Saturday, 20 June 2015

Ramalan Fatima Adalah Palsu


AD ingin mengulas mengenai dokumentari yang mengisahkan jelmaan yang didakwa roh Virgin Mary atau Maryam ibu Isa (atau lebih dikenali sebagai Fatima Prophecies) di hadapan 3 kanak-kanak memberi amaran atau ramalan apa yang akan terjadi di masa hadapan. Amat malang dokumentari seperti ini disiarkan di History Channel tanpa menyelidik sejauh mana kebenaran perisitwa ini. Ia lebih menumpukan kepada perbincangan mengenai ramalan-ramalan yang dinyatakan dan tidak menyelidik tentang kesahihan kejadian itu. Dokumentari ini sudah lama disiarkan dan ia sering diulang oleh saluran History melalui penyedia perkhidmatan Astro. Ia juga boleh ditonton di Youtube.

Menurut kisah, pada 13 Mei 1917, Lucia Santos, 10, dan dua sepupunya yang lebih muda, Jacinta dan Francisco Marto, sedang berjalan-jalan di suatu tempat di luar perkampungan Fatima, Portugal apabila mereka dikejutkan oleh kemunculan cahaya yang sangat terang disertai objek seperti awan membentuk manusia, Kemudian mereka berdialog dengannya. Kanak-kanak itu bertanya siapa anda dan datang dari mana, objek itu menjawab saya adalah perempuan tua datang dari syurga. Kanak-kanak itu bertanya lagi apa yang anda mahu, perempuan itu menjawab, dia mahu kanak-kanak itu datang ke sini setiap hari ke -13 setiap bulan.

Kanak-Kanak Akan Lari Ketakutan
Pada pendapat logik, 3 kanak-kanak, yang paling besar hanya berusia 10 tahun, manakala yang lain tidak dinyatakan umur mereka, bererti lebih muda dari 10 tahun, paling tidak 9 atau 8 atau lebih muda dari itu, apabila mereka bertemu dengan fenomena seperti ini, tindakan yang biasa akan dilakukan oleh kanak-kanak semuda usia ini bukanlah menuggu sahaja di situ, sebaliknya mereka akan lari sambil menjerit ketakutan kerana sudah tentu pada sangkaan mereka itu adalah hantu. Kemunculan cahaya yang sangat terang sudah cukup untuk membuatkan kanak-kanak itu dalam ketakutan dan mustahil merreka akan menunggu sahaja di situ apa lagi mahu berdialog dengan hantu.

Tidak Mendakwa Diri Sebagai Maryam
Satu lagi alasan, jika benar kelibat perempuan itu muncul dan berdialog dengan kanak-2 itu, apabila ditanya siapa, perempuan itu tidak memperkenalkan dirinya sebagai Mary atau Maryam. Maka dakwaan itu adalah Mary hanya didakwa oleh penduduk kampung yang mendengar cerita itu dan tidak berada di situ. Boleh jadi yang muncul itu adalah iblis atau syaitan menjelma dalam bentuk manusia.

Bukan Malaikat
Jika ada yang mendakwa kemungkinan itu adalah malaikat, sesungguhnya jika Allah telah mengutus malaikat untuk menyampaikan amaran kepada manusia, Tuhan tidak akan memilih 3 orang kanak-kanak yang tidak mengerti apa-apa dan sebarang kenyataan dari kanak-kanak sukar diyakini kesahihannya, kerana dunia kanak-kanak penuh dengan imaginasi. Adalah suatu kesilapan besar dilakukan oleh malaikat kerana memilih kanak-kanak sebagai penyampai berita penting padahal malaikat menurut Al-Quran dan Hadis sering menyampaikan melalui Nabi dan Rasul yang maksum dan dipercayai perkataanya.

Al-Quran juga telah lengkap dan Muhammad adalah utusan Allah yang terakhir tiada utusan selepas Muhammad S.A.W. Jika ada orang-orang Islam yang mempercayai ayat selain dari ayat yang disampaikan dari Al-Quran, maka sesuungguhnya ia telah syirik.

Adalah sangat bodoh sebuah komuniti masyarakat mempercayai kisah yang diceritakan oleh 3 kanak-kanak yang belum akil baligh dan mengambil ia sebagai ramalan yang boleh diyakini.

Hanya Nabi Isa Akan Muncul Kembali
Mengikut ayat yang diturunkan dalam Al-Quran, hanya Nabi Isa A.S. yang akan muncul kembali ke bumi setelah ia lenyap sejak ratusan tahun dahulu dan tiada suatu ayat yang mengatakan Maryam akan muncul memberi peringatan atau menjadi utusan kepada manusia. Ini dengan sendirinya menghapus kepercayaan kita sebagai orang Islam untuk mempercayai Ramalan Fatima.  

Mungkin jika ada masa, AD akan mengulas tentang 3 ramalan "besar" yang dikatakan disampaikan oleh Virgin Mary kepada 3 kanak-kanak itu.


No comments:

Post a Comment