Sejak beberapa hari ini, akhbar-akhbar utama sudah mula berani menyuarakan kemungkinan penglibatan AS dalam misteri kehilangan pesawat Boeing 777 milik Malaysia Airlines. Menurut sesetengah pihak yang mula merasakan usaha pencarian pesawat seperti suatu yang mustahil, mereka mula mengaitkan dengan teori konspirasi. Agendajal telah menulis tentang teori konspirasi ini sejak hampir sebulan yang lalu. Anda boleh baca tulisan Agendajal di sini. Secara tak disangka, artikel ini telah menduduki tempat pertama mendapat hit paling tinggi di kalangan seluruh artikel lain yang Agendajal pernah tulis. Buktinya, lihat di sebelah kanan di bawah tajuk "Popular Post"
Tetapi apabila akhbar arus perdana menulis tentang ini, ia mula menjadi buah mulut di kalangan orang ramai memandangkan ia sudah menjadi suatu berita. Kita tahu pihak berkuasa menafikan teori sebegini demi menjaga hubungan baik antara negara. Tambahan, pihak berkuasa juga tidak sedikitpun meletakkan teori sebegini sebagai asas dalam merungkai misteri kehilangan pesawat MH370. Tapi Ketua Polis Negara berulang-kali menyatakan bahawa siasatan tertumpu kepada 4 elemen utama iaitu unsur sabotaj, rampasan, masalah peribadi di kalangan penumpang dan kru, serta masalah psikologi.
Anda nampak apa yang pelik di sini? Ya, suatu yang pelik ialah pihak berkuasa tidak meletakkan elemen kemalangan atau kerosakan mekanikal pesawat / kesilapan teknikal juruterbang. Ini telah menjelaskan kepada kita bahawa pihak berkuasa tidak percaya pesawat ini telah terhempas. Najib juga dalam sidang media memberitahu bahawa perubahan data penerbangan menunjukkan bahawa ia disengajakan (deliberate action) oleh pihak tertentu. Dua minggu selepas itu, Najib mengumumkan pesawat telah "berakhir" di selatan Lautan Hindi, jauh dari mana-mana landasan untuk mendarat. Media tempatan selepas itu menyebarkan spekulasi bahawa pesawat telah terhempas dan tiada kru/penumpang yang selamat. Hash tag #PrayForMH370 telah bertukar kepada #RememberingMH370. Kemudian China membuat bantahan mencabar Malaysia membuktikan tiada penumpang terselamat kerana tiada mayat ditemui. Tidak lama kemudian, hash tag kembali kepada asal iaitu #PrayForMH370. Ia kelihatan amat melucukan.
Ini secara tidak langsung meletakkan teori konspirasi di bawah elemen rampasan dan sabotaj. Kita tidak ada apa-apa maklumat berkenaan perkara ini dari pihak berkuasa dan hanya mereka yang tahu apakah kemungkinan yang ada di bawah elemen rampasan dan sabotaj.
Mari kita kecilkan kemungkinan antara rampasan dan sabotaj. Jika suatu rampasan pesawat komersial dilakukan, tentu ada pihak yang mengaku bertanggungjawab. Rampasan mempunyai motif tertentu. Sama ada sebagai ugutan atau ancaman kepada pihak yang malang. Jika tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab, ia bukan rampasan.
Bagaimana dengan unsur sabotaj? Tidak boleh diketepikan malah ia ada kenungkinan yang besar. Pihak yang melakukan sabotaj tidak perlu tampil membuat pengakuan. Ia boleh saja dirahsiakan. Ia tidak banyak beza dengan operasi false-flag. Cuma false-flag terang-terang memfitnah pihak musuh. Perlakuan sabotaj sahaja yang boleh menerangkan kenapa transponder dimatikan, ACARS ditutup, komunikasi diputuskan, lenyap dari dikesan radar, enjin pesawat masih hidup 7 jam selepas hilang dari radar, tiada serpihan ditemui, isyarat homing signal dari kotak hitam tidak dapat diterima, telefon berdering berkali-kali tapi tidak dijawab. Ini semua menjurus kepada kemungkinan besar bahawa kehilangan MH370 adalah angkara sabotaj. Sama ada oleh pihak yang ada di dalam pesawat atau pihak yang ada jauh di luar pesawat.
Adalah mstahil sebuah pesawat yang terbang berdekatan pengkalan tentera AS di Pulau Chagos tidak dikesan radar militari kerana sekumpulan burung yang terbang juga mampu dikesan radar yang amat berkuasa. Untuk pengetahuan anda, sejak peristiwa rampasan 4 pesawat komersial sekali gus pada 11 September, semua pesawat komersial Boeing dilengkapi sistem Boeing Uninterrupted Auto Pilot (BUAP), suatu sistem yang membolehkan pesawat dikawal secara kawalan jauh (seperti pesawat UAV). Sistem ini akan membatalkan kawalan oleh pilot dari dalam pesawat dan boleh menghalang perampas melakukan kawalan dari dalam cockpit.
Sunday, 13 April 2014
Wednesday, 9 April 2014
Miley "Monroe": Sessi Ritual Memuja Agenda Mind Control Diteruskan
Pose gaya Marylin dengan sebelah mata tertutup? |
Seperti artikel Agendajal yang lepas, Agendajal menulis tentang sessi fotografi "ritual" selebriti ala-Marylin Monroe terhadap mereka yang telah diambil oleh golongan elit sebagai simbol Mind Control atau Sex Kitten, seperti Madonna, Britney Spears, Christina Aguilera, Lady Gaga, Lindsay Lohan, Beyonce, dan lain-lain. Satu lagi artikel Agendajal tulis tentang transformasi imej yang dilalui oleh sensasi remaja yang meningkat dewasa, Miley Cyrus dalam artikel di sini, tentu ada yang tertanya-tanya kenapa anda belum menemui foto Miley Cyrus yang kini berada di bawah jagaan kumpulan elit dunia.
Ya, sebenarnya anda tak perlu menunggu lama. Miley adalah mangsa perhambaan Hollywood yang seterusnya. Menajdi Sex Kitten, Miley yang kini rambutnya dipotong pendek, dipakaikan rambut palsu ada Marylin juga telah melalui "proses" ritual yang sama seperti artis sebelumnya untuk menjadi bintang Mind Control golongan elit. Apa yang Agendajal katakan bahawa ia ada kaitan dengan agenda Mind Control terbukti benar sekali lagi. Foto-foto ini disiarkan dalam majalah Vogue terbitan German. Mungkinkah tidak lama lagi Miley memiliki tattoo gambar Marylin Monroe pada tubuhnya.
Anda fikir ini semua kebetulan? Fikirkan sekali lagi.
Sunday, 6 April 2014
Apa Itu Operasi "False-Flag"
Apa itu operasi "False-Flag"? Menurut Wikipedia, "operasi false-flag ialah operasi rahsia yang dijalankan oleh sama ada pemerintah, korperasi atau pertubuhan, sebagai helah yang dibentuk untuk menipu orang awam kononnya operasi yang berjalan itu seolah-olah dilakukan oleh pihak lain."
Dengan memFITNAH pihak lain (atau musuh) melakukan operasi itu(sama ada dalam bentuk kemusnahan/keganasan/pembunuhan dan sebagainya), dengan itu pandangan orang awam akan menyokong sebarang bentuk tindakbalas oleh pemerintah seperti meyerang kembali pihak musuh.
Nama false-flag bermaksud pihak yang menjalankan operasi membawa bersama bendera yang salah (atau bendera musuh) supaya serangan itu dilihat dilakukan oleh musuh.
Rasulullah S.A.W. juga pernah bersabda, bermaksud “Tidak ada fitnah yang lebih besar dari fitnah Dajal.” (HR Ahmad).
Nazi False-Flag
Dalam sejarah, operasi False-Flag ini pernah dilakukan oleh Nazi yang dipanggil Operasi Himmler, serangan palsu ke atas sumber mereka sendiri kemudian mereka menyalahkan Poland, dengan tujuan fitnah itu dapat memberikan mereka alasan untuk menyerang Poland.
9/11
Bagi yang percaya tragedi 11 September juga adalah operasi false-flag, susulan selepas itu, AS menceroboh Afghanistan dengan alasan mahu memerangi keganasan. Dunia termasuk negara-2 Islam hanya mampu melihat sahaja pengeboman extreme AS ke atas bumi Afghan
Israel
Pada tahun 50-an, ejen pengganas Israel yang beroperasi di Mesir telah menanam bom di beberapa bangunan termasuk fasiliti AS sambil meninggalkan 'bukti' yang boleh mengarahkan ini kerja orang-orang Arab. Tetapi usaha mereka terbongkar kerana salah satu bom meletup terlebih dahulu membenarkan pihak Mesir mengenalpasti siapa pengebom yang sebenar.
Al-Qaeda
Nama Al-Qaeda juga sering digunakan untuk menuduh mereka yang bertanggungjawab ke atas kejadian pengeboman, serangan gerila yang melibatkan korban di kalangan orang awam. Kita sendiri tidak pernah mengetahui siapa Al-Qaeda itu sebenarnya. Adakah ia ciptaan AS? Kita juga tidak tahu sama ada benarkah pertubuhan Al-Qaeda ini benar-benar wujud atau tidak.
Istilah "war on terror" atau "memerangi keganasan" digunakan untuk dunia membenarkan tindakan AS terhadap negara-negara Islam seperti Iraq, Afghanistan, Libya, Meisr & Somalia. Siapakah yang memilih untuk menjadi negara terrorist yang sebenarnya? Adakah negara-negara Islam itu rela digelar sebagai negara terrorist? Adakah Saddam Hussein, Muammar Gaddafi, Morsi, Farah Aidid, dan pejuang-pejuang Mujahiddin membawa panji-panji keganasan?
Kejadian pengeboman di pasar-pasar awam dan masjid-masjid di Iraq juga adalah sebahagian operasi false-flag. Ini untuk menimbulkan rasa syak-wasangka di kalangan pertubuhan atau kumpulan-kumpulan Islam di Iraq dan Afghanistan. Ini demi memastikan Islam tidak dapat bersatu sebagai satu kumpulan yang besar.
Kebanyakan dari apa yang diberitahu kepada kita tentang ancaman keganasan antarabangsa hanyalah khayalan yang direkacipta oleh ahli-ahli politik. Mereka inilah kuncu-kuncu Dajal yang menyebarkan fitnah yang dianggap benar tanpa siapa mahu menyoal.
Sejak tragedi 9/11, seramai lebih 600 orang ditangkap di Britain atas dakwaan terlibat dalam keganasan namun hanya 17 yang didapati bersalah, kebanyakan dari mereka tiada kaitan langsung dengan mana-mana pertubuhan Islam dan tiada seorang pun didapati ahli kumpulan Al-Qaeda.
Mengapa Negara-2 Islam Jadi Mangsa
Boleh dikatakan peperangan di abad ini bukanlah sebenarnya hendak memelihara keamanan sejagat tapi lebih kepada untuk menjaga kepentingan ekonomi AS, kuasa imperial politik dan perebutan sumber asli. Negara-negara Teluk kaya dengan petroleum. AS mahu mengawal harga minyak dunia kerana minyak adalah hasil bumi yang paling berharga sebenarnya, bukan emas. Minyak adalah penjana aktiviti ekonomi. Tanpa minyak, pesawat pejuang tidak boleh terbang. Pendek kata, manusia tidak akan pergi ke mana-mana tanpa minyak. Perang Teluk telah menyaksikan bagaimana AS telah memusnahkan loji-loji simpanan minyak Iraq yang akhirnya telah berjaya melumpuhkan pertahanan Iraq. Amerika menafikan dengan mengatakan Saddam sendiri yang memusnahkan bekalan minyak Iraq manakala mereka hanya mensasarkan pengkalan tentera Iraq.
Dalam mana-mana peperangan, minyak adalah sasaran utama. Untuk melumpuhkan lawan, anda tidak perlu membunuh ramai musuh atau memusnahkan kelengkapan tentera mereka, anda hanya perlu hapuskan sumber asli mereka terlebih dahulu - iaitu simpanan bekalan minyak.
Mengapa Islam Dikaitkan Dengan Terrorism?
Umat Islam sendiri tahu bahawa agama Islam tidak mengajar penganutnya menjadi pengganas. Pihak yang mula-mula menggelar Islam sebagai pengganas ialah Israel. Kempen Israel melabelkan Islam sebagai pengganas begitu berkesan. Kemudian ia diteruskan pula oleh George W. Bush selepas peristiwa World Trade Center pada 11 September 2001. Meskipun Bush tidak merujuk terus kepada Islam, tindakannya menghantar tentera ke Afghanistan jelas menunjukkan arah jari telunjuknya menuju ke negara Islam.
Apa yang berlaku di Tebing Barat, orang-orang Islam hanya melontar batu dan melancarkan roket sebagai tindakbalas terhadap serangan dan penindasan yang dilakukan oleh regim zionis itu. Padahal perlakuan Israel yang mengusir penduduk Palestin dari tanah asal mereka, membina penempatan baru untuk orang-orang Yahudi, mengebom kawasan kampung dengan pesawat, adalah lebih tidak bertamadun.
MH370 Operasi False-Flag?
Ada yang mengatakan pesawat Boeing 777 yang hilang di Lautan Hindi adalah satu lagi operasi false-flag yang dijalankan untuk tujuan mengeruhkan hubungan negara-negara Asean terutama Malaysia dengan China. Amerika sudah pun mengintip dan memberi perhatian yang serius kepada
Malaysia sejak zaman Mahathir yang lantang bersuara mengutuk anak emas Amerika, Israel. Tambahan pula, Mahathir merupakan pengasas dalam penubuhan Tribunal Jenayah Perang Kuala Lumpur yang mengisytiharkan Israel sebagai negara yang harus dikenakan tuduhan jenayah peperangan kerana terlibat dalam pembunuhan beramai-ramai ke atas rakyat Palestin. Meskipun tribunal ini tidak mendapat mandat dari Bangsa-Bangsa Bersatu (UN), dan tidak ada apa-apa kuasa terhadap mana-mana pihak, ia hanya berperanan sebagai pendesak kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) untuk berbuat sesuatu. Ada yang mengatakan peranan tribunal ini hanyalah simbolik sahaja.
Selepas Mahathir, bekas pekerja kontrak Agensi Keselamatan AS, Edward Snowden yang hidup dalam pelarian ketika ini mendedahkan Pak Lah menjadi perhatian risikan AS kerana ia mungkin berkaitan dengan sebuah syarikat milik anaknya, Scomi yang membekalkan keperluan program senjata nuklear kepada Libya. Semasa pentadbiran beliau juga, Tentera Udara DiRaja Malaysia telah menandatangani perjanjian dengan Irkut Corporations dari Rusia untuk membeli 18 buah jet pejuang Sukhoi Su-30M. Sebagai sebahagian dari perjanjian, Rusia akan menanggung kos latihan angkasawan untuk 2 orang rakyat Malaysia dan menghantar salah seorang ke misi angkasa dengan kapal angkasa Soyuz.
Kecenderungan Malaysia untuk membeli pesawat pejuang Sukhoi dari Russia berbanding F-18 buatan AS menimbulkan syak kepada AS kerana Malaysia merupakan satu-satunya negara Asean yang mengikat perjanjian dengan Rusia. Sebarang pesawat yang bukan dibuat oleh Amerika menghilangkan kemampuan mereka untuk mengawal semua aspek pengendalian pesawat seperti Auto-pilot dan ini dianggap sebagai ancaman oleh AS. Semua pesawat pejuang buatan AS dilengkapi sistem rahsia yang membolehkan semua maklumat tentang pesawat itu dapat dikesan oleh sistem keselamatan AS.
Lawatan diplomatik Ulangtahun ke-40 Najib Razak ke China semasa beliau baru memegang jawatan Perdana Menteri (sebagai memepringati lawatan persahabatan bapanya Tun Razak ke China 40 tahun lalu) sekali lagi mencemburui AS kerana dianggap akan mengukuhkan lagi hubungan dagangan antara kedua negara melalui rantau Laut China Selatan
AS sebenarnya sudah tahu segala perkara yang dirahsiakan oleh pemimpin-pemimpin rantau Asean kerana mereka mereka memiliki rangkaian risikan yang luas di seluruh dunia. AS telah mengintip negara ini sejak tahun 70-an lagi melalui kabel telekomunikasi dasar laut (seperti yang didedahkan Snowden) dengan bantuan negara-negara yang menjadi talibarut AS seperti Singapura dan Australia. Jadi apa yang mereka bimbangkan ada kemungkinan ianya telah diramalkan atau mampu diketahui agenda di sebalik semua yang terjadi.
Dengan maklumat-maklumat risikan ini, mereka mampu menjalankan operasi false-flag untuk mengalih pandangan dunia supaya menyokong tindakan mereka.

Saturday, 5 April 2014
Lagi Misteri Diego Garcia: Undersea Command Centre ?
Jikalau anda lihat Pulau Chagos atau Diego Garcia dari imej Google Maps, anda tidak akan nampak apa-apa yang pelik kecuali kelihatan landasan kapal terbang dan beberapa binaan yang kecil seperti biasa anda lihat di pulau-pulau yang lain. Kalau begitu, dimanakah terletaknya pengkalan tentera Amerika atau pusat operasi perang yang dikatakan sangat canggih dan dilengkapi segala teknologi termaju dan keperluan lain yang penuh rahsia ini?
Sebenarnya kalau anda cuba lihat ke arah beberapa pinggir lautan di sekeliling Pulau Chagos, anda akan nampak seperti bayangan bangunan-bangunan yang besar yang terletak di dalam laut. Adakah mereka telah membawa semua pengkalan, pusat komunikasi, command centre dan sebagainya terletak di bawah laut?
Ini mungkin teknologi yang dikatakan jauh ke hadapan mendahului masa, tapi memiliki fasiliti di bawah lautan bukanlah sesuatu yang pelik di zaman ini. Kini sudah terdapat beberapa hotel di dunia yang dibuat di bawah lautan seperti Dubai Underwater Hotel dan Poseidon Underwater Resort di Fiji.
Pengkalan tentera Diego Garcia yang dibina sejak 1975 tidak mustahil mereka sudah melalui banyak perubahan sejak ia mula dibina.
Dipetik dari blog http://blog.susanaromeroweb.com/?p=8205&lang=en

Subscribe to:
Posts (Atom)