- terdapat simbol mata satu (juga dikaitkan dengan Mata Horus) dalam apa cara sekalipun (All Seeing Eye) - boleh juga diumpamakan sebagai satelite di ruang angkasa yang sentiasa memerhati/merekod perbualan telefon/memintas pertukaran data internet/emel dan sebagainya yang dilakukan setiap orang
- piramid (simbol kekuasaan)
- rama-rama (Monarch butterfly)
- corak papan catur hitam-putih (yang membawa maksud baik dan jahat)
- tanduk Baphomet/tanduk lembu
- topeng muka (duality atau personaliti tersembunyi)
- pakaian kulit haiwan (biasanya corak kulit harimau bintang/belang). Biasanya artis yang memakai pakaian corak kulit haiwan adalah Sex Kitten - hamba kepada program Mind Control
- gaya ikon Marilyn Monroe (simbol program MK Ultra). Ramai artis akan melalui proses penggambaran menggunakan imej seperti Marilyn Monroe, rambut dan pakaiannya (Britney Spears, Christina Aguilera dan ramai lagi termasuk Rihanna)
- lambang tengkorak & tulang (kumpulan Mason yang dinamakan Skull & Bone)
- patung/robot futuristik (simbol seseorang itu dikawal oleh Handler)
- unsur trauma (simbol kawalan minda & perhambaan)
- individu dengan dua atau lebih personaliti (simbol perpindahan dari baik kepada jahat)
- telinga Mickey Mouse (simbol kepada program MK Ultra)
- bentuk kawalan minda/gambar otak yang dikeluarkan dari tempurung kepala (biasa didapati pada kulit album)
- unsur-unsur seksual/lucah dijadikan fesyen
- meletakkan unsur-unsur seksi dalam keganasan (contoh lirik lagu Criminal oleh Britney Spears)
- bunuh diri (suicide) dijadikan fesyen- terdapat dalam banyak iklan jenama pakaian/perfume)
- dua tiang bersebelahan (Two Pillars) yang dinamakan Joachim & Boaz mewakili Cahaya & Kegelapan
- simbol helang Falcon
- sangkar burung (bird cage)- simbol perhambaan
- bintang 5 penjuru dalam keadaan terbalik (1 penjuru di bawah, 2 di atas dan 2 di tepi) - simbol syaitan Baphomet
Mereka ini semuanya "dimiliki" oleh sebilangan kecil manusia yang menguasai perniagaan paling berjaya dalam dunia yang dipanggil golongan "Elit" atau "Handler" atau "Tuan". Antara Elit ini merupakan pemilik rangkaian propaganda terbesar di dunia seperti rangkaian televisyen kabel, pemilik penyedia pelayan internet atau kumpulan media cetak (suratkhabar/online), pemilik syarikat gergasi dalam bidang teknologi, pemilik industri hiburan Hollywood, penasihat-penasihat politik dan juga ahli politik, kumpulan rahsia yang digelar Freemason dan kumpulan penyembah syaitan dan banyak lagi.
Kumpulan ini mampu menaikkan atau menjatuhkan hidup seseorang dengan memberi publisiti luarbiasa seseorang artis sehingga menjadikan ia kaya raya dan hidup penuh glamour dan kemewahan atau memberi publisiti buruk sehingga membuatkan seseorang itu hilang kehidupannya malah akhirnya mereka 'dilupuskan' seperti yang pernah terjadi kepada Michael Jackson, Kurt Cobain, Heath Ledger, Amy Winehouse, Marilyn Monroe, Whitney Houston, dan ramai lagi.
Golongan ini adalah orang-orang yang sedang menjayakan agenda Dajal untuk menjadikan dunia ini diperintah oleh satu kerajaan tunggal mengikut ciri-ciri dan kehendak mereka, iaitu golongan pengikut Dajal. Dajal membawa fitnah besar di dunia akhir zaman yang membuatkan ramai orang terpedaya bahawa syurga yang dibawanya sebenarnya adalah neraka manakala neraka yang dibawanya sebenarnya ialah syurga. Maka benarlah pesan Rasulullah bahawa fitnah terbesar golongan manusia akhir zaman adalah fitnah Dajal.
No comments:
Post a Comment