Thursday 17 October 2013

Simbol Telinga Mickey, MK-Ultra & Kaitan Dengan Walt Disney

Kita mungkin biasa melihat artis memakai topi bentuk telinga Mickey Mouse dan ia kelihatan artis itu seperti memiliki sense of humor dan mesra kanak-kanak apabila berpakaian ala MickeyMouse - kerana watak kartun Mickey Mouse begitu sinonim sekali dengan kanak-kanak.

Tetapi apa yang kita tidak tahu, ada sudut gelap dan jahat di sebalik watak Mickey.  Mickey Mouse direka oleh Walter Disney, seorang penerbit filem, pengarah, penulis skrip, artis suara latar, juruanimasi, usahawan, penghibur, ikon antarabangsa dan dermawan.  Dia bersama abangnya Roy O. Disney menubuhkan Walt Disney Production, yang akhirnya menjadi salah satu pengeluar wayang gambar terbesar di dunia.  Walter mendapat banyak anugerah akademi. Dia meninggal pada 1966.

Menurut penyelidik, Disney adalah sebahagian dari program yang dijalankan oleh CIA yang diberi nama MK Ultra. Ciri-ciri yang digunakan adalah untuk eksperimen kawalan minda dan banyak produksi sengaja dimuatkan dengan pencetus kawalan minda dan simbol-simbol.  Menurut VigilantCitizen.com, Kelab Mickey Mouse merupakan salah satu dari berbagai projek Disney bertujuan membentuk bintang kanak-kanak.

Korporasi itu jelas bermaksud untuk menjana wang dari bakat-bakat muda, tetapi ada juga  bahagian yang gelap dan jahat yang tidak diketahui oleh orang ramai. Disney telah digunakan oleh golongan elit sejak 1930-an lagi dan telah bekerja rapat dengan pemerintah. Disney diupah oleh pemerintah untuk menghasilkan pelbagai filem propaganda dan Walt Disney sendiri telah terlibat dalam projek-projek rahsia CIA. 

Miley Cyrus, Selena Gomez, Justin Bieber adalah sensasi remaja Disney terbaru. Britney Spears, Christina Aguilera dan Justin Timberlake adalah graduan Kelab Mickey Mouse. Walaupun sukar untuk menentukan siapa selebriti yang telah menjalani proses trauma dan pengawalan minda, Britney Spears antara yang memaparkan tanda-tanda yang jelas.

Model dengan telinga Mickey dan lantai Checkerboard, simbol ritual syaitan
Dia dibesarkan di luar bandar Louisiana dalam keluarga dibelenggu oleh penyalahgunaan dadah dan keganasan, menjadikan dia seorang calon yang ideal untuk diserahkan kepada industri hiburan.  Pada usia 8 tahun, dia menghadiri ujibakat  Mickey Mouse Club kemudian diterima menyertai kelab itu. Akhirnya dia dibuang dari kelab itu dan memasuki kumpulan elit Disney dan dijadikan hamba dalam projek MK-Ultra.

Britney Spears adalah ikon pop dalam masa yang tidak lama kemasyhurannya telah merosakkan dirinya sendiri. Dia sering menghadapi gangguan mental dan tingkah laku yang tidak menentu. Tetapi ramai yang tidak menyedari bahawa dia adalah hasil yang keluar dari produk MK-Ultra.

Fritz Springmeier, dalam bukunya, The Illuminati Formula to Create a Mind Control Slave menulis:
"Disneyland telah menjadi tapak Illuminati dan ritual syaitan sejak bertahun-tahun. Pemprograman telah menggunakan Disneyland sebagai salah satu prop gergasi untuk pengawalan.  Banyak filem-filem Disney digunakan untuk pemprograman, dan beberapa skrip Disney disesuaikan untuk program hamba Monarh (mind-control slave).

Penglibatan Disney dalam program kawalan-minda memberi kesan kepada Kelab Mickey Mouse dan telinga Mickey dijadikan simbol untuk kawalan-minda sehingga hari ini.

Menurut bekas pemprogram Illuminati, ramai penyanyi pop digunakan oleh Elit untuk mempromosi mesej mereka dan mengekalkan idea kawalan minda. Britney Spears & Kelab Mickey Mouse pernah disebut secara khusus dalam satu temubual:
"Saya percaya Britney Spears dan lain-lain yang digunakan oleh mereka untuk menyanyikan lirik yang mereka kehendaki. Malah ramai penyanyi pop datang dari Kelab Mickey Mouse dan saya percaya mereka ini ditawarkan "kemasyhuran sebagai pertukaran kesetiaan atau kawalan-minda".

Britney, Christina dan Justin semua telah bertahan merempuh ujian masa dan mereka masih popular dan berjaya hingga hari ini. Yang terbaru, Christina ditawarkan menjadi juri dalam program The Voice.

 


Britney dengan telinga Mickey

Model majalah Elle

Lady Gaga, telinga Mickey & Hitam + Putih

Megan Fox



Marilyn Manson yang menakutkan

Mickey yang menakutkan?




No comments:

Post a Comment