Mind control (juga dikenali sebagai kawalan minda, mencuci otak, pujukan paksaan, kawalan fikiran atau pembaharuan fikiran) merujuk kepada proses di mana satu kumpulan atau individu secara sistematik menggunakan kaedah manipulasi tidak beretika untuk memujuk orang lain (individu atau kumpulan) untuk bersetuju dengan kehendak manipulator, biasanya merugikan individu atau kumpulan yang dimanipulasi. Istilah ini digunakan untuk apa saja taktik, psikologi atau sebaliknya, yang boleh dilihat mengolah kawalan individu terhadap pemikiran mereka sendiri, tingkah laku, emosi atau cara membuat keputusan.
Teori kawalan minda dan "mencuci otak" pada asalnya dibangunkan untuk menjelaskan bagaimana rejim totalitarian berjaya secara sistematik dalam mendoktrinasi tawanan perang melalui propaganda dan teknik penyeksaan. Teori-teori ini kemudian berkembang dan diubahsuai oleh ahli-ahli psikologi termasuk Margaret Singer, untuk menjadikan teknik kawalan minda kepada suatu fenomena yang lebih luas.
Rancangan untuk mewujudkan masyarakat pekerja yang dikawal minda telah ada sejak lama dahulu. Teknologi hari ini brkembang dari eksperimen yang dijalankan oleh Nazi dalam Perang Dunia ke II di masa kem-kem tahanan Nazi menerima "bekalan" tawanan tidak terhad kanak-kanak dan orang dewasa yang disediakan untuk kajian. Kita mungkin pernah mendengar tentang eksperimen perubatan tidak berperikemanusiaan yang dilakukan ke atas tawanan, tapi tiada satupun yang pernah disentuh oleh media dan dokumentari TV tentang eksperimen kawalan minda. Ini kerana ia tidak akan didedahkan kepada orang awam. Teknologi kawalan minda boleh dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu berasaskan trauma dan elektronik.
Fasa pertama pembangunan kawalan minda berkembang daripada teknik-teknik ghaib yang memerlukan mangsa terdedah kepada trauma psikologi dan fizikal. Selalunya bermula di peringkat awal, boleh menyebabkan jiwa mangsa hancur kepada berbilang personaliti yang kemudian boleh diprogram untuk melaksanakan apa-apa tindakan mengikut kemahuan pemprogram. Setiap personaliti yang telah diubah berbeza dari dari personaliti asal. Mangsa tidak sedar akan kewujudan atau aktiviti pengubahan personaliti.
Mangsa boleh dibawa ke hadapan oleh pemprogram atau "Handler" menggunakan kod-kod khas yang biasanya disimpan di dalam komputer. Mangsa juga boleh terjejas oleh bunyi tertentu, perkataan, atau tindakan yang dikenali sebagai pencetus. Fasa kedua pembangunan kawalan minda telah diperhalusi di pangkalan bawah tanah Fort Hero di Montauk, Long Island dan disebut sebagai Projek Montauk. Mangsa-mangsa remaja terawal pemprograman gaya Montauk, dipanggil Montauk Boys, telah diprogramkan mengikut teknik berasaskan trauma, tetapi kaedah ini akhirnya terbengkalai kerana semua proses elektronik yang boleh dipasang dalam masa beberapa hari atau jam, bukannya bertahun-tahun untuk melengkapkan kaedah berasaskan trauma.
Dr. Josef Mengele dari Auschwitz adalah peneraju projek Monarch berasaskan trauma dan program kawalan minda MK Ultra di CIA. Mengele dan kira-kira 5 ribu pegawai rahsia tertinggi Nazi dipindahkan ke AS selepas Perang Dunia ke II dan meneruskan usaha membangunkan teknologi kawalan minda dan roket di pengkalan tentera rahsia bawah tanah. Kita hanya diberitahu tentang projek projek roket dengan bekas ahli Nazi seperti Warner Van Braun. Mereka disimpan dan dirahsiakan dari pengetahuan orang ramai tetapi mereka ini sangat sibuk membuat kajian dan eksperimen di pengkalan bawah tanah AS.
Beribu kanak-kanak hilang di AS setiap tahun kemudian dijadikan eksperimen kawalan minda oleh Mengele. Kanak-kanak yang terpilih akan menjadi hamba kawalan minda di masa hadapan untuk menyempurnakan pekerjaan seperti menjadi pembunuh atau menjadi hamba seks. Sebahagian besar dari kanak-kanak ini sengaja disembelih di depan kanak-kanak lain untuk mewujudkan trauma di kalangan mereka.
Individu Yang Telah Diprogram
Yang biasa kita dengar tentang seseorang bersenjata membunuh, atau cubaan membunuh, tembakan di sekolah dan lain-lain adalah individu yang telah dikawal minda diprogramkan untuk melaksanakan misi tertentu. Pembunuh bersiri, Ted Bundy, David Berkowitz, penembak JFK, Lee Harvey Oswald, pengebom Timothy McVeigh, pembunuhan beramai-ramai di Sekolah Tinggi Columbine, pembunuh Robert F. Kennedy Sirhan Sirhan, pembunuh Pulau Utaya di Norway, Anders Behring Breivik dan lain-lain adalah individu yang dikawal minda yang diprogramkan untuk membunuh.
Anders Behring berpakaian Knight Templar, bukti dia adalah penyembah syaitan |
Kawalan Minda Seluruh Dunia Melalui Menara Telekomunikasi Elektronik
Hari ini sudah sampai masanya dimana teknologi kawalan minda diarahkan kepada diri setiap individu. Setiap hari, peralatan didirikan di seluruh dunia dengan tujuan tersembunyi untuk mengawal minda populasi dunia. Menara yang didirkan (Extended Low Frequency - ELF) kelihatan seperti menara biasa dan ramai yang menganggap ia hanya menara telekomunikasi biasa. (Adakah anda benar-benar fikir bahawa kita perlu keupayaan menara 'telefon bimbit ' yang banyak, sehingga ia kini berada di hampir tiap beberapa ratus meter? Adakah anda sedar hanya sedikit tenaga yang diperlukan telefon bimbit untuk beroperasi? Namun menara ini mampu meletakkan tahap kuasa yang melebihi keperluan telefon bimbit dengan margin yang luas)
Wliheim Reich
Ini teknologi kawalan minda yang telah ada sejak sekian lama. Ia bukan satu kebetulan yang jalur frekuensi yang dipilih untuk penggunaan telefon bimbit hanya berlaku untuk dipadankan dengan gelombang perintah kedua yang Wilhelm Reich temui pada lewat1940 untuk melaksanakan penghantaran pemikiran dan membolehkan minda untuk dimanipulasi tanpa mangsa sedari. Reich bekerja dalam projek rahsia ini untuk CIA selama lebih 5 tahun, 1947-1952 , sehingga dia sedar siapa yang CIA telah rancang untuk menjadi bahan eksperimen menggunakan kawalan minda - iaitu rakyat Amerika.
Dia marah bahawa dia telah ditipu dan digunakan untuk motif khianat dan bersumpah tidak akan bekerjasama dengan CIA, FDA, dan lain-lain lagi. Reich telah dibunuh di penjara Persekutuan pada tahun 1957, hanya beberapa minggu sebelum beliau dikeluarkan, setelah berada dalam penjara selama 2 tahun atas tuduhan yang sengaja direka, menghina mahkamah. Beliau dilaporkan telah mendapat ' serangan jantung '. Dia telah dibunuh dua minggu sebelum perbicaraan lembaga parol beliau. Buku terakhir beliau , yang ditulis di dalam penjara, telah didapati 'hilang' selepas kematiannya dan tidak pernah kembali kepada keluarganya.
Satu kaedah ditemui untuk membatalkan fungsi kawalan minda menara ELF dengan meletakkan alatan ringkas dikenali sebagai orgone generator di dalam lingkungan 1300 kaki dari menara. Menara gelombang mikro ini digunakan berasaskan teknologi HAARP untuk bukan saja memberi kesan kepada pengaruh bawah sedar kawalan minda, tetapi juga untuk mengawal cuaca.
Patrick Flannagan pernah ditanya oleh hos rancangan bualbiacara, Jeff Rense pada 2003 memberikan pandangan bagaimana untuk menangani kawalan minda elektronik yang dipancarkan kepada kita dari pendawaian elektrik di rumah dan dari menara gelombang mikro.
bersambung...
No comments:
Post a Comment