan tidak akan pernah mengalami gerhana penuh atau separuh.

Jika bayang yang ada pada Bulan adalah bayangan Bumi, ia sepatutnya tidak berbentuk melengkung atau cembung, kerana saiz Bumi 4 kali ganda saiz Bulan dan jarak di antara keduanya tidak jauh. Manakala kedudukan Matahari terlalu jauh dari Bumi. Tidak akan ada bentuk bulan sabit jika berlaku gerhana bulan. Bayang itu sepatutnya hampir lurus walau di sudut mana kedudukan Bumi, Bulan dan Matahari. Tapi adakah ini yang berlaku?
Kalau gerhana bulan penuh, bukan begini sebab Bumi lebih besar dari Bulan
Ini dia gerhana bulan penuh yang sebenarnya kalau bayang Bumi melindungi Bulan
Tentu sekali tidak. Mungkin saiz Matahari adalah lebih kecil dan jaraknya lebih dekat dari apa yang kita sangka. Bayang melengkung atau cembung itu boleh jadi disebabkan Bulan itu sendiri bulat. Tidak perlu Bumi untuk membuatkan bayang sedemikian. Anda boleh cuba buat ujikaji ini di rumah. Ambil sebiji bola, letak hampir ke dinding dan suluh boleh itu dari berbagai sudut ke arah arah dinding. Lihat bayang pada bola itu. Gerhana boleh berlaku tanpa objek lain sebagai Bumi. Kita perlu bertanya kembali kepada ahli astronomi bagaimana mereka boleh buktikan pendapat mereka selama ini.
Matahari kelihatan hampir dari kamera GoPro di atas belon cuaca pada ketinggian 30,000 meter
Menurut kumpulan yang memperjuangkan teori Bumi itu rata dam ia berbentuk disc atau seperti sekeping pizza dengan kerak di sekeliling adalah benua Antarctica, Matahari dan Bulan adalah 2 elemen yang berputar mengorbit Bumi dan bumi dijadikan pusat rujukan.

Antarctica adalah benua yang ddikawal oleh Perjanjian Antarctic dimana orang awam tidak dibenarkan pergi ke sana tanpa apa-apa tujuan. Saiz sebenar Antarctica lebih luas dari benua Amerika dan sehingga hari ini ia penuh dengan misteri. Kita tidak tahu apa yang ada di Antarctica. Semua laluan penerbangan cuba mengelak dari melalui benua ini. Untuk terbang dari Chile ke Sydney, ada jalan pintas melalui Antarctica tapi laluan penerbangan diarah ikut laluan yang lebih jauh, berhenti di Afrika atau Asia sebelum sampai ke Sydney.


No comments:

Post a Comment