Friday, 18 October 2013

Mind Control (Pt. II)

Media massa adalah alat yang paling berkuasa yang digunakan oleh pemerintah untuk memanipulasi masyarakat melalui Kawalan Minda. Ia membentuk pendapat dan sikap serta menentukan yang mana adalah normal dan yang mana tidak.

Media massa boleh menyampaikan maklumat kepada sebilangan besar manusia. Ini termasuk melalui televisyen, filem, radio, akhbar, majalah, buku, video game dan internet. Banyak kajian telah dijalankan sejak berpuluh tahun lalu untuk mengukur sejauh mana berkesan media massa terhadap orang ramai dan mencari teknik terbaik untuk mempengaruhi masyarakat. 

Dari kajian tersebut, muncul sains komunikasi, yang digunakan untuk pemasaran, perhubungan awam, dan politik. Komunikasi massa juga penting untuk memastikan demokrasi itu berjalan dengan lancar, tetapi ia juga adalah alat yang digunakan diktator. Ia bergantung kepada siapa yang menggunakannya.

Ahli Politik
Ahli politik menggunakan kaedah Kawalan Minda untuk mempengaruhi audien supaya yakin kepadanya dan memberikan undi atau sokongan supaya dia dapat mencapai cita-citanya untuk mendapat kuasa. Sama ada kita sedar atau tidak, setiap kali berucap, mereka menggunakan kata-kata (ada yang sebut retorik) sebagai alat untuk mengawal minda audien. Ada audien yang terpesona dengan permainan kata-kata dan akhirnya menjadi penyokong kuat kepada ahli politik tersebut. Dengan kata-kata, ahli politik dapat mengumpul sejumlah penyokong. Ada yang mampu menghimpunkan beratus-ribu audien yang telah melalui proses kawalan minda. Bagaimanapun, bukan semua audien menjadi penyokong disebabkan kawalan minda, ada ahli politik yang bijak menangani isu semasa dan menyebelahi majoriti audien. 

Kawalan Minda Dalam Perniagaan
Perniagaan korporat juga tiada bezanya dengan ahli politik dalam hal kawalan minda. Perniagaan merupakan antara yang paling banyak menggunakan kaedah Kawalan Minda. Tujuannya cuma satu - untuk menjual produk. Dengan mempengaruhi minda pembeli, produk dapat dijual malah ia juga dapat memastikan jualan semakin bertambah dan permintaan yang sentiasa berterusan. Berbagai kaedah yang mereka gunakan untuk meyakinkan pelanggan. Anda boleh lihat beribu-ribu contoh di mana-mana saja, sama ada di internet, di tempat-tempat awam malah di televisyen dan radio. Persaingan dalam bidang perniagaan agak sengit. Siapa yang berjaya mempengaruhi minda bakal pelanggan, tidak kira sama ada perbuatan mereka itu mengikut undang-undang atau perbuatan itu tidak beretika, maka mereka adalah pemenang.

Sebagai penutup, secara sedar atau tidak, kita semua pernah melalui proses Kawalan Minda (Mind Control) dalam aktiviti kehidupan seharian. Minda yang telah dikawal mendorong kita membuat keputusan. Adakalanya keputusan yang kita adalah salah. Mereka yang benar-benar bebas dalam membuat keputusan sebenarnya tidak pernah terikat kepada mana-mana dorongan dari pihak ketiga dan tidak pernah percaya 100 peratus kepada elemen-elemen yang cuba mempengaruhi minda mereka membuat keputusan. Itulah kebebasan yang hakiki dan mereka tidak berada di bawah kawalan orang lain.



No comments:

Post a Comment