Sunday, 13 April 2014

MH370: Elemen Sabotaj Bukti Wujud Teori Konspirasi

Sejak beberapa hari ini, akhbar-akhbar utama sudah mula berani menyuarakan kemungkinan penglibatan AS dalam misteri kehilangan pesawat Boeing 777 milik Malaysia Airlines. Menurut sesetengah pihak yang mula merasakan usaha pencarian pesawat seperti suatu yang mustahil, mereka mula mengaitkan dengan teori konspirasi. Agendajal telah menulis tentang teori konspirasi ini sejak hampir sebulan yang lalu. Anda boleh baca tulisan Agendajal di sini. Secara tak disangka, artikel ini telah menduduki tempat pertama mendapat hit paling tinggi di kalangan seluruh artikel lain yang Agendajal pernah tulis. Buktinya, lihat di sebelah kanan di bawah tajuk "Popular Post"

Tetapi apabila akhbar arus perdana menulis tentang ini, ia mula menjadi buah mulut di kalangan orang ramai memandangkan ia sudah menjadi suatu berita. Kita tahu pihak berkuasa menafikan teori sebegini demi menjaga hubungan baik antara negara. Tambahan, pihak berkuasa juga tidak sedikitpun meletakkan teori sebegini sebagai asas dalam merungkai misteri kehilangan pesawat MH370. Tapi Ketua Polis Negara berulang-kali menyatakan bahawa siasatan tertumpu kepada 4 elemen utama iaitu unsur sabotaj, rampasan, masalah peribadi di kalangan penumpang dan kru, serta masalah psikologi.

Anda nampak apa yang pelik di sini? Ya, suatu yang pelik ialah pihak berkuasa tidak meletakkan elemen kemalangan atau kerosakan mekanikal pesawat / kesilapan teknikal juruterbang. Ini telah menjelaskan kepada kita bahawa pihak berkuasa tidak percaya pesawat ini telah terhempas. Najib juga dalam sidang media memberitahu bahawa perubahan data penerbangan menunjukkan bahawa ia disengajakan (deliberate action) oleh pihak tertentu. Dua minggu selepas itu, Najib mengumumkan pesawat telah "berakhir" di selatan Lautan Hindi, jauh dari mana-mana landasan untuk mendarat. Media tempatan selepas itu menyebarkan spekulasi bahawa pesawat telah terhempas dan tiada kru/penumpang yang selamat. Hash tag #PrayForMH370 telah bertukar kepada #RememberingMH370. Kemudian China membuat bantahan mencabar Malaysia membuktikan tiada penumpang terselamat kerana tiada mayat ditemui. Tidak lama kemudian, hash tag kembali kepada asal iaitu #PrayForMH370. Ia kelihatan amat melucukan.

Ini secara tidak langsung meletakkan teori konspirasi di bawah elemen rampasan dan sabotaj. Kita tidak ada apa-apa maklumat berkenaan perkara ini dari pihak berkuasa dan hanya mereka yang tahu apakah kemungkinan yang ada di bawah elemen rampasan dan sabotaj.

Mari kita kecilkan kemungkinan antara rampasan dan sabotaj. Jika suatu rampasan pesawat komersial dilakukan, tentu ada pihak yang mengaku bertanggungjawab. Rampasan mempunyai motif tertentu. Sama ada sebagai ugutan atau ancaman kepada pihak yang malang. Jika tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab, ia bukan rampasan.

Bagaimana dengan unsur sabotaj? Tidak boleh diketepikan malah ia ada kenungkinan yang besar. Pihak yang melakukan sabotaj tidak perlu tampil membuat pengakuan. Ia boleh saja dirahsiakan. Ia tidak banyak beza dengan operasi false-flag. Cuma false-flag terang-terang memfitnah pihak musuh. Perlakuan sabotaj sahaja yang boleh menerangkan kenapa transponder dimatikan, ACARS ditutup, komunikasi diputuskan, lenyap dari dikesan radar, enjin pesawat masih hidup 7 jam selepas hilang dari radar, tiada serpihan ditemui, isyarat homing signal dari kotak hitam tidak dapat diterima, telefon berdering berkali-kali tapi tidak dijawab. Ini semua menjurus kepada kemungkinan besar bahawa kehilangan MH370 adalah angkara sabotaj. Sama ada oleh pihak yang ada di dalam pesawat atau pihak yang ada jauh di luar pesawat.   

Adalah mstahil sebuah pesawat yang terbang berdekatan pengkalan tentera AS di Pulau Chagos tidak dikesan radar militari kerana sekumpulan burung yang terbang juga mampu dikesan radar yang amat berkuasa. Untuk pengetahuan anda, sejak peristiwa rampasan 4 pesawat komersial sekali gus pada 11 September, semua pesawat komersial Boeing dilengkapi sistem Boeing Uninterrupted Auto Pilot (BUAP), suatu sistem yang membolehkan pesawat dikawal secara kawalan jauh (seperti pesawat UAV). Sistem ini akan membatalkan kawalan oleh pilot dari dalam pesawat dan boleh menghalang perampas melakukan kawalan dari dalam cockpit.

No comments:

Post a Comment