Friday, 27 November 2015

Komunikasi Satelit Sebenarnya Tak Wujud


Beberapa siri gempa bumi di Asia dan Mediterraneen pada 2006 dan 2011 telah memberitahu kita sesuatu yang mungkin tidak pernah difikirkan selama ini. Ada sesuatu yang disembunyikan dari pengetahuan penduduk dunia tapi Tuhan telah mendedahkan sedikit rahsia mereka kepada orang yang mahu berfikir.

Selepas gempa bumi, kelajuan internet menjadi perlahan atau langsung tidak dapat diakses dari merata pelusuk negara yang terlibat termasuk Malaysia. Puncanya jaringan kabel komunikasi dasar laut mengalami kerosakan atau terkesan dari kejadian gempa bumi itu.

Jika selama ini anda fikir trafik data skala "dunia" (saya tidak mahu guna perkataan "global" kerana bentuk bumi belum pasti bulat - mungkin rata) menggunakan satelit, anda patut fikirkan semula.

Peristiwa ini memberitahu kita satu perkara besar yang tak ramai orang faham - iaitu internet menggunakan jaringan kabel dasar laut, bukannya satelit.

Pendedahan Edward Snowden tentang bagaimana Singapura menjadi pengintip kepada tuannya Amerika melalui jaringan kabel dasar lautnya juga membuktikan kita tidak ada bentuk komunikasi atau pemindahan data tanpa wayar seperti satelit. Ia tidak wujud sama sekali.

Apa yang ada ialah teknologi wireless jarak dekat seperti home wifi atau hotspot atau jarak sederhana antara 2 hingga 60 kilometer iaitu menggunakan mast/tower yang memindahkan maklumat melalui isyarat radio. Mast ini boleh dilihat di merata tempat, malah di tepi lebuhraya anda boleh lihat setiap beberapa kilometer ia didirikan untuk memastikan setiap jarak mast itu dapat berhubung antara satu sama lain dan maklumat dihantar ke mast seterusnya sehingga akhirnya sampai kepada pengguna seperti anda. Setiap bangunan tinggi juga dilengkapi mast telekomunikasi seperti KL Tower dan Menara Berkembar Petronas. Lebih tinggi mast tersebut, maka lebih jauh maklumat boleh disalurkan/diterima. Tetapi kita belum ada teknologi isyarat radio yang boleh berhubung merentas benua kecuali menggunakan kabel dasar laut. Teknologi GPS yang anda gunakan itu menggunakan isyarat yang dihantar dari mast. Untuk mengesan kedudukan anda, memerlukan sekurang-kurangnya 3 mast yang berhubung terus ke device anda (smarthpone) dan membuat kiraan antara ketiga-tiga mast kemudian menentukan lokasi sebenar. Jika lebih banyak mast berhubung dengan telefon anda, maka lebih tepat kedudukan di mana anda sedang berada. Jadi sejauh mana tepatnya maklumat geolokasi bergantung kepada sebanyak mana mast yang dimiliki syarikat penyedia perkhidmatan anda. Ini salah satu sebab kenapa maklumat lokasi anda tidak dapat dikesan jika berada jauh dari bandar atau kawasan tiada berpenduduk (hutan/gunung/lautan luas). Sepatutnya kita tidak ada masalah jika pergi ke mana saja di sudut dunia ini kerana satelit sentiasa ada di atas kepala kita. Tetapi ini tidak berlaku.

Flight Tracker tidak dapat mengesan lokasi pesawat sebaik berada di tengah lautan luas seperti Lautan Hindi kerana tidak ada tempat untuk mendirikan mast kecuali mereka bina di sebuah pulau kecil yang terpencil dan jauh dari populasi. Tetapi mungkin tiada siapa yang mahu bekerja seorang diri mengawasi sebuah mast di atas pulau kecil di tengah lautan luas yang memerlukan perjalanan berhari-hari untuk sampai menaiki bot.


Thursday, 26 November 2015

Jarak Matahari Dan Bumi Yang Tidak Munasabah

Saiz dan jarak Matahari, Bumi dan Bulan yang diterima oleh sains moden hari ini telah dihitung oleh ahli astronomi Greece, Aristarchus yang hidup pada tahun 280 hingga 240 Sebelum Masehi. Dia membuat kiraan matematik berdasarkan radius Bumi.
Antara panduan yang digunakan ialah berdasarkan saiz Matahari dan Bulan yang kelihatan di angkasa, saiz bayangan Bumi pada permukaan Bulan semasa gerhana bulan dan sudut diantara Matahari dan Bulan semasa gerhana bulan separuh yang hampir pada sudut 90°.
Sebenarnya kiraan ini salah sejak dari mula lagi. Dia mengira berdasarkan andaian bahawa Matahari adalah pusat cakrawala (heliocentric) dan Bumi berputar mengelilingi Matahari. Idea beliau ditolak oleh Aristotle kerana berpendapat Bumi adalah pusat kepada seluruh sistem galaksi (geocentric) dan pendapat Aristotle diterima sehingga kurun ke 15 apabila Copernicus memperkenalkan semula teori heliocentric.
AD tidak mahu membincangkan teori diantara Aristarchus dan Aristotle, kerana semaunya berdasarkan teori semata-mata, mereka sendiri tidak pernah mengembara ke angkasa, hanya melihat dari Bumi, planet yang kerdil di antara sistem galaksi.
AD mahu mengajak pembaca menyaksikan gambaran sebenar jarak dan saiz yang diperkatakan. Lihat sendiri jarak dan saiz planet yang telah diterima oleh sains moden, diajar di sekolah dan universiti mengikut skala sebenar. Gambarajah berikut AD hasilkan menggunakan Adobe Illustrator, dihasilkan dengan berhati-hati dengan saiz setiap planet serta jarak di antara mereka ditentukan mengikut kiraan dan skala yang hampir tepat. Sebelum mula hasilkan susunan planet-planet ini, AD telah tentukan saiz artboard mengikut saiz palnet dan jarak yang AD ambil dari teori sains moden hari ini dan ia adalah fakta berdasarkan apa yang kita belajar hari ini.
Perbandingan saiz matahari dengan bumi
Perbandingan saiz bumi dan bulan


Jika ini jarak sebenar bulan, percayakah anda manusia pernah mengembara sejauh ini? Benarkah ada pengangkutan yang boleh membawa manusia merentasi ruang angkasa tanpa menghadapi rintangan?


Lihatlah jarak sebenar Matahari dari Bumi. Ia beratus kali ganda jarak Bumi dengan Bulan. Lihat juga saiz Matahari mengikut skala sebenar. Jika saiz sebesar itu, adakah ia mampu menerangi planet Bumi sejauh itu?

AD bukan nak pertikaikan kehebatan Matahari, tapi dengan jarak sebegitu jauh jika ia boleh menerangi Bumi pada siang hari, ia juga sepatutnya menerangi seluruh planet seperti lanet Merkuri, Venus dan Marikh. Dan lebih dari itu, ia juga menyuluh seluruh meteor yang berjuta-juta jumlahnya yang terapung-apung di ruang angkasa, semua satelitte yang mengorbit Bumi, malah sepatutnya Bulan tidak akan pernah mengalami gerhana penuh atau separuh.

Jika bayang yang ada pada Bulan adalah bayangan Bumi, ia sepatutnya tidak berbentuk melengkung atau cembung, kerana saiz Bumi 4 kali ganda saiz Bulan dan jarak di antara keduanya tidak jauh. Manakala kedudukan Matahari terlalu jauh dari Bumi. Tidak akan ada bentuk bulan sabit jika berlaku gerhana bulan. Bayang itu sepatutnya hampir lurus walau di sudut mana kedudukan Bumi, Bulan dan Matahari. Tapi adakah ini yang berlaku?
Kalau gerhana bulan penuh, bukan begini sebab Bumi lebih besar dari Bulan
Ini dia gerhana bulan penuh yang sebenarnya kalau bayang Bumi melindungi Bulan
Tentu sekali tidak. Mungkin saiz Matahari adalah lebih kecil dan jaraknya lebih dekat dari apa yang kita sangka. Bayang melengkung atau cembung itu boleh jadi disebabkan Bulan itu sendiri bulat. Tidak perlu Bumi untuk membuatkan bayang sedemikian. Anda boleh cuba buat ujikaji ini di rumah. Ambil sebiji bola, letak hampir ke dinding dan suluh boleh itu dari berbagai sudut ke arah arah dinding. Lihat bayang pada bola itu. Gerhana boleh berlaku tanpa objek lain sebagai Bumi. Kita perlu bertanya kembali kepada ahli astronomi bagaimana mereka boleh buktikan pendapat mereka selama ini.
Matahari kelihatan hampir dari kamera GoPro di atas belon cuaca pada ketinggian 30,000 meter
Menurut kumpulan yang memperjuangkan teori Bumi itu rata dam ia berbentuk disc atau seperti sekeping pizza dengan kerak di sekeliling adalah benua Antarctica, Matahari dan Bulan adalah 2 elemen yang berputar mengorbit Bumi dan bumi dijadikan pusat rujukan.

Antarctica adalah benua yang ddikawal oleh Perjanjian Antarctic dimana orang awam tidak dibenarkan pergi ke sana tanpa apa-apa tujuan. Saiz sebenar Antarctica lebih luas dari benua Amerika dan sehingga hari ini ia penuh dengan misteri. Kita tidak tahu apa yang ada di Antarctica. Semua laluan penerbangan cuba mengelak dari melalui benua ini. Untuk terbang dari Chile ke Sydney, ada jalan pintas melalui Antarctica tapi laluan penerbangan diarah ikut laluan yang lebih jauh, berhenti di Afrika atau Asia sebelum sampai ke Sydney.


Air Pasang Surut Bukan Kerana "Graviti" Bulan





AD petik salah satu laman sekolah yang menceritakan kejadian pasang surut air laut disebabkan "graviti" bulan. Beginilah cara iblis menyesatkan umat manusia dan manusia pula menyukainya dan menerima dengan rela hati tanpa menyoal. Tidak cukup dengan bulan, mereka tambah matahari, kemudian putaran bumi. Kalau begitu, lautan akan sentiasa air pasang dan tak akan pernah surut kerana pada siang ada tarikan matahari, pada malam pula ditarik oleh bulan.

Benarlah iblis dan pengikutnya akan cuba menyesatkan manusia dalam segala bidang ilmu duniawi demi untuk melupakan kuasa sebenar Yang Maha Besar, Si Pencipta.

Jika manusia pernah menjejakkan kaki ke bulan, maka kita adalah makhluk yang dapat bertahan terhadap radiasi yang sangat kuat terdapat di Van Allen Belt, satu lingkaran yang menyelubungi planet bumi sebelum manusia dapat keluar ke angkasa.

Adalah mustahil kita dapat melepasi Van Allen Belt kerana suhu yang terlampau panas akan menyebabkan angkasawan dengan kapal angkasanya lebur sama sekali dalam sekelip mata.

Wednesday, 25 November 2015

Teori Bumi Berputar Patut Dimansuhkan


Lihatlah gambarajah ini telah menerangkan segalanya. Di tengah berwarna amber ialah matahari, manakala bumi warna biru. Benarkah bumi berputar pada paksinya?

Copernicus memperkenalkan teori ini selepas dia mati. Semasa dia hidup, pesawat belum wujud. Kamera juga belum tercipta. Semasa hidupnya, dia menyimpan kitab "globe"-nya dan tidak mahu mendedahkan kerana khuatir ada perdebatan yang akhirnya membatalkan pendapatnya. Dia mewasiatkan tulisannya dibuka selepas dia mati. Malagnya, mereka pada masa itu menerima pendapat Copernicus bahawa bumi ini bulat seperti bola, berputar pada paksinya sendiri , dan kelilingi matahari. Teori Copernicus ini dengan mudah dapat dipatahkan dengan gambarajah di atas.

Fikir-fikirkan.


Selama 50 Tahun Kita Ditipu Oleh NASA


Tuesday, 24 November 2015

Penipuan Terbesar Dalam Sejarah Manusia

Penipuan paling besar dalam sejarah kini telah dibongkar. Dunia selama ini percaya tanpa menyoal penipuan-penipuan yang telah dijalankan malah data palsu ini telah diajar di sekolah dan universiti tanpa ada sesiapa pun yang berani tampil mempersoalkan. Berikut antara senarai penipuan terbesar dalam sejarah manusia yang kita masih percaya itu adalah sesuatu yang dipanggil "kebenaran" atau fakta.

1. para ahli sains dan NASA sendiri mengakui bumi berbentuk bujur (oblate), bukan bulat. Perhatikan imej berikut yang diambil dari laman web rasmi NASA



2. Planet Bumi berputar pada paksinya menghasilkan siang dan malam

3. Planet Bumi juga beredar mengelilingi matahri setiap 365 hari

4. Gerhana bulan adalah disebabkan bayangan Bumi, dengan itu Bumi itu terbukti bulat

5. Diameter matahari 109 kali lebih besar dari Bumi dan terletak 150 juta kilometer dari Bumi

6. Manusia telah menkjejakkan kaki ke bulan

Berikut pula fakta dan soalan yang wajib ditanya kembali kepada penipu-penipu besar ini:

1. Jika bumi berbentuk bujur, mengapa imej bumi yang diambil oleh NASA mempunyai bentuk bulat yang sempurna? Perhatikan lingkungan bulatan sempurna di sekeliling bumi saya hasilkan menggunakan komputer. Semua foto Bumi oleh NASA telah dihasilkan menggunakan komputer dan tidak ada satupun foto yang asal, tidak diproses atau dimanipulasi.



2. Jika bumi berputar pada paksinya, mengapa masa penerbangan dari titik A (Barat) ke titik B (Timur) dan dari titik B pulang semula ke titik A adalah sama? Sepatutnya salah satu penerbangan mengambil masa yang lebih cepat kerana putaran bumi membantu mempercepatkan perjalanan mereka. Jika anda mengatakan bahawa pesawat yang sedang terbang masih tertakluk kepada tarikan graviti bumi, maka penduduk di Tajikistan, Philadelphia, Lisbon dan yang selari dengan garisan latitude Fukushima di Jepun perlu memakai topeng  gas dan jumpsuit anti radiasi nuklear sepanjang masa kerana ruang atmosfera di Fukushima yang tercemar. Ada banyak video dari belon cuaca yang dilepaskan ke ruang angkasa, ada yang mencapai ketinggian 33 ribu meter, semuanya tidak menunjukkan bumi berputar. Sebenarnya tidak ada seorang pun pernah melihat bumi berputar atau dapat membuktikannya. Ia hanya teori.

3. Peredaran Bumi mengelilingi matahari telah dibuktikan dengan mudah ianya salah dalam fotografi star trail dan boleh dilakukan oleh sesiapa yang ada kamera dslr.

4. Jika apa yang kita lihat sebagai bayangan Bumi di bulan, bayang bumi sepatutnya mempunyai lekuk yang lebih besar kerana saiz Bumi 5 kali ganda saiz bulan. Sebenarnya bayangan melengkung pada bulan itu adalah disebabkan bentuk bulan itu bulat dan cahaya matahari yang menyuluh objek bulat jika dilihat dari satu sudut tertentu memang kelihatan melengkung. Anda boleh lakukan sendiri ujikaji ini dengan memegang lampu suluh, menyuluh sebiji bola dengan lampu suluh, kemudian minta sahabat anda lihat bola itu dari sudut sebelah kiri atau kanan anda pada sudut 10, 20 atau 85 darjah..Dia akan lihat bayangan yang melengkung. Jka dia melihat pada 90 darjah di kiri atau kanan anda, dia akan lihat bayangan separuh bola itu.

5. Jika saiz diameter matahari adalah 109 kali saiz diameter Bumi dan ia sejauh 150 juta kilometer dari Bumi, Bumi tidak akan mendapat cahaya yang cukup terang untuk menjadi siang hari.

6. Benarkah manusia telah sampai ke bulan jika jarak bulan adalah sejauh 363,104 kilometer dari bumi ? Jika benar, mereka telah melepasi Van Allen belt, iaitu lingkaran radiasi yang sangat berkuasa yang boleh meleburkan mana-mana kapal angkasa dengan kru sekali. Teknologi pada tahun 1969 masih belum mencapai tahap itu. Malah hari ini, kita masih belum mampu melaluinya.

Ini bentuk permukaan bumi yang sebenar. Ia berbentuk sekeping pizza dengan keraknya adalah ais ddi Antarctica yang mengelilingi lautan dan seluruh benua. Tidak ada kutub selatan. Kutub utara adalah pusat bumi. Bentuk ini digunakan oleh Pertubuhan bangsa-Bangsa Bersatu (UN) sebagai logo rasmi mereka.



Astrophysicist, Neil Degrasse Tyson apabila ditanya berkenaan bentuk planet bumi, pada mula dia berkata bumi berbentuk sfera, kemudian menukar kepada bentuk oblate, dan akhir sekali menambah, bumi sebenarnya berbentuk pear, lebih besar di bahagian Hemisfera Selatan....! Ini bererti Neil mengatakan ada garisan diameter di Hemisfera Selatan lebih besar dari garisan Khatulistiwa...??? Sebagai seorang ahli fizik, mengeluarkan kenyataan sebegin amat memalukan.

Astrophysicist@Maharaja Lawak
Bumi Neil deGrasse Tyson

Ketahuilah bahawa KEBENARAN YANG HAKIKI sentiasa melalui 3 fasa:


Fasa Pertama.  ia diketawakan

Fasa Kedua:. ia dibantah sekeras-kerasnya

Fasa Ketiga:. akhirnya ia diterima kerana disertakan dengan bukti yang tak boleh disangkal lagi