Tuesday, 15 October 2013

Eksperimen Kawalan Minda (Mind Control)

Kajian Berasaskan Trauma

Sepanjang sejarah, beberapa catatan menggambarkan ritual dan amalan yang menyerupai kawalan minda. Salah satu tulisan awal merujuk penggunaan ilmu ghaib untuk memanipulasi minda boleh didapati dalam Kitab Orang Mati Mesir. Ia adalah himpunan ritual, banyak dikaji oleh masyarakat rahsia hari ini, yang menggambarkan kaedah penyeksaan dan ugutan (untuk mencipta trauma), penggunaan ramuan (dadah) dan pemutus mantra (hipnotisme), akhirnya menyebabkan perhambaan. Upacara lain seperti ilmu hitam, sihir dan kerasukan roh jahat (di mana mangsa dikuasai oleh satu kuasa ghaib) juga adalah asal-usul nenek pengaturcaraan kawalan minda (Mind Control).

Pada abad ke-20, konsep kawalan minda ini menjadi satu cabang dalam bidang sains moden dimana beribu orang telah dibuat kajian, eksperimen dan didokumenkan. Salah satu kajian kawalan minda berasaskan trauma ini telah dijalankan oleh Josef Mengele, seorang doktor yang bekerja di kem-kem tahanan Nazi. Josef dikenali sebagai orang yang melaksanakan eksperimen manusia yang mengerikan dan dia dipanggil "Angle of Death". 


Apa Itu MK Ultra?

MK Ultra adalah nama suatu program kawalan minda yang menggunakan elemen Upacara Pemujaan Syaitan & Gangguan Berbilang Personaliti. Ia menggunakan kombinasi psikologi, neurosains dan upacara ghaib untuk menghasilkan di dalam diri hamba satu personaliti yang diubah menjadi hamba yang boleh dikawal atau diprogramkan oleh "Handler". Ia satu bentuk kawalan minda dimana hamba tidak dapat membuat apa-apa kecuali mengikut saja kemahuan Tuannya (Handler)

Telinga Mickey merujuk kepada program MK Ultra
Program MK Ultra asalnya dibangunkan oleh CIA ke atas tentera dan orang awam dan kini program yang lebih kurang sama digunakan oleh beberapa organisasi yang berkaitan dengan kumpulan elit dalam bidang-bidang seperti tentera, perhambaan seks dan industri hiburan dan kebanyakannya digunakan secara rahsia. Kaedah yang digunakan sangat menghairankan kerana tujuannya ialah meninggalkan mangsa dalam keadaan trauma dan hasilnya amat menakutkan. Pembentukan hamba kawalan minda ini boleh dicetuskan bila-bila masa untuk melaksanakan apa-apa tindakan yang dikehendaki oleh si pengendali (Handler). Walaupun media sering mengabaikan isu ini, lebih 2 juta rakyat Amerika telah melalui program yang menakutkan ini.  
Tujuan eksperimen kawalan minda ini diadakan ialah untuk menghasilkan manuysia yang patuh kepada arahan Handler dengan itu mudah untuk mereka mencapai hasrat mereka dalam setiap perkara. Minda yang bebas dan boleh membuat keputusan sendiri tidak boleh dikawal oleh sesiapa.

No comments:

Post a Comment