Monday 14 October 2013

World of Police State


Kita hari ini sedang menuju kepada sebuah dunia yang seperti dimaksudkan oleh penulis buku "1984", George Orwell. Malah apa yang didedahkan oleh Edward Snowden baru-baru ini sebenarnya lebih teruk dari 1984.

Jika anda masih belum membaca buku 1984, saya sarankan anda membacanya terlebih dahulu untuk mendapatkan kefahaman yang lebih mendalam tentang apa yang sedang berlaku ke atas dunia hari ini yang sepatutnya kita semua sedar.

Facebook pernah menafikan mereka bekerjasama dengan NSA untuk memberi akses kepada kerajaan persekutuan untuk menyelongkar maklumat peribadi termasuk memantau akaun Facebook individu tertentu. Akhirnya Snowden mendedahkan bagaimana syarikat besar seperti Microsoft, Verizon, Yahoo, Google, Facebook, Youtube telah membuat persetujuan untuk memberi laluan ikut pintu belakang kepada NSA untuk mendapatkan maklumat telekomunikasi, email dan data peribadi yang disimpan di dalam server syarikat tersebut. 

Snowden memberi amaran kepada orang ramai bahawa ia bukan saja berlaku di Amerika malah di negara-negara lain. 

No comments:

Post a Comment